Saturday, August 1, 2009

Belajar Menembak

aku belajar menembak kat bukit kangkar, muar. menggigil gak lar pegang real gun tuh. seumur hidup tak pernah sentuh. bebudak iraq siap pegang senapang lagi ke hulu-ke hilir. berdesing gak la telinga bila tembak tu.

gun jenis walther yang digunakan sepanjang latihan menembak




taklimat nih penting woo kalau salah buat tertembak org lain. paling dasat tertembak kaki sendiri.

hujan yang lebat juga tidak mematahkan semangat untuk belajar menembak. tak kira lar kena ke tidak tapi first time not bad gak huhu. nasib baik abg polis nih baik.

kami berikrar tidak akan membawa balik peluru dan pistol untuk di bawa balik ke rumah menembak monyet yang suka selongkar tong sampah di belakang rumah.. keh keh!

Thursday, July 30, 2009

6 hari lagi..

Bermula tarikh ini ENAM HARI lagi buku catatan amalanku selama setahun akan diangkat ke langit. Kalau aku tak sedar diri lagi, tak insaf-insaf , tak bertaubat, tak bersyukur lagi dengan segala-galanya memang la aku ni buta tuli agaknya.

Saturday, July 25, 2009

Terharunya

This morning masa on the way aku gi kursus, aku ternampak sorg pakcik.. pekerja majlis bandaraya tepi jalan. Nampak dia sorang-sorang je keja awal seawal pagi tu sedang terkial-kial mengumpulkan semua daun-daun kering yang banyak kat tepi jalan raya besar dan masukkan dalam plastik sampah hitam besar. Aku terfikir mana pekerja yang lain yang patut sama-sama membantu. Hati aku tersentuh. Jarang aku jumpa pekerja begitu waktu awal pagi hari Sabtu. Teringin pula aku nak berhenti tepi jalan tu dan berkata, "Pakcik, saya kagum dengan pakcik." tapi memandangkan aku sudah terlewat (walaupun kereta dah perlahan untuk aku berhenti ) aku teruskan juga perjalanan. Sepanjang sampai ke sekolah aku selalu memikirkan pelbagai cara untuk orang mencari pendapatan yang halal. Terasa insaf dalam diri. Kalaulah duit yang aku guna untuk membeli makanan tuh haram dan masuk dalam tubuh badan aku bagaimana jadinya aku nanti? Segala amalan pasti Allah tak terima.

Dah la begitu, menganiayai rakan sekerja pula. Tiada kerjasama, lepas tangan, membiarkan rakan sekerja terkontang-kanting menghadap kerja yang sepatutnya dilakukan tanpa rasa bersalah dalam diri. Doa orang yang teraniaya ini makbul. Banyak rakan yang memendam perasaan daripada berkomunikasi meluahkan isi hati. Aku tak faham kenapa perlu memendam. Adakah mungkin bila kita bersuara orang kata kita pula yang jahat. Kita pula dengki. Tak seronok la kerja gaduh. Tak sampai hati. Kenapa tak sayangkan diri sendiri bila org aniayai kita. Sekurang-kurangnya tunjuk komitmen dan bertanggungjawab pasti rakan sekerja tak terasa hati. Bukankah berterus terang itu satu penyelesaian pada masalah daripada dibiarkan hubungan itu meruncing. Buat apa nak pijak kepala orang lain..tak kemana pun kalau buat mcm tu. Aku ingat lagi pesan kak norziah dulu ,katanya sambil memegang bahu aku,
"Mas, kita bila bekerja ni kena selalu buat solat hajat mintak takde apa-apa berlaku kat kita"
Sampai sekarang aku pegang kata-kata tu. Cukup dalam nasihat tu.

Bagi aku apa-apa pun berserta dengan niat. Jika kita tahu niat kita baik dan betul kita laksanakanlah. Niat asalnya untuk blog ini ditulis sebenarnya untuk peringatan pada diri aku sendiri, bukan untuk menimbulkan riak. Cuma jika berkongsi bersama teman, anak didik dan pembaca yang lain boleh memberi impak yang positif apa salahnya. Rezeki itu Allah yang beri. Bila aku minta pada Allah dan Allah dah kabulkan permintaan aku, aku takut untuk tidak melaksanakan amanah yang Allah beri. Aku takut dengan pembalasan-Nya.

Wednesday, July 22, 2009

Lagi sebuah pertemuan

dilla dengar pon ternganga dari mulut akak..ak.a.makcik tuh tadi. aku lagik ar terkujat. mana nak sangka baru 2 ari mcm-mcm tru story aku dengar. dah jumpa mak sedara jumpa sepupu la pulak. adoi berasap. student aku lak tuh. selama nih aku dikelilingi sedara mara dia rupanya. lepas nih apa lagik la pulak citer yang bakal aku dengar..

Tuesday, July 21, 2009

Adakah pertemuan ini rencana ilahi?

biar betul apa yang aku dengar. mcm tak percaya je. hajat termakbul ke? mungkin.. maybe.. perhaps.. no wonder ar gerak ati aku berkata, she must be someone related but how's the relationship is? my friends semua kata, mas..this is good. just think positif. yeah yeah..but korang gelak-gelak gak bila aku masuk opis. memula bila aku citer korang ternganga gak kan last-last aku gak kena gelak balik. mmg funny but..erk..aku nak panggil hamba Allah tuh apa pasnih.. makcik? akak? erkh!! payah nak menyebutnya. tak terkeluar dari kotak suara yang merdu with voice energy ni..huhu..termenung gak aku bila balik rumah. Nak buat mcm biasa dan tak ada apa-apa berlaku ke? kat tempat keja tadi kengkonon nak berlakon mcm jennifer aniston bila jumpa dia nampak gayanya mr bean lg terror dari aku. rezeki aku ke ni..? mas..relaks..cool..tenang...

Thursday, July 16, 2009

Hari Yang Fed Up Up and Away

Kenapa?
First - meeting bitau last minute. Dah mmg nekad taknak pergi. Tapi kena jaga student spm utk program Score A - Pendidikan Islam. Ok la sikit dengar teknik jawab SPM drp meeting yang byk 'kata-kata aluan'.

Second - last minute dapat tau dari student memerlukan aku kena tido hostel dgn diorang untuk program senam seni. ingat aku nih teddy bear tunggul pinang sebatang ke tader hidup & tader rumah tangga..?

Third - daripada last week, everything is last minute memo..! Hanggok ar..! aku kena jadik kem komandan. sejak bila lak aku jadik aska prebet?

Thursday, July 2, 2009

11 Tips Bekerja Sambil Belajar

Rancang kerja anda sebaiknya. Periksa dan catat tarikh akhir(deadline) bagi tugasan pejabat serta pengajian lebih awal danletakkan ia di tempat yang dapat dilihat.................. SERING kali kedengaran kenalan di tempat kerja merungut kepenatansejurus bekerja seharian. Begitu jugalah keadaannya di kalanganpelajar yang sedikit tertekan untuk menyiapkan tugasan pensyarah.Namun, terfikirkah anda bagaimana sesetengah mereka yang bekerjamenyahut cabaran dengan untuk menyambung pelajaran?Bayangkan, selepas tamat waktu bekerja mereka tidak seperti teman-teman lain yang mungkin menghabiskan masa di restoran mamak,tidak pun memenuhi agenda lain di pusat beli belah dan kemudiannyapulang ke rumah untuk merehatkan minda serta bersama keluarga.Mereka yang menyambungkan pelajaran pula terpaksa mengenepikan kesemuaitu dengan bekerja keras di institusi pengajian tinggi (IPT)semata-mata untuk menggenggam segulung ijazah yang bukan sajameningkatkan kualiti kehidupan malah memberi impak besar dalam kerjayanya.Bagi yang masih bujang, mungkin bebanan untuk melakukan dua tugas ituserentak tidak memberikan banyak kesan, tetapi bagaimana yang sudahberumah tangga, apatah lagi untuk membahagikan masa bersama suami atauisteri, anak-anak dan hal ehwal keluarga.Mengapa segelintir masyarakat sanggup melakukan dua perkara serentak,sedangkan mereka mungkin sedar bebanan tugas lebih besar berada dibahu mereka? Apatah lagi, bila memikirkan rutin yang diharungi memakanmasa agak lama sehingga lima tahun.Terdapat beberapa faktor yang mendorong seseorang individu untukmenyambung pengajian walaupun sudah bekerja. Faktor utama yang sering`memaksa' seseorang untuk mendapatkan kelulusan pengajian yang lebihtinggi adalah kerana gaji. Sebahagian besar majikan, baik di sektorkerajaan ataupun swasta meletakkan kelulusan pendidikan sebagaikriteria penting dalam menentukan tangga gaji.Selain itu, kenaikan gaji juga masih lagi bergantung kepada pencapaianakademik bukan kerana pengalaman dan prestasi bekerja menyebabkanpekerja yang bergaji rendah tiada pilihan lain selain terpaksa berkorban sedikit masa dengan belajar selepas waktu pejabat.Bukan sekadar faktor gaji semata-mata, kebanyakan individu merasakanpengajian yang mereka ikuti itu sedikit sebanyak dapat menambahkan kemahiran mereka dalam pelbagai aspek sekali gus memberi impak positif kepada kerjaya mereka. Benar, jika kena dengan caranya, tanggungjawabini dapat mengasah kecekapan dan membentuk disiplin seseorang.Malah, ada juga rakan pejabat yang memilih untuk menyambung pengajiansemata-mata tidak mahu berasa `terkebelakang' dengan rakan sekerjayang memiliki kelulusan tinggi. Ini sedikit sebanyak memberikan cabaran buatnya untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

11 Tip Bekerja Sambil Belajar

# Rancang kerja anda sebaiknya. Periksa dan catat tarikh akhir(deadline) bagi tugasan pejabat serta pengajian lebih awal danletakkan ia di tempat yang dapat dilihat.

# Gunakan masa dengan sebaiknya. Anda mungkin boleh membaca ataumendengar semula rakaman kuliah ketika menaiki tren daripada hanyamelihat gelagat penumpang lain ketika menunggu untuk tiba ke destinasi.

# Pastikan semuanya dilakukan secara seimbang. Bekerja sambil belajar sememangnya memenatkan. Makan dengan teratur, bersenam, dapatkan rehat secukupnya dan jika berpeluang, teruskan aktiviti sosial anda.

# Jika anda mempunyai masalah untuk menepati tarikh akhir atautiba-tiba terjadi masalah keluarga dan kerja, beritahu kepadapensyarah anda lebih awal. Mereka juga manusia dan tentu merekamemahami beban anda untuk melakukan dua perkara ini serentak.

# Sentiasa ingatkan diri anda apa kebaikan pengajian yang anda ikutiitu untuk masa depan anda. Dapatkan sebab yang kukuh untuk mengikutikursus yang anda pilih. Jika alasan atau sebab anda menyambungpengajian itu lemah, ia mampu mengganggu motivasi anda untukmenghadapinya.

# Beritahu ketua atau majikan anda mengenai pengajian anda. Menyambung pengajian menunjukkan anda serius mengenai pembangunan diri sebagai seorang individu.

# Ada ramai penuntut dewasa yang mengikuti pengajian separuh masa.Anda seharusnya melihat ini sebagai peluang untuk mengembangkan jaringan kenalan.

# Wujudkan tempat bekerja yang dapat membuatkan anda berasa selesa.Gunakan apa-apa kaedah yang membantu anda untuk fokus, contohnyajadual, kata-kata semangat yang ditampal di dinding, tulisan denganpen berwarna-warni, peta minda atau bungaan di meja kerja anda.

# Cari tempoh waktu terbaik untuk anda belajar atau mengulangkaji.Segelintir individu lebih gemar memilih waktu awal pagi.

Saturday, June 27, 2009

Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman

Finally bulan Rejab kunjung tiba. Seronok tiba bulan baik ni. Sedar -sedar bulan puasa is around the corner. Kak Bi lagi sekali nak pergi umrah di bulan Ramadhan. Dia ajak aku sekali..i just said..Insya Allah..jom...well, kena be positif bila orang ajak buat perkara baik. Paklong Suhaimi n Maklong Saiedah pula berangkat menunaikan haji tahun ini. Sayu rasa bila ramai yang dah dapat jemputan daripada Allah. Nikmat betul rasanya bila pernah dapat jemputan ini... tak terucap nikmatnya sehingga boleh bergenang air mata. Jemputan yang paling hebat jika dibandingkan dengan jemputan raja atau vvip.

Membaca buku Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman banyak mengenangkan aku memori dan perasaan yang pernah Prof Kamil nih rasa. Juga doa-doa yang dibawa tidak jauh bezanya yang lahir dari hati mungkin ayat je berbeza. Bila aku sedang khusyuk membaca buku ni semua org tanya, "Mas nak pergi haji ke?". Aku senyum jer, jawapan aku simple.. Insya Allah bila tiba masa yang sesuai.

Monday, June 1, 2009

Ceramah Perdana

Mendengar ceramah mmg mengantuk. Almaklum lar setan bergayut kiri kanan mata nih. tunggu terlelap jer waktu tengahari begini. Location - Auditorium Al-Azim. Ustaz Wan byk ceramah secara general. Ada yang sentuh bab aurat, cara berpakaian org islam, ttg masyarakat islam sedunia, peranan pentadbir negara arab dalam membantu negara Palestin, some sort of ceramah Yusof Kardawi yang diketengahkan dan sedikit mazhab-mazhab yang dihuraikan. Aku nih dah terasa mcm amik Master Tamadun Islam pulak..!

pic with Ustaz Wan Bani Leman. Simple guy. Maybe dalam tv macho sikit kut. Mama dah pesan nak amik pic dgn ust wan jgn dekat-dekat lak hehe..yes mother..!


My untie june (eva's mummy) pose dengan ustaz Wan. nasib baik ustaz sporting



saudara dan kenalan rapat. erkh..what da' heck is eva's doin behind us..? kaco betul lar

hamba Allah (eva's sis) nih dari mula ceramah sampai lar dah abis asyik tak habis-habis dengan HP dia. ceramah HP lar dia dapat nih jawabnya..

Saturday, May 30, 2009

Special msg to all my dearest students

Thanks for stopping by (viewing by blog). Alert me by adding some comments thus i will make sure putting ur list in my "Jalinan Ukhwah". Happy holiday, remember Allah always and...PRAY..~!`... Love ya all..

p/s make sure u finish da' folio..!

Wednesday, May 27, 2009

Rakan TerMuda dan TerCunn dan Terrcomel

Diberi kepercayaan admin utk aku memilih 40 students form 2 so dat diorang leh join aku enjoy merayap, ada yang sampai menangis sebab tak terpilih. Ikutkan nak jer aku angkut semua form 2 ikut aku. Mostly my students yg aku pilih. Istilah merapatkan silaturrahim among teacher and students.







ingatkan bebudak aku jer sempat menelaah sbb dah nak exam tp budak skola bukit rambai pon sempat gak..menelaah komik...


peace. my gals..










Finally... I believe i can fly....

nak gi johor cuti ni

well 6 june nih aku ke johor togeder geder dgn ernie & teh zarina.
jumaat petang bertolak.
actually plan nak tido umah ernie je.
ada lak jemputan kedua ke rumah cikgu yasin..
alhamdulillah..
kena rush blk rasanya sebab teh zarina akan berangkat menunaikan umrah pada 9 june ni.
seronoknya dia...

Monday, May 25, 2009

Layan muvie

Bulan ni je dah layan 4 movie kat cinema. Duit kuar mcm air. Vignes kata Transformers will be next month...pergh... nak download muvie malas. tgk online tak happening sb tader popcorn huhu.
Ikut rank aku from da' top muvie yg aku dh tgk..
1) Angels & Demons
2) Wolverine
3) Nite at the Museum
4) Push
Seems like Transformers will be above Push..

Monday, May 18, 2009

My teacher

Not only student wishing me Happy Teacher's day but i also wish the same to my teachers in this school. i am their student before..! and they said.."sama-sama lar kita raikan hari guru juga.." Eventhough we are in the same community right now but still they were my teacher and i still respect them like 10 years ago..

Happy Teacher's Day..!

Thursday, April 23, 2009

Meluangkan Waktu Bila Tak Ada Kelas

Saja mengambil gambar kenangan ngan member-member upsi. minggu ni minggu terakhir diorang. huwaa..mesti aku rindu kamooo semuer.......

bersama ain dan maisarah memposingkan diri

Dilla dok mengira paper BM berapa banyak nak bagi kat student setiap kelas form 1. Aku lak dok mengacau dia so dia pon tak layan aku lar huhu..


Permainan semunyik-semunyik yang biasanya diamalkan zaman kecik kini masih dipraktikkan. Student aku sayang betul dgn cikgu saiful dia nih. Saiful kata apa saja berlaku hidup mesti ceria..

ohooo finally hidayah is here with us pas dia blk dari kelas. Dunno what she's talking to ain. just took a candid shot.

Wednesday, April 22, 2009

Senam Seni Kebangsaan

Aku & Dilla tido kat sekolah dengan seramai 11 orang dalam umah warden (lagi 6 org dok hostel). Sampai kui 11 mlm diorang practise. Aku bagi chance sampai kui 10.30 mlm jer tapi sian lak. Lelama tak tahan ngantuk. Dilla dah give up dgn demam dan batuk selsemanya. The next morning student 5TV3 nih kena conduct pelajar sekolah lain seluruh Malaysia di Ayer Keroh d' Village.

Aku lak gi pakai bagu merah gak. Tanda sokongan tuh..huhu.. Dah mcm student gak. GPK Hem turut sama mengikuti senam seni kebangsaan ini. Mungkin dah kepenatan sampai tak peduli dengan kekecohan kami di belakang bas. Dilla kata jangan kacau dia sebab nak lepaskan ngantuk dari mlm tadi huhu..

Tuesday, April 21, 2009

Ayah...

Seorang ayah merupakan ketua keluarga. Dia adalah sebaik-baik contoh kepada anak-anak dengan segala sifat kebapannya. Pengalaman dan detik-detik yang dilalui bersama ayah mempengaruhi pembentukan akhlak anak -anak. Bayangkan betapa girangnya seorang anak apabila ayahnya mendodoi,membelai,mencium dan menimangnya. Apabila dia terjatuh dan luka di kaki dia,akan berlari mendapatkan ayahnya. Si ayah akan mendokong serta memujuknya, membasuh luka dan melekatkan plaster. Dia akan berasa tenteram dan melupakan kesakitannya. Ayahnya juga tempat dia bermanja. Apabila dia mengeluh sakit perut, ayahnya akan menggosok-gosokkan minyak sehingga dia berasa lega kembali. Apabila dia jatuh sakit, ayahnya akan membawa dia ke klinik atau hospital. Ada masanya, ayahnya akan bermain-main dan bergurau senda dengannya pada petang hari dengan penuh kemesraan. Ayahnya mungkin menghantarnya ke sekolah dan menjemputnya pulang dari setiap hari. Dia dibawa pergi membeli-belah,berkelah bersama keluarga dan juga melancong. Ayahnya akan membelikan hadiah sempena hari lahirnya atau membawanya menonton wayang gambar. Hari Raya merupakan hari yang amat bahagia. Seorang ayah akan membawa anaknya bersembahyang bersama-sama dan membawa seisi keluarga melawat saudara mara. Semua pengalaman ini tidak mungkin dilupakan oleh anak-anak terutamamya jika hubungan mereka dengan ayah begitu rapat sekali.

Ayah,
Selamat Hari Lahir yang ke-54

-Your Only Daughter-

Monday, April 13, 2009

Nur Muhammad di Masjid Nabawi

Video nih agak memukau hati aku. Mungkin ini sesuatu petunjuk yang Allah nak beri. Masih segar diingatan semasa berbuka puasa di sini..

Funny Student Exam Answer