Monday, March 9, 2009

Seminar Keluarga Bahagia

Title: Seminar Keluarga Bahagia, tema "Meneguh Cinta Menyubur Kasih"
Venue: Auditorium Al-Azim, Bukit Palah, Melaka
Time: 2.30-5.30 petang
Date: 9 Mac 2009, Isnin


Aku dan 4 lagi teman sekerja diamanahkan untuk hadir ke seminar ini. Program sempena sambutan Maulidur Rasul tahun 2009 anjuran Pusat Zakat Melaka. Title quite weird utk aku yg lum kawen tp i gain sumthing wonderful here. Seronok gak. Enjoy. Yang menarik bila belajar tentang perbezaan cara pemikiran lelaki dan perempuan. Bagaimana bezanya dalam penggunaan belah otak kiri dan kanan.


Apa perbezaan yang tuhan ciptakan? Perubahan lelaki dan perempuan sejak dari dalam perut ibu lagi. Simple understanding..

OTAK & CARA BERFIKIR
6 minggu pertama - lelaki dan perempuan sama
> 6 minggu - testerone mengubah otak bayi kepada lelaki. Otak lelaki 10% > otak perempuan

Darah dalam otak perempuan lebih laju berbanding otak lelaki.
Otak perempuan lebih cepat matang (dari kanan ke kiri) berbanding lelaki.

Lelaki: menggunakan hanya 10% sahaja perhubungan antara otak kiri dan kanan. Hanya 1 isu bagi setiap perbincangan. Mono-tracking. Berfikir seorang diri (otak kiri) dan tidak mengunakan lisan (otak kanan).
Perempuan:mengunakan 20% iaitu multi-tracking. Setiap isu berkaitan dengan isu lain. Settle problem bila semua dah bincang. Bila ada problem, otak kanan dan kiri keduanya bertindak.
PROSES BERFIKIR
Lelaki : Keputusan dulu, baru bincang. Sedia ubah jika idea lg baik. Pelupa..huhu. (stp 10 minit - auto-delete)
Perempuan: Bincang dulu, baru keputusan. Rasa tak dihormati jika tak berbincang. Ingatan kuat ( stp 10 minit - auto-save)

MATA
Lelaki focus pada 1 objek mcm binocular (pandang lebih jauh daripada perempuan).
Perempuan lak leh pandang byk objek tp pandangan tu agak short distance. So perempuan don't expect pasangan diorang mudah mencari barang dalam laci. Mesti jawapan mereka, tak jumpa pun..!

HIDUNG
Lelaki: kurang sel menerima bau.
Perempuan : sensitif dengan bau.
EMOSI - BILA STRESS

Lelaki : lebih suka mendiamkan diri, taknak gangguan
Perempuan : luahan isi hati, rasa lega bila semua dah cakap dan harap pasangan sudi mendengar

KOMUNIKASI
Lelaki: Kata YA, Fikir YA
Perempuan: Kata YA, Fikir TIDAK

Jelasnya kita yang cuba ubah pasangan kita menjadi seperti kita berbanding kita cuba memahami diri pasangan kita. So dengan memahami asas utama kejadian manusia ini insya Allah konflik dengan si dia dapat diselesaikan. Wallahualam.

0 comments: