Tuesday, April 21, 2009

Ayah...

Seorang ayah merupakan ketua keluarga. Dia adalah sebaik-baik contoh kepada anak-anak dengan segala sifat kebapannya. Pengalaman dan detik-detik yang dilalui bersama ayah mempengaruhi pembentukan akhlak anak -anak. Bayangkan betapa girangnya seorang anak apabila ayahnya mendodoi,membelai,mencium dan menimangnya. Apabila dia terjatuh dan luka di kaki dia,akan berlari mendapatkan ayahnya. Si ayah akan mendokong serta memujuknya, membasuh luka dan melekatkan plaster. Dia akan berasa tenteram dan melupakan kesakitannya. Ayahnya juga tempat dia bermanja. Apabila dia mengeluh sakit perut, ayahnya akan menggosok-gosokkan minyak sehingga dia berasa lega kembali. Apabila dia jatuh sakit, ayahnya akan membawa dia ke klinik atau hospital. Ada masanya, ayahnya akan bermain-main dan bergurau senda dengannya pada petang hari dengan penuh kemesraan. Ayahnya mungkin menghantarnya ke sekolah dan menjemputnya pulang dari setiap hari. Dia dibawa pergi membeli-belah,berkelah bersama keluarga dan juga melancong. Ayahnya akan membelikan hadiah sempena hari lahirnya atau membawanya menonton wayang gambar. Hari Raya merupakan hari yang amat bahagia. Seorang ayah akan membawa anaknya bersembahyang bersama-sama dan membawa seisi keluarga melawat saudara mara. Semua pengalaman ini tidak mungkin dilupakan oleh anak-anak terutamamya jika hubungan mereka dengan ayah begitu rapat sekali.

Ayah,
Selamat Hari Lahir yang ke-54

-Your Only Daughter-

0 comments: