Sunday, December 26, 2010

Ucapan Hari Jadi untuk anak-anak didik tercinta

Anak-anak didikku,
Jadikan malu krn Allah sebagai 'blusher' pipimu,
Hiasan rambutmu adalah jilbab yang terulur sampai dadamu,
Zikir yg membasahi bibir adalah 'lipstik'mu, '
Mascara' mata cantikmu terpelihara dari maksiat,
Wudhu adalah bedakmu,
Pendengaran yang ma’ruf adalah anting-antingmu,
Gelangmu adalah tawaduk dan kalungmu adalah kesucian tubuhmu.
Selamat hari jadi, doaku khas buatmu..
*edited from a website*

Friday, December 24, 2010

Pintu Rindu

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telah ku turun lembah dan gurun..
Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..
Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..
Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..
Sedang Kau dekat bukan dimata..
SentuhMu erat di pinggir jiwa
Sedang Kau dekat di pinggir jiwa..
Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..
Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..
Ya Allah....
Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu
Hidup matiku hanya untukmu..
*Lirik Lagu Siti Nurhaliza*

Wednesday, December 22, 2010

Kata-kata Rabiatul Adawiyah

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam solatnya:

Ya Tuhanku!
Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaanMu
supaya tiada suatu pun yang dapat memalingkan aku daripadaMu

Memburu Cinta Suci dan Agung

Aku tertarik dengan statement daripada buku "Isteri yang Disayangi dan Menyayangi", yang dikarang oleh Khairunnisa Ghazali terbitan Darul Nukman,

Cinta selalu membuatkan kita lupa dan lalai. Buktinya, kita hanya cinta dan berterima kasih kepada suami atau isteri yang memberi layanan baik menyayangi diri kita, tetapi kita lupa berterima kasih kepada Tuhan yang mendorong suami atau isteri kita itu bersikap baik dan sayang kepada kita. Malah, sedikit nikmat yang kita perolehi dari kebaikan suami atau isteri kita itu, sering juga membuatkan kita lupa pada lautan nikmat yang kita kecapi tidak putus-putus dari Allah.


Tetapi dalam realiti yang berlaku, tidak ramai yang mahu bersungguh-sungguh "membalas" cinta Tuhan. Allah berfirman maksudnya: "Sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur." (Saba':13) "


Cinta kepada Allah itulah datangnya rasa nikmat dan lazat di dalam hati dalam memperhambakan diri kepadaNya, menunaikan segala yang diperintahkan dan menjauhi segala yang dilarangNya, seterusnya menjadi benteng yang membuatkan hati menolak unsur-unsur cinta yang bukan berlandaskan cinta kepadaNya.


Mengenal dan mencintai Allah akan membawa kepada rasa rindu untuk bertemu denganNya. Cinta kepada Allah mampu menjana cinta yang lebih murni dan mendalam kepada sesama makhlukNya. Imam Ghazali dalam kitabnya, 'Ihya Ulumuddin' mengungkapkan seperti berikut:
"Bila kecintaan seseorang kepada Allah telah menjadi kukuh nescaya akan muncul watak perasaan suka membantu dan menolong, serta mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri, bersedia untuk membelanjakan segala yang dimilikinya daripada harta, jiwa dan nasihat yang baik."


Tak terhitung bukti cinta Allah kepada manusia, bila kita mahu membuka mata, telinga dan seluruh indera yang kita miliki berikut dengan namanya perasaan.


Allah juga tidak pernah segan untuk memberikan pertolongan ke atas umatNya yang memerlukan. Bukankah ini adalah salah satu bukti dari rasa sayang dan cinta Allah?

Tuesday, December 21, 2010

Peringkat Seorang Isteri

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apalagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini susah dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja durhaka dengan suami, apalagi dengan Tuhan.
Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, senantiasa bergolak, senantiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah artinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.


Entah peringkat manakah aku?

Friday, December 17, 2010

Cinta Yang Terindah Adalah MencintaiMu

Tidakku tahu apa tersirat
Hanya menanti saat di Mahligai penuh ujian
Mahligai penuh rahmat, mahligai penuh barakah
Emosi kian mendalam
Inilah perjalanan
Menuju destinasi ibadah yang tinggi nilainya
Mudahkanlah, mudahkanlah, mudahkanlah
Mudahkanlah setiap urusan
Tetapi..
Mana mungkin Kekasihku Ya Khaliq
Tidak menguji kasih dan cintaku pada-Nya
Sebagai tanda aku bersyukur?
Terngiang-ngiang disudut hati dengan persoalan :
Adakah kau mencintai AKU Tuhan-Mu?
Atau kau lebihkan cintamu pada makhluk ciptaan-Ku?
AKU menciptakan dia untukmu
Supaya lebih mengingati-Ku, bukan menjauhi-Ku
Agar kau sebagai hamba-Ku benar-benar bersedia untuk menemui-Ku
catatan nurul masliza rosli

Tuesday, December 14, 2010

Aku Terima Lamarannya

Dinda telah buat keputusan..
Dinda terima lamaran Kanda dgn hati yg redha..
Ketika Allah memilih Kanda untuk Dinda..
Kanda didiklah Dinda
Untuk Dinda mendekati KEKASIH Dinda..
Biarlah jodoh antara Kanda dan Dinda datang daripada-Nya..
Agar berkasih-sayang Kanda dan Dinda
Seteguh cinta Adam pada Hawa..
Pengikat rindu Rasulullah pada Khadijah
Sempurnakanlah kebahagiaan Kanda dan Dinda
dengan menjadikan ikatan perkahwinan sebagai ibadah kepadaMu
Dinda redha dengan ketentuan ini..
catatan nurul masliza rosli

Tuesday, December 7, 2010

Awal Muharam

SELAMAT DATANG, BULAN MUHARAM
SALAM MAAL HIJRAH
1432H

Sunday, December 5, 2010

Siapakah Ibn al-Jauzi?

Dilahirkan pada 508 Hijrah di Baghdad. Ibunya menghantar untuk mempelajari agama pada usia 6 tahun. Masanya dihabiskan dengan menghafal al-Quran atau membaca kitab dari kulit muka hingga ke kulit penutup. Beliau lebih muda 38 tahun daripada Sheikh Abdul Kadir al-Jilani. Ibn al-Jauzi pernah membaca sejumlah 20,000 buah kitab.


Pada kitab Said al-Khatir yang ditulisnya , beliau menyatakan (terjemahan),

"Tidak berlebihan sekiranya ku katakan aku telah membaca 20,000 buah kitab semasa hari-hariku di bangku sekolah. Melalui pembacaan tersebut, aku dapat ketahui dan mempelajari akan erti keberanian, jiwa yang besar, pendidikan yang luas, serta hafalan yang kukuh, ketakwaan, kesungguhan di dalam solat dan ibadat oleh ulama-ulama dan orang-orang soleh yang terdahulu yang mana tidak mungkin ku ketahui tanpa membaca kitab-kitab tersebut. Pembelajaran dan penelitian mengenai sesebuah kitab di zaman itu juga telah mendedahkan betapa singkatnya pengetahuan ulama-ulama di zaman kita dan betapa malapnya semangat para pelajar di zaman ini."


Ibn al-Jauzi telah mengarang lebih 1000 buah kitab dalam pelbagai bidang ilmu. Meskipun kemahiran beliau dalam ilmu Hadith dan Fiqg, beliau juga prihatin dengan ilmu sejarah terutama keperihalan para Anbiya, para sahabat Nabi termasuk para Awliya.

Dalam kitabnya Said al-Khatir, Ibn al-Jauzi menyimpulkan (terjemahan):
"Aku merasakan pendidikan dan pembelajaran di bidang sains perundangan Islam dan ilmu hadith sahaja adalah tidak berkesan untuk mencapai kelembutan dan ketulusan hati yang mana ianya (ketelusan hati) mampu menarik dan menyebabkan cinta dan makrifat ketuhanan itu terbit. Satu-satunya cara untuk mencapai tahap ini adalah dengan mempelajari kisah-kisah hidup para guru-guru sufi dan mereka yang mahir dalam bidang ini yang mana hati mereka sentiasa bersih dan suci. Pengetahuan mengenai Halal dan Haram serta hukum-hakam sahaja tidak mampu menghasilkan hati yang suci, bersih dan murni. Hati yang suci, bersih dan murni terhasil daripada peristiwa-peristiwa yang mendatangkan kesan kepada hati seperti yang telah -disebutkan dalam hadith-hadith dan kisah hidup para ulama zaman dulu. Para ulama zaman dahulu telah menyedari tentang hakikat sebenar Iman dan menghayati di dalam kehidupan mereka yang mana bukan hanya memperolehi pengetahuan dalam bidang tersebut. Apa yang dicadangkan dan dibentangkan kepada anda adalah pengalaman peribadiku. Aku telah melihat pada ahli hadith dan pelajar mereka mengkaji dan mempelajari riwayat hidup dan perihal rawi-rawi dan bagaimana untuk mengklasifikasikan sesuatu hadith sebagai Sahih atau Dha'if.

Begitu juga halnya dengan para hakim dan qadi yang begitu taksub dan menumpukan pada kaedah perdebatan, hujah dan perbahasan demi memenangi dan mengatasi lawan mereka. Bagaimanakah ini semua dapat menghasilkan hati menjadi suci dan tulus? Dahulunya orang ramai biasa menziarahi para ahli sufi, wali-wali dan orang-orang ketuhanan untuk membentuk akhlak serta kelakuan mereka menuruti contoh yang ditunjukkan oleh orang-orang yang warak ini dan bukan pula untuk mendapatkan ilmu-ilmu mereka. Dan sesungguhnya ini (akhlak dan kelakuan) adalah matlamat dan tujuan sebenar dalam mencari ilmu pengetahuan itu sendiri. Haruslah difahami dengan jelasnya bahawa adalah sangat mustahak untuk disertakan satu mata pelajaran mengenai kisah hidup para wali, ahli sufi dan orang-orang warak di dalam kurikulum pembelajaran undang-undang dan hadith."

Dimanakah hendak dicari seorang alim zaman ini yang membaca lebih 20,000 kitab? Berapa ramaikah ulama yang kini menjadikan amalan khatam al-Quran seminggu sekali?


*rujukan: buku Menyingkap Misteri Pulau Besar, penulisnya Ana Faqir*

Saturday, December 4, 2010

Seeking His pleasure.. Alhamdulillah

Selamat Pengantin Baru
buat
Farah Salwani & Mohd Fairul Isma

بارك الله لكما وبارك عليكماوجمع بينكما في خيربارك الله لكما وبارك عليكماوجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكماوجمع بينكما في خير
بارك اللهبارك الله لكم ولنا
الله بارك لهماالله أدم حبهماالله صلّي وسلّم على رسول الله
الله تب عليناالله ارض عناالله اهد خطاناعلى سنة نبينا
بارك الله لكما وبارك عليكما

Wednesday, December 1, 2010

Madah

Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati.
Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini.
Dengan kebesaran hati dan jiwa, dirimu akan menemukan apa rahsia di sebalik titian kehidupan yang telah dijalani.
Hingga kelak akan engkau rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat sendiri.
(Penulis: Abu Aufa)