Thursday, July 2, 2009

11 Tips Bekerja Sambil Belajar

Rancang kerja anda sebaiknya. Periksa dan catat tarikh akhir(deadline) bagi tugasan pejabat serta pengajian lebih awal danletakkan ia di tempat yang dapat dilihat.................. SERING kali kedengaran kenalan di tempat kerja merungut kepenatansejurus bekerja seharian. Begitu jugalah keadaannya di kalanganpelajar yang sedikit tertekan untuk menyiapkan tugasan pensyarah.Namun, terfikirkah anda bagaimana sesetengah mereka yang bekerjamenyahut cabaran dengan untuk menyambung pelajaran?Bayangkan, selepas tamat waktu bekerja mereka tidak seperti teman-teman lain yang mungkin menghabiskan masa di restoran mamak,tidak pun memenuhi agenda lain di pusat beli belah dan kemudiannyapulang ke rumah untuk merehatkan minda serta bersama keluarga.Mereka yang menyambungkan pelajaran pula terpaksa mengenepikan kesemuaitu dengan bekerja keras di institusi pengajian tinggi (IPT)semata-mata untuk menggenggam segulung ijazah yang bukan sajameningkatkan kualiti kehidupan malah memberi impak besar dalam kerjayanya.Bagi yang masih bujang, mungkin bebanan untuk melakukan dua tugas ituserentak tidak memberikan banyak kesan, tetapi bagaimana yang sudahberumah tangga, apatah lagi untuk membahagikan masa bersama suami atauisteri, anak-anak dan hal ehwal keluarga.Mengapa segelintir masyarakat sanggup melakukan dua perkara serentak,sedangkan mereka mungkin sedar bebanan tugas lebih besar berada dibahu mereka? Apatah lagi, bila memikirkan rutin yang diharungi memakanmasa agak lama sehingga lima tahun.Terdapat beberapa faktor yang mendorong seseorang individu untukmenyambung pengajian walaupun sudah bekerja. Faktor utama yang sering`memaksa' seseorang untuk mendapatkan kelulusan pengajian yang lebihtinggi adalah kerana gaji. Sebahagian besar majikan, baik di sektorkerajaan ataupun swasta meletakkan kelulusan pendidikan sebagaikriteria penting dalam menentukan tangga gaji.Selain itu, kenaikan gaji juga masih lagi bergantung kepada pencapaianakademik bukan kerana pengalaman dan prestasi bekerja menyebabkanpekerja yang bergaji rendah tiada pilihan lain selain terpaksa berkorban sedikit masa dengan belajar selepas waktu pejabat.Bukan sekadar faktor gaji semata-mata, kebanyakan individu merasakanpengajian yang mereka ikuti itu sedikit sebanyak dapat menambahkan kemahiran mereka dalam pelbagai aspek sekali gus memberi impak positif kepada kerjaya mereka. Benar, jika kena dengan caranya, tanggungjawabini dapat mengasah kecekapan dan membentuk disiplin seseorang.Malah, ada juga rakan pejabat yang memilih untuk menyambung pengajiansemata-mata tidak mahu berasa `terkebelakang' dengan rakan sekerjayang memiliki kelulusan tinggi. Ini sedikit sebanyak memberikan cabaran buatnya untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

11 Tip Bekerja Sambil Belajar

# Rancang kerja anda sebaiknya. Periksa dan catat tarikh akhir(deadline) bagi tugasan pejabat serta pengajian lebih awal danletakkan ia di tempat yang dapat dilihat.

# Gunakan masa dengan sebaiknya. Anda mungkin boleh membaca ataumendengar semula rakaman kuliah ketika menaiki tren daripada hanyamelihat gelagat penumpang lain ketika menunggu untuk tiba ke destinasi.

# Pastikan semuanya dilakukan secara seimbang. Bekerja sambil belajar sememangnya memenatkan. Makan dengan teratur, bersenam, dapatkan rehat secukupnya dan jika berpeluang, teruskan aktiviti sosial anda.

# Jika anda mempunyai masalah untuk menepati tarikh akhir atautiba-tiba terjadi masalah keluarga dan kerja, beritahu kepadapensyarah anda lebih awal. Mereka juga manusia dan tentu merekamemahami beban anda untuk melakukan dua perkara ini serentak.

# Sentiasa ingatkan diri anda apa kebaikan pengajian yang anda ikutiitu untuk masa depan anda. Dapatkan sebab yang kukuh untuk mengikutikursus yang anda pilih. Jika alasan atau sebab anda menyambungpengajian itu lemah, ia mampu mengganggu motivasi anda untukmenghadapinya.

# Beritahu ketua atau majikan anda mengenai pengajian anda. Menyambung pengajian menunjukkan anda serius mengenai pembangunan diri sebagai seorang individu.

# Ada ramai penuntut dewasa yang mengikuti pengajian separuh masa.Anda seharusnya melihat ini sebagai peluang untuk mengembangkan jaringan kenalan.

# Wujudkan tempat bekerja yang dapat membuatkan anda berasa selesa.Gunakan apa-apa kaedah yang membantu anda untuk fokus, contohnyajadual, kata-kata semangat yang ditampal di dinding, tulisan denganpen berwarna-warni, peta minda atau bungaan di meja kerja anda.

# Cari tempoh waktu terbaik untuk anda belajar atau mengulangkaji.Segelintir individu lebih gemar memilih waktu awal pagi.

1 comments:

Setelus Hati Zinnirah said...

babe.. tips belajar sambil bekerja xde ker..? hehehehehe..