Tuesday, March 24, 2009

Buah Misteri

Aku dgn kengkawan cikgu aku dok mencari apa sebenarnya nama buah ni. dah la rupa yang pelik. isi pon kekuningan mcm kulit juga. pokoknya terletak berdekatan dengan science lab skola aku. students yang nengok cikgu diorang terlompat-lompat petik buah nih pon memberitahu bahawa buah nih boleh dimakan tapi kena peram dulu.


Berlonggok la atas meja aku kat staff room bertanya-tanya apakah gerangan namanya buah yang pelik ni. Tapi sampai sekarang hamba tak dapat jawapan. ada yang kata buah geduak la..merepek jer bunyik sesaja nak mengenakan aku ler tuh.

Camni la rupa pokoknya. Rendang la tader lar tinggi mana pon. Tu yang aku dgn ernie terlompat-lompat memetiknya.

Lepas di peram dalam seminggu baru lar masak ranum. Bau pon sedap. Aku ada gak try gigit sikit. Manis gak rasanya tapi tak berani nak makan semua. Apa lar nama ko ni buah...

0 comments: