Tuesday, October 21, 2008

Mengisi hari-hari di Tanah Suci Makkah

21 - 29 SEPTEMBER 2008 (21-29 RAMADHAN 1429H)

Sebuah hadis meriwayatkan bahawa satu umrah yang dikerjakan dalam bulan Ramadhan adalah sama seperti satu haji pahalanya. Sebab itu terlalu ramai orang berkunjung ke Makkah dalam bulan ini. Kami mengisi hari-hari kami dengan solat terawih dan tahajjud ( bermula 10 terakhir ramadhan). Kami diimamkan oleh Imam Abdul Rahman al-Sudais. Suara yang mendayu memukau hati kami dengan penuh keinsafan.

Berbuka puasa dan beribadat di Masjidil Haram

Kami tidak risau dengan makanan berbuka kerana disini sentiasa tersedia juadah berbuka seperti buah kurma ( fresh dates), air zam-zam, roti dan qahwa Arab. Rezeki memang murah dan ramai yang bersedekah. Waktu berbuka dalam 7 minit je. Tapi lapar jugak. Lepas solat jemaah kami terus ke hotel menikmati hidangan. Maghrib dalam pukul 6.20pm. Isya dalam pukul 8 lebih juga.
Bergegas ke masjid semula berjemaah isya dan terawih. Terawih (di Mekah dan Madinah) dilakukan dengan 20 rakaat. Witir selepas tahajud – 10 mlm terakhir. Tempoh hampir-hampir 3 jam. Antara setiap solat tiada selawat dan kesemuanya bersambung-sambung. Kami hampir tidak dapat mengira sudah berapa rakaat yang telah dilakukan. Setiap malam satu juzu’ perlu dihabiskan.

Ganti Imam

Setiap 10 rakaat akan berlaku pertukaran imam. Daripada situ lah kami tahu jumlah yang telah dikerjakan.Sementara menunggu tahajud ( bermula 1 pagi), kami mengisi waktu itu untuk berehat sebentar (teguk zam-zam) dan menunaikan tawaf sunat. Tak la mengantuk sangat. Buat tawaf tak penat sangat berbanding saie. Mungkin seronok pandang kaabah depan mata.

Qiamullail di Makkah

Ibadah malam memang panjang. Solat tarawih 20 rakaat tidak diikuti dengan witir. 8 rakaat tahajud + 3 rakaat witir bermula (2 rakaat dgn 1 salam). Tahajud sahaja 3 jam dan qunut Nazilah yang panjang dibaca selepas tahajud. Tahajud ini disekalikan dengan tasbih kerana ruku’, i’tidal serta sujud mengambil masa kira-kira 3 minit. Kami perlu peka dengan sujud sajadah / tilawah. Ada juga kelihatan arab disini yang sambil solat memegang al-Quran – mengikuti bacaan imam.

Ada masa juga jemaah mengantuk. Tengah berdiri hampir tersungkur. (aku pon sama..). Bacaan yang terlalu panjang tidak mematahkan semangat aku untuk habiskan juga tahajud malam itu. Suhu agak panas juga walaupun malam. Berjurai-jurai peluh kalau tak dapat tempat air-cond. Beginilah kami mengisi malam-malam kami di sini. Setelah tahajud dan Subuh barulah kami berangkat pulang ke hotel (200m drp masjid). Memang aku akui ramai yang nampaknya tak cukup khusyu’. Mungkin keadaan yang sesak dan masalah kesihatan e.g. batuk, demam. Alhamdulillah walau pada awalnya di Madinah aku sakit teruk tp di sini aku mampu beribadat dengan baik.

Tiada tempat penginapan

Masjid dah macam hotel. Lumrah disini. Biasanya jemaah dari India dan Pakistan. Memilih tandas awam terdekat untuk dapatkan kemudahan air. Beralaskan kepingan kotak, kertas dan selimut tabal. Menjimatkan. Tiada pula halangan oleh polis / pihak keselamatan.

Suasana di Makkah dalam bulan Ramadhan


Pada akhir Ramadhan, suasana di Makkah memang padat. Berjalan pun berselisih bahu. Tak boleh marah-marah, masing-masing kena cukup memahami. Ada juga jemaah yang langkah ketika aku sedang bersujud. Perkara biasa. Memang kasar, tapi bila kita berlembut dengan orang arab ni, dia baik sangat. Marah pun tak lama. Sempat mengenali seorang jemaah dari Eutopia.Walaupun cakap mcm itik dan ayam tapi aku dapat rasakan keikhlasan hati dia. Bila aku tak dapat roti, dia usahakan untuk aku. Dia pastikan apa dia dapat aku pun dapat juga. I miss Mekah and Madinah so much.

Malam Lailatul Qadar

Malam 27 Ramadhan dianggap malam Lailatul Qadar. Imam membaca penuh syahdu. Imam Abdul Rahman al-Sudais menangis baca ayat. Qunut jer 20 minit. Ma’mum turut menangis teresak-esak. Mereka faham bahasa arab. Lupa kemeriahan hari raya di kampung halaman. Bagi aku segala kebahagiaan di sini. I feel like home. Solat tarawih menghabisi bacaan al Quran. Malam 27 memang tenang, sejuk je pada siang harinya. Aku tidak berhenti berdoa moga Allah ketemukan aku dengan malam ini.

Menunaikan Umrah Di Bulan Ramadhan

Sambil menziarahi tempat bersejarah di kota ini, kami bersedia dengan pakaian ihram supaya dapat menunaikan lagi umrah di miqat ketika lawatan. Lazimnya kami menunaikan umrah pada waktu siang kerana malamnya diisi dengan solat dan tahajud. Aku dah menangis kat Tana’im sebab khuatir aku tak mampu menunaikan tawaf dalam keadaan panas terik mencecah 45 darjah. Saie tak kisah sgt sebab dalam bangunan.Kuasa Allah, walaupun panas terik terasa itulah tawaf paling mudah bagiku.

0 comments: