Saturday, July 3, 2010

Seminar Ke arah Pemahaman dan Pengamalan Al-Quran

Di kesempatan hujung minggu ni aku berpeluang menghadiri
Seminar Ke arah Pemahaman dan Pengamalan Al-Quran.
Venue: Auditorium Al-Azim, Masjid Al-Azim
Tarikh: 3 Julai 2010.
*************************
Seminar terbahagi kepada 2 modul.
Modul 1 : Ulummul Quran ( Ustaz Hafiz )
Modul 2: Pemahaman dan Pengamalan Al-Quran ( Ustaz Nidzamuddin)
Banyak perkara yang aku belajar terutamanya cara bacaan al-Fatihah yang betul.
Ni je la sedikit sebanyak yang aku dapat share beberapa tips dan doa.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh Imam Besar Masjid al-Azim, Dato Hj Mohamad bin Hashim Al-Hafiz

Penjelasan tentang ilmu-ilmu yang terkandung dalam al-Quran iaitu Nuzulul Quran, Wahyu, Ashabun Nuzul, Ayat Makki dan Maddani, Qiraat, Tajwid, Ayat & Surah.
Penekanan ditumpukan kepada aplikasi hukum tajwid, khusus bacaan surah Al-Fatihah dan beberapa surah lain.

Ustaz Ahmad Tarmizi tak dapat datang digantikan Ustaz Hafiz.


Modul 2 lebih fokus kepada bahasa Al-Quran iaitu memahami makna pada setiap perkataan serta tafsir pada sesetengah ayat al-Quran. Modul ni dapat memberi gambaran jelas mengenai amalan hidup berpandukan tuntutan al-Quran

Ustaz Nidzamuddin menyampaikan modul kedua.

Ni antara aktiviti lain yang aku bercadang untuk hadiri, insya Allah.

Bagi Aktiviti III, ceramah mufti negeri Perak akan diadakan selepas solat Maghrib di Auditorium Masjid Al-Azim.


0 comments: