Friday, April 23, 2010

Pertandingan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 2010 - Day 1

Location: Melaka International Bowling Centre
Date: 23/4 /2010 - 27/4/2010
Bertugas sebagai urusetia untuk sepanjang kejohanan. 5 hari tak jejak sekolah. Bahagia rasanya. Awal pagi kami dah prepare draft untuk pembahagian lane bagi setiap negeri.
Dari pagi sampai la petang menyiapkan buku pertandingan dan borang pendaftaran untuk Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal yang bermula pukul 8.30 malam di D'Village, Ayer Keroh.

Team-team dari pelbagai negeri mula menjalani latihan rasmi dan melapor diri .

Team urusetia dari SMKTPM pun mula melapor diri ..er.. melarikan diri setengah jam bagi merehatkan otak yang jem. Lane kena test jugak. Pertandingan antara cikgu mas, cikgu azam dan cikgu aslina.. Let's do it!

Tapi rasanya aku lar yang bertambah stress sebab pencapaian terburuk ini huhu..


Ayam Penyet adalah juadah dinner kami hari ni. TQ kak aslina belanja kitorang..

0 comments: