Saturday, January 30, 2010

The Assemblies in which Allah is Remembered, Jan 2010 ( Majlis Zikir Jan 2010)


Aku meletakkan diri aku di tempat yang tak pernah aku berada sebelum ini. Berminggu-minggu aku menantikan kehadiran Tuan Guru Sheikh Faiz nih ( adik bekas mufti Negeri 9, Dato Hj Murtadza ). Simple je orangnya rupanya. Pelbagai cerita enak aku dengar dari bualan orang tentang kewarakan tuan guru. Rezeki aku, alhamdulillah dapat juga aku join majlis ni walaupun sekejap.

Bergema mlm itu dengan bacaan zikir yang dibaca beramai-ramai penuh kerendahan hati. Kereta punya la sesak. Madrasah penuh dengan jemaah. Ini dunia baru bagiku. Suatu masa dahulu aku sering berada di tempat yang menjanjikan keseronokan sementara tapi berdiri hampir dengan ulama terkenal ini lain rasanya.

AKU JAHIL..!!

Aku kat wad kecemasan la!

Aku kelam kabut gi hospital. Mak aku call kata adik aku masuk wad. Injured main bola sepak pun iyer. Blood pressure tinggi pun iyer. Aku pun macam comfuse napa adik aku kena tahan wad. Aku pun tengah blur-blur nih terus pergi icu/ccu. Tak nampak pun mak aku. Terus aku call hp adik.
Aku: Weh ko kat mana nih. Aku tak nampak pun ko
Najmy: Lor, ko masuk ler aku kat dalam nih. Ko kat mana skrg?
Aku: ICU. Tengah ramai nih. Ma kata nak tunggu aku kat luar nih ha.
Najmy: Woi ko ingat aku dah nak mati ke ko gi tunggu aku kat situ. Aku kat wad kecemasan la. Tengah tunggu lum dapat tau bilik mana nak check in nih
Aku: Alamak..cemana aku leh sampai sini..haha! Sorry bro..

Sunday, January 3, 2010

Nenek tahu kau sakit

Aku datang rumah Kak Kin nak beri teh songket perasa laici yang aku beli kat Kea Farm Cameron. Dah pesan dengan dia kata aku nak datang. Baru bagi salam depan pintu rumah tiba-tiba bonda kak kin cakap macam tu. Mau tak terkejut aku. Aku sakit ke? Batuk biasa ada la. "Ha, nenek ada jual ubat ni nak." Rupanya aku tengok dalam rumah tu penuh dengan produk Herbalife. Adui nenek nih saja buat aku terkejut berok mak yeh. So funny. Orang tua ni lagi terer berlawak dari aku.

Saturday, January 2, 2010

Panggilan dari Abu Dhabi, UAE

Menerima panggilan dari sahabat lama di kampus dulu, Mustafa yang bermastautin di sana. Tanya khabar aku yang tak berapa sihat dengan batuk dan bersin tak henti-henti. Rajin dia call aku bertanya khabar kami dan sahabat-sahabat di Malaysia. Aku pun tak leh nak jawab sebab dah lama tak call kawan-kawan yang lain.
Mustafa: Where are you right now?
Me: Malacca
Mustafa: What? Mecca?
Me: Malaccaaaaa..!
Mustafa: Haha...!!
Sengau sangat ke suara aku dalam phone bila batuk & flu?

Friday, January 1, 2010

Welcome 2010

Salam Maal Hijrah 1431 dan Selamat Tahun Baru 2010