Friday, October 16, 2009

Ampuniku Ya Allah..

Tiba-tiba kata-kata Ustaz A buat aku tersedar sesuatu hari ini. Termenung jap aku bila aku menghemburkan kata-kata "Entah berkat ke tidak ilmu yang aku bagi kat budak tingkatan 4X ni."

Ustaz A: Kita tak patut doakan benda yang tak baik untuk anak murid kita.

Me: Tapi diorang dah melampau. Mengumpat tu satu hal. Kita nih ikhlas nak tolong dia, memudahkan hidup dia sebagai student tapi dia leh kata macam-macam belakang kita. Bodoh betul la budak ni. Kita nak mudahkan dia hantar paper work yang diberi. Bila bagi email dia kata kita nak glamour, nak suruh diorang add kita sebagai friend list. Betapa bodohnya student yang fikir macam tu. Patut la belajar pun susah, hati keras, selalu kena naik pejabat, cikgu lain semua mengata. Tak sedar diri betul. Harapkan muka je lawa.

Ustaz A: Kena ingat balik macamana Nabi dulu masa berdakwah. Bukan semua orang boleh terima kan?

Aku terus terdiam. Ya Allah, baru aku teringat. Masa tazkirah yang aku pernah dengar, ustaz pernah cakap Rasulullah dulu pernah dibaling dengan batu semasa berada di Taif. Sepanjang nabi berjalan sejauh 1-2 batu itu la penduduk Taif yang terkenal dengan penduduk yang kasar melemparkan padanya hingga bajunya penuh dengan darah. Turun malaikat Jibrail a.s memberitahu Nabi untuk menghapuskan penduduk Taif tetapi dihalang oleh Nabi, malah nabi berdoa agar penduduk Taif mendapat hidayah dan menjadi umat yang lemah lembut. Sehingga kini, penduduk Taif lah penduduk yang lemah lembut berbanding dengan bangsa arab yang lain.

Persoalan untuk diriku..
Ada tak aku dibaling dengan batu? Sikit pun kulit aku tak dilukai so kenapa mesti aku give up. My student belum matang, belum harung bagaimana aku harungi kesusahan belajar dan bekerja so kenapa mesti aku doa perkara yang buruk pada mereka. Sepatutnya aku kasihan pada mereka. Ya Allah, ampuniku Ya Rahman. Ampuniku.

0 comments: