Friday, April 3, 2009

Sun burn lagik aku..

Sukan Tahunan SMK Tinggi Perempuan Melaka 2009, Sekolah Kluster Kecemerlangan. Ini lar yg buat aku sunburn lg huhu. Since aku pun mengajar di sekolah lama aku, anggap la flash back sukan tahunan ni seperti 10 tahun lepas.

Antara persediaan rumah-rumah sukan yang terlibat. Kreatif. Tapi bagi aku, sukan kami dulu jauh lebih meriah berbanding sekarang. Sound system lebih mantap. Aktiviti lebih menarik.

Maskot rumah kuning. Penat diorang jahit sendiri menda nih memalam buta. So creative. Pasni leh la buat promotion utk Bee The Movie 2.

Baru perbarisan dah pengsan. Yang pengsan ahli PBSM pulak tuh. Adui..actually panas sangat hari ni. Sian diorang.

VIP's

Kak Hasnah selaku ketua cheerleaders rumah merah. Ceria betul.

Penjaga masa yang setia, me and ain. Dah la kami sekolah rendah sama. Secondary pun kat sini. Mengajar pun kat sini. Cerianya hidup huhu.

ahli taekwondo menunjukkan aksi

silat pun ada.

agak-agak kalau lawan taekwondo dan silat sapa menang hek..

saiful dengan topi askar melayu..

hadiah hamper. nasik bungkus tuh tak la. itu sajian kami guru-guru.

Nisa dan Ernie tengok-tengok booth rumah sukan biru. Ikut hati nak terjun jer dalam kolam air tuh. tengah panas terik dah nih.

kiri-kanan-kiri

together with maisarah and khalis

with Ernie

It's good to be a teacher coz it reminds me a lot from where i am. Yang pasti, esok akan bercuti untuk charge balik bateri huhu... ~peace~

Wednesday, April 1, 2009

Penghulu segala air

Dah berapa lama aku tak minum air zam-zam. tetiba teringat lar nak minum. ada lagi balance masa aku balik umrah dulu. air ni la minuman harian aku masa berbuka puasa di mekah. apa-apa pun pasti aku carik zam-zam.
Syeikh Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya 'al-Jamiul Latif fi Fadhli Makkah' dalam bab Adab minum air Zamzam berkata: "Berkata seorang ulama, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air Zamzam dengan mengadap kiblat, kemudian berkata: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabiMu s.a.w. bahawa baginda bersabda: Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk............. (sebutkan apa yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk, kemudian bernafas diluar bijana itu, Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya dibaca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah.



Camnilah cara meminum air Zamzam yang diriwayatkan daripada lbnu Abbas dan doa yang di atas dibaca ketika meminumnya.

Thursday, March 26, 2009

Workssszzz and Examinationsszzz

Woowoo..agak tight schedule hidup aku kali ini. Ini belum termasuk keja p&p dan program kat sekolah. Anyway alhamdulillah so far i happy with my life. Syukur kerana aku percaya rezeki Allah yang bagi dan bukan manusia yang menentukan rezeki aku. Btw these are my schedules (yang aku takut terlupa sebenarnya..)

28 Mac 2009 - Exam MTest intake June 2009
11 April 09 - Semakan exam MedSi
18 April 09 - Exam MedSi intake July 2009
22 April 2009 - Semakan interview KPLI
11 May 2009 - Semakan interview DPLI

Tuesday, March 24, 2009

Buah Misteri

Aku dgn kengkawan cikgu aku dok mencari apa sebenarnya nama buah ni. dah la rupa yang pelik. isi pon kekuningan mcm kulit juga. pokoknya terletak berdekatan dengan science lab skola aku. students yang nengok cikgu diorang terlompat-lompat petik buah nih pon memberitahu bahawa buah nih boleh dimakan tapi kena peram dulu.


Berlonggok la atas meja aku kat staff room bertanya-tanya apakah gerangan namanya buah yang pelik ni. Tapi sampai sekarang hamba tak dapat jawapan. ada yang kata buah geduak la..merepek jer bunyik sesaja nak mengenakan aku ler tuh.

Camni la rupa pokoknya. Rendang la tader lar tinggi mana pon. Tu yang aku dgn ernie terlompat-lompat memetiknya.

Lepas di peram dalam seminggu baru lar masak ranum. Bau pon sedap. Aku ada gak try gigit sikit. Manis gak rasanya tapi tak berani nak makan semua. Apa lar nama ko ni buah...

Wednesday, March 18, 2009

Berkursus Sambil Bersantai

Ini ler teman-teman sekerja aku dalam bersama-sama 'menceriakan diri' menghadiri kursus LADAP ( Latihan dalam Perkhidmatan) pada 14 April lepas. Dijalankan di semua skola kat melaka serentak. tempat lain aku tak sure. Begitu happy kat meeting room ni.. sebab lepas tu cuti seminggu mesti la ceria..tak gitu..

left to right; fene-dilla-hidayah-ain-mir-"of course me after dat"

Sunday, March 15, 2009

Hanya kepada Allah kita dikembalikan

Tarikh:14 Mac 2009
Hari: Sabtu
Waktu: 11.45 pagi

Sebaik sahaja selesai mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP), aku dikejutkan dengan panggilan tentang perginya seorang lagi bapa saudaraku (pak itam Baba). Mengikuti jejak langkah arwah uncle darwin dan arwah atuk kerana serangan jantung. Pak itam dimandi dan dikafankan di HKL lalu terus dibawa ke melaka ( umah makngah ana) untuk disolatkan. Aku baru terfikir untuk datang menziarahinya di kl tp arwah pula yang datang menziarahi kami buat kali terakhir di sini. Tiba-tiba jer dia meninggalkan keluarga kami. Mungkin Allah lebih merinduinya. Segalanya alhamdulillah mudah malah pelangi kelihatan sewaktu jenazah dikebumi dan sewaktu talkin dibacakan, masya Allah. Arwah dikebumikan berdekatan dengan kubur arwah nenek munah.

Al-Fatihah buat Ghazali@Baba bin Abdul Rahman daripada anak saudaramu
Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosamu dan rohmu dicucuri rahmat, insya Allah

Monday, March 9, 2009

Seminar Keluarga Bahagia

Title: Seminar Keluarga Bahagia, tema "Meneguh Cinta Menyubur Kasih"
Venue: Auditorium Al-Azim, Bukit Palah, Melaka
Time: 2.30-5.30 petang
Date: 9 Mac 2009, Isnin


Aku dan 4 lagi teman sekerja diamanahkan untuk hadir ke seminar ini. Program sempena sambutan Maulidur Rasul tahun 2009 anjuran Pusat Zakat Melaka. Title quite weird utk aku yg lum kawen tp i gain sumthing wonderful here. Seronok gak. Enjoy. Yang menarik bila belajar tentang perbezaan cara pemikiran lelaki dan perempuan. Bagaimana bezanya dalam penggunaan belah otak kiri dan kanan.


Apa perbezaan yang tuhan ciptakan? Perubahan lelaki dan perempuan sejak dari dalam perut ibu lagi. Simple understanding..

OTAK & CARA BERFIKIR
6 minggu pertama - lelaki dan perempuan sama
> 6 minggu - testerone mengubah otak bayi kepada lelaki. Otak lelaki 10% > otak perempuan

Darah dalam otak perempuan lebih laju berbanding otak lelaki.
Otak perempuan lebih cepat matang (dari kanan ke kiri) berbanding lelaki.

Lelaki: menggunakan hanya 10% sahaja perhubungan antara otak kiri dan kanan. Hanya 1 isu bagi setiap perbincangan. Mono-tracking. Berfikir seorang diri (otak kiri) dan tidak mengunakan lisan (otak kanan).
Perempuan:mengunakan 20% iaitu multi-tracking. Setiap isu berkaitan dengan isu lain. Settle problem bila semua dah bincang. Bila ada problem, otak kanan dan kiri keduanya bertindak.
PROSES BERFIKIR
Lelaki : Keputusan dulu, baru bincang. Sedia ubah jika idea lg baik. Pelupa..huhu. (stp 10 minit - auto-delete)
Perempuan: Bincang dulu, baru keputusan. Rasa tak dihormati jika tak berbincang. Ingatan kuat ( stp 10 minit - auto-save)

MATA
Lelaki focus pada 1 objek mcm binocular (pandang lebih jauh daripada perempuan).
Perempuan lak leh pandang byk objek tp pandangan tu agak short distance. So perempuan don't expect pasangan diorang mudah mencari barang dalam laci. Mesti jawapan mereka, tak jumpa pun..!

HIDUNG
Lelaki: kurang sel menerima bau.
Perempuan : sensitif dengan bau.
EMOSI - BILA STRESS

Lelaki : lebih suka mendiamkan diri, taknak gangguan
Perempuan : luahan isi hati, rasa lega bila semua dah cakap dan harap pasangan sudi mendengar

KOMUNIKASI
Lelaki: Kata YA, Fikir YA
Perempuan: Kata YA, Fikir TIDAK

Jelasnya kita yang cuba ubah pasangan kita menjadi seperti kita berbanding kita cuba memahami diri pasangan kita. So dengan memahami asas utama kejadian manusia ini insya Allah konflik dengan si dia dapat diselesaikan. Wallahualam.

plz get well..

Baru balik dari HKL melawat my uncle ( pak itam baba) - mama's bro. Heart attack. Tak sedar pun uncle aku bila kami datang. Aku tak berani lelama dalam CCU tuh. Pressure tgk wire bebanyak keliling dia. So far all my cousins ada except nana coz uncle dia meninggal @ melaka. well, untie jun said we should start reading yaasin for him.

Sunday, March 1, 2009

Salam Maulidur Rasul

Rindunya padamu ya Rasulullah. Masih teringat hari terakhir meninggalkan makam dan raudhah tahun lepas. Perasaan syahdu masih terasa apabila 12 Rabiul Awal semakin menghampiri.

Happy 16th Birthday

Muhammad Najmuddin Rosli,

alg, mama & ayah sentiasa mendoakan segala yang terbaik untukmu. Semoga menjadi lelaki yang beriman.

Salam sayang,
-alg-

Friday, February 27, 2009

3 days at UTeM

One word.. PENAT..itu jer yang boleh aku gambarkan bila kena hantar student participate dalam kejohanan olahraga MSSN. Beberapa buah sekolah terlibat.

aku, dilla and ustaz hammad kena responsible. first day penat sebab banyak gelak. hammad memang sengal.

aku & dilla with one of our student, miza. dress code aku ~ dress mcm student..huhu~selagi casual yang boleh.

2nd and 3rd day betul-betul penat kerana keadaan cuaca yang tidak menentu.


antara peserta cilik yang menghiburkan hati kami. tak tahu sama ada sukan makan atau sukan larian
berhibur bagi melenyapkan segala kelesuan

antara guru sekolah lain yang menarik perhatian kami

student ini menyentuh hati kami dengan semangatnya
ari nih masuk kelas mcm biasa.tak mampu aku nak prepare so suruh student discuss folio.mengajar student dah mcm kawan; terbawak-bawak pulak kekecohan masa kat stadium UTeM. ok ar tuh bwk gak balik pingat emas ~peace be upon me~

Saturday, February 21, 2009

Reduce Cost


Monday, February 16, 2009

Program Sehari Bersama Angkasawan Negara

siapa lagik? tengok cik abg nih lar .

ari sabtu lak skola aku ada merentas desa. dapat surat daripada jpn last minute. ari sabtu lak function program nih. so kak bai bawak dulu bebudak yg seramai 40 org neh ke mozac (sek men sains muzaffar syah) dan aku menyusul kemudian. student aku dah sengih memandang aku dari jauh. beriya-iya memujuk aku and kak bai sebab nak datang program nih.kuota 40 jer. bila brader hensem nih kuar jer student dah ramai melonggok mintak sign. potong jalan betul la budak-budak nih.
lagik baik aku carik cikgu tuition aku dulu yang tak jemu mengajar aku sampai lar aku ke tahap skrg ni. lagi bermakna sampai math aku A. aku tanya student mozac mana cikgu bistamam (kawan baik ayah). guru mozac hampir 30 tahun. dia nampak aku, terus dia berdiri tegak sambil tersenyum.beriya-iya jemput aku makan. seronok betul kami berbual sampai aku dah tak pedulik pak sheikh tuh. aku takde segan silu perkenalkan pada student aku inilah cikgu yang ajar aku dulu. bagi aku, cikgu aku ini lebih bermakna dan berjasa dalam hidup aku. Dia lah pelita hidup aku dan aku mahu jadi guru terbaik seperti dia.

Sunday, February 8, 2009

Program Joging Bersama Ketua Menteri Melaka

Tau-tau jer dapat surat dari office. Semua guru GSTT dan practical kena join program ni ari nih. Mak ai..kul 6.30 pagi kena ada kat sana. Selamba badak jer kui 7 baru sampai. Rakan-rakan sejawat dah menunggu depan sekolah Sacred Heart.About 3.5km jog. Best pulak jog a.k.a berjalan ni.Aku nak berlari..?? Tak singgah kedai mamak kat tepi jalan dah kira baik (pernah buat masa merentas desa kat sekolah dulu)..Habis jer program sorang-sorang order murtabak.. :) ..~peace~..!

Saturday, February 7, 2009

Lawak arr


Thursday, January 29, 2009

Kembali berbakti di sekolah lama

Awal pg aku dah bersedia nak gi taklimat guru GSTT. 8.30am dah register. Jumpa la muka-muka yg dikenali. Dari jauh dah sengih-sengih pandang aku (azziati, asmah, shikin, masrina). Semangat betul. Surat watikah perlantikan diberi.haha. mcm dapat skrol lg skali.cek-cek dapat la ngajar skola lama aku dulu. malacca girls high school. shikin gelak dah (sbb dia tuh senior aku masa kitorg blaja kat skola ni). gelak tak cover..!
aku : abis la bebudak nih...
shikin : yer ar biar diorg. dah tokleh semunyik aper2 lg dah. semua tmpt2 secret kita dah lama tau..
Itu la kelebihan jadik ex-student. kat sini la aku dididik sampai la tahap mcm ni. harap2 tersenyum lebar la cikgu2 lama yg ajar aku dulu. (jgn diorang buli aku blk dah..haha)



Wednesday, January 28, 2009

Syukur Alhamdulillah

Application aku jadik guru berjaya. Pengalaman yg lepas jd guru pun byk membantu. So bersedia lar dengan taklimat esok ari. Syukur Allah kurniakan rezeki kali ini. Moga Kau murahkanlah lagi rezeki yang Kau berkati padaku, ya Allah. asmah & azziati yg sesama interview pon dapat gak. Congratulation to all of us..! tq ayah & mama.. my cousin ina, my busu, al-fadhil ustaz A, my frenzz ( weed & al fadhil ustaz shah) yg supportive sungguh..muwahhssszzzz....

Saturday, January 17, 2009

Doa untuk Palestin

Marilah kita lipat gandakan surah Al-Fill ini sebagai doa dan berniat,
" Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah...turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin.. "
Lalu bacalah surah Al Fil & membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah



Thursday, January 1, 2009

Count Down 2009 atau Awal Muharam

Hati tertanya ke mana hendaknya diri ini..
Dengan kehadiran bulan Muharam yg banyak buat aku sedar.
Betapa selama 26 thn aku hidup penuh kerugian tidak pernah ambil tahu bulan-bulan baik dalam islam.


Betapa ruginya kamu, Nurul Masliza binti Rosli..!

Azam tahun baru ini?

Ya Allah,
Jadikanlah aku wanita solehah dengan lebih mendekatkan diriku padaMu.
Agar diriku menjadi bualan penduduk langit

Wallahualam..

Monday, December 8, 2008

Salam Aidil Adha

Sayunya hari ini, tuhan jer yg tau. Kak Bi hantar sms pd aku pagi td. Dia kata rindu sangat Makkah bila teringat pengalaman pernah menyempurnakan ibadat haji.

Moga jemaah haji tahun ini mendapat Haji yang mabrur, insya Allah.


Wednesday, November 26, 2008

Happy Birthday ke 26..!

Hari ini hari jadiku yang ke 26

Kata-kata bermakna untukku..
Happy birthday
Moga dirahmati diberkati Allah,
Selalu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dinaikkan segala hajat.
Sorry for everything, salah silap sengaja atau tidak.

Thank you for the locket..