Thursday, November 26, 2009

Secebis Nota Sempena Hari Lahirku

Ya Allah,
Sempena hari lahirku yang ke 27 ini
Aku memohon kepadaMu
Agar diampunkan segala dosa-dosaku
Jadikanlah aku wanita solehah
Yang sentiasa menjadi bualan penduduk langit
Ya Allah,
Tunaikanlah hajatku
Makbulkan segala doa-doaku
Berilah petunjuk yang jelas dalam setiap tindak-tandukku
Berilah ketenangan
Berilah kebahagiaan
Berilah kejayaan dalam setiap usahaku
Dan kurniakanlah keberkatan dengannya
Ya Allah,
Murahkanlah rezeki yang Kau berkati untukku
Jadikanlah aku insan terhormat
Yang dikasihi setiap umat Muhammad s.a.w
Amin..
catatan nurul masliza rosli