Friday, October 16, 2009

Ampuniku Ya Allah..

Tiba-tiba kata-kata Ustaz A buat aku tersedar sesuatu hari ini. Termenung jap aku bila aku menghemburkan kata-kata "Entah berkat ke tidak ilmu yang aku bagi kat budak tingkatan 4X ni."

Ustaz A: Kita tak patut doakan benda yang tak baik untuk anak murid kita.

Me: Tapi diorang dah melampau. Mengumpat tu satu hal. Kita nih ikhlas nak tolong dia, memudahkan hidup dia sebagai student tapi dia leh kata macam-macam belakang kita. Bodoh betul la budak ni. Kita nak mudahkan dia hantar paper work yang diberi. Bila bagi email dia kata kita nak glamour, nak suruh diorang add kita sebagai friend list. Betapa bodohnya student yang fikir macam tu. Patut la belajar pun susah, hati keras, selalu kena naik pejabat, cikgu lain semua mengata. Tak sedar diri betul. Harapkan muka je lawa.

Ustaz A: Kena ingat balik macamana Nabi dulu masa berdakwah. Bukan semua orang boleh terima kan?

Aku terus terdiam. Ya Allah, baru aku teringat. Masa tazkirah yang aku pernah dengar, ustaz pernah cakap Rasulullah dulu pernah dibaling dengan batu semasa berada di Taif. Sepanjang nabi berjalan sejauh 1-2 batu itu la penduduk Taif yang terkenal dengan penduduk yang kasar melemparkan padanya hingga bajunya penuh dengan darah. Turun malaikat Jibrail a.s memberitahu Nabi untuk menghapuskan penduduk Taif tetapi dihalang oleh Nabi, malah nabi berdoa agar penduduk Taif mendapat hidayah dan menjadi umat yang lemah lembut. Sehingga kini, penduduk Taif lah penduduk yang lemah lembut berbanding dengan bangsa arab yang lain.

Persoalan untuk diriku..
Ada tak aku dibaling dengan batu? Sikit pun kulit aku tak dilukai so kenapa mesti aku give up. My student belum matang, belum harung bagaimana aku harungi kesusahan belajar dan bekerja so kenapa mesti aku doa perkara yang buruk pada mereka. Sepatutnya aku kasihan pada mereka. Ya Allah, ampuniku Ya Rahman. Ampuniku.

Friday, October 9, 2009

Ewah ewah banyak cantik muka

Quite bengang dengan my hostel student kelas X sebab mempunyai idea yg bernas untuk balik rumah dengan alasan untuk menyiapkan paper work yang aku bagi. Nama aku gak nak disebut kat pentadbir. What da *******! Betul ke nak balik buat paper work?? Aku dah kata kalau susah sgt leh je send by email bila cuti nanti. Pusat akses buka ajer dikatanya tak buka. Cikgu IT lain dah ngamuk dah dengar. Bila bukak pusat akses byk yang bukan buat research tapi dok buat keja lain. Tak faham betul aku org byk bg alasan nih lar. Student kelas lain yang dok hostel tader byk songeh pun. Leh jer hantar on time. Dapat full mark lagi aku bagi. Tuhan jadikan kehidupan student kelas X nih susah sangat ke? Belum buat lagi pun dah kata susah. Ada datang jumpa? Hell no.Yang tak banyak complaint tu la yang slalu dapat markah penuh. Kelas lain ok jer. Malu lar. Nama jer student skola kluster tapi tader ciri-ciri peribadi cemerlang. Kalau la mcm nih attitude, where will you be next 10 years onwards? Shahirin sensei...pls give comment..

Friday, October 2, 2009

Minggu Menguji Kesabaran

Aku ingatkan abis je puasa dah kira abis la bulan menguji kesabaran. Tapi tak sangka la minggu pertama naik sekolah di bulan Syawal ni aku diuji. Memang meletup habis aku la kali ni. Rasa gagal sangat hidup sebagai pendidik.

Yup, my ICT class become horror and nightmare to my students. Lagi sebulan dah nak akhir tahun pun still terpanggil-panggil aku kat lab kata komputer tak boleh guna. Student lain sumer guna tader masalah korang lak yang tetiba bermasalah. Kalau 6 kelas yang aku ajar dok terpanggil-panggil mati muda lar aku mcm nih. Bosan la macam orang zaman batu lak tak reti nak on komputer. Awal-awal dulu takpe la belajar ini mcm tak pernah belajar. Jari lembut mcm anak ayam pondan tekan power button sampai thn depan pun komputer tuh takleh nak on. Switch on power supply pun tidak dok kata komputer takleh pakai. Ditanya Reset button kat mana dijawabnya kat keyboard. Sampai mati pun tak akan jumpa. Ini bukan laptop la sengal.

Me: Korang nih semua nak suruh i jadi Fantastic 5ive ke?
Student: Aik..Fantastic 4our la teacher
Me: I la yang 5ive tu.
Student: Haha..kuasa teacher apa yer? Tunjuk la sikit teacher..
Me: Jangan sampai I tunjuk la kuasa I kat korang. Pengsan korang nanti.

Laughing is the best medicine..yup, i believe that. Tapi biar lar berpada-pada jangan sampai pijak kepala.. Seems dat kengkawan lain pun dah mula tunjuk muscle kat student masing-masing sejak naik semester ni. Aku ingat aku sorang je. Tak lama lagi bersedia la sorang-sorang naik bilik HEM..