Wednesday, October 22, 2008

Menziarahi Kota Madinah Al-Munawwarrah

18 SEPTEMBER 2008 (18 RAMADHAN 1429H)

Menziarahi Kota Madinah Al-Munawarrah

Perkuburan Baqi’

Aku menggagahkan tubuh. Mutawif kami kali ini Ustaz Hj Mustopha. Indonesian. Salah seorang pelajar universiti di Makkah. Tempat pertama yang kami lewati ialah Perkuburan Baqi’. Sayu menyelubungi. Di sinilah Rasulullah selalu mundar mandir selepas isya hinggalah subuh sebelum kewafatan baginda. Disini Allah memberi 2 pilihan pada Nabi sama ada kuasa & kekayaan atau dicabut nyawa. Baginda memilih dicabut nyawa. Kata baginda pada Saidatina Aisyah, baginda memilih pilihan itu kerana terlalu rindu pada Allah.
Terletak ke arah timur di pinggir bandar. Perkuburan Baqi’ ialah perkuburan ahli-ahli madinah sebelum zaman Rasulullah saw lagi. Disinilah isteri-isteri, putera-puteri dan sahabat-sahabat Nabi disemadikan. Antaranya Saidina Uthman bin Affan dan Saidatina Fatimah. Salam sejahtera kuhulurkan.

Masjid Quba

Suatu kebanggaan berada di masjid ini. Lebih kurang 4.8km dari Masjid Nabawi, inilah masjid pertama dibina oleh Rasulullah bersama para sahabat ketika baru tiba di madinah pada awal hijrah.

Masjid ke-4 termahsyur selepas Masjidil Haram, Nabawi, Masjidil-Aqsa ini mempunyai kelebihannya. Hadis Nabi yang bermaksud, “ Barangsiapa yang bersuci di rumahnya di Madinah, kemudian ke masjid Quba’ sama ada berjalan kaki atau berkenderaan dan solat 2 rakaat di masjid tersebut, kemudian pulang ke Madinah, ia akan mendapat pahala seperti mengerjakan satu Umrah”. Dengan berbekalkan wudu’ dari hotel tadi aku terus melangkah masuk dan mengerjakan tahayatul masjid diiringi doa.

Jabal Uhud / Tanah Perkuburan Uhud

Bukit yang amat bersejarah. 12km dari Masjid Nabawi.

Menurut Ustaz Mustopha, jika diperhatikan bukit ini sebelah berwarna merah sebelah lagi berwarna hitam. Merah itulah darah para syuhada yang gugur sewaktu perang Uhud. Suatu masa dulu banjir disini dan habiskan terbongkar perkuburan ini tapi jasad mereka tetap cantik. Terpegun aku mendengarnya.
Cuaca sememangnya panas tidak mematahkan semangat aku untuk mengetahui segalanya tentang tanah haram ini.

Disinilah kubur Saidina Hamzah. Singa Allah yang gugur di medan peperangan. Dadanya di kelar dan hatinya di makan oleh seorang wanita. Kejam. Bayangkan bila berada di tempat mustajabnya doa ini. Bayangkan berada waktu perang tika ini? Sedih.. teramat sedih..


Assalamualaika ya Saidina Hamzah R.A..


Masjid Qiblatain


Perjalanan kami diteruskan. Kali ini Masjid 2 Qiblat. Wahyu turun (Surah Al-Baqarah ayat 144) yang memerintahkan baginda menukar arah qiblat ketika bersolat 2 rakaat di dalam masjid ni.


Dari luar bentuk kubahnya tak jauh beza dengan Masjid Quba.

Ladang Kurma

Agak mahal sedikit tapi segar berbanding di pasar besar. Of course lagi fresh dari yang jual kat Tesco.! Shopping la.. Kat sini takde Yussof Tayyob punya ye. Kurma terbaik ialah Kurma Nabi. Nabi bersabda bermaksud orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan. Of course kurma ini agak mahal berbanding kurma lain. Kalau tak salah sekilo dalam SR75/RM75. Setelah berkunjung, kami balik ke hotel untuk bersiap solat Zohor.

0 comments: