Tuesday, October 21, 2008

Menyambut Aidilfitri Di Makkah

30 SEPTEMBER 2008


Kami sambut aidilfitri dulu sebelum mereka di malaysia.! hehe. Malam tuh lagi aku dah sms keluarga dan kawan. eksen..hehe!

Walaubagaimanapun kemeriahannya tak sama seperti di Malaysia. Disini terlalu sayu meninggalkan bulan baraqah ini. Awal pagi kawasan masjidil haram terlalu sesak. Sampai kat depan lobi hotel yang sejauh 200m dari masjid pun penuh masyarakat islam melakukan solat sunat aidilfitri. tak cukup solat di kawasan masjidil haram, mereka yang bersolat di luar kawasan saja 2x ganda ramainya. jutaan umat menghadap kaabah tika ini.


mama didepan multazam setelah selesai solat sunat aidilfitri



Kami balik ke hotel dan menjamu selera. wow..ada sate di makkah..hehe.. tak byk aktiviti yang kami lakukan cuma ke masjid untuk bersolat. Minta ampun pada mama dan makcik maznah serta seluruh jemaah umrah yang lain.

0 comments: