Dikisahkan daripada Raja’ bin Umar An-Nakha’i, “Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya buat pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak melihat pemuda itu.
Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah ditunangkan dengan putera bapa saudaranya. Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”
Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”
Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, “Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.”
Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.
Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”
Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:
Kasih...
cinta yang terindah adalah mencintaimu,
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
burung syurga menjauh
dan malaikat menutup pintu.
Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”
Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
yang tidak mungkin binasa
yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih.
Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”
"Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!”jawab gadis kekasihnya itu.
Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?”
“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” jawab kekasihnya.
Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga.
Friday, July 16, 2010
Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang ku pilih!
Posted by puan masliza at Friday, July 16, 2010 0 comments
Friday, July 9, 2010
Mencari.. Menjadi..
Posted by puan masliza at Friday, July 09, 2010 0 comments
Sunday, July 4, 2010
Ceramah Perdana Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza
Bersama Encik Nizam (2 dari kiri), aktivis yang membawa bantuan ke Gaza dan di serang Israel dalam Mavi Marmara. Bersama juga krew-krew HALUAN.
Posted by puan masliza at Sunday, July 04, 2010 0 comments
Saturday, July 3, 2010
Seminar Ke arah Pemahaman dan Pengamalan Al-Quran
Seminar Ke arah Pemahaman dan Pengamalan Al-Quran.
*************************
Seminar terbahagi kepada 2 modul.
Modul 2: Pemahaman dan Pengamalan Al-Quran ( Ustaz Nidzamuddin)
Banyak perkara yang aku belajar terutamanya cara bacaan al-Fatihah yang betul.
Majlis Perasmian disempurnakan oleh Imam Besar Masjid al-Azim, Dato Hj Mohamad bin Hashim Al-Hafiz
Ustaz Ahmad Tarmizi tak dapat datang digantikan Ustaz Hafiz.
Modul 2 lebih fokus kepada bahasa Al-Quran iaitu memahami makna pada setiap perkataan serta tafsir pada sesetengah ayat al-Quran. Modul ni dapat memberi gambaran jelas mengenai amalan hidup berpandukan tuntutan al-Quran
Ustaz Nidzamuddin menyampaikan modul kedua.
Ni antara aktiviti lain yang aku bercadang untuk hadiri, insya Allah.
Bagi Aktiviti III, ceramah mufti negeri Perak akan diadakan selepas solat Maghrib di Auditorium Masjid Al-Azim.
Posted by puan masliza at Saturday, July 03, 2010 0 comments
Friday, July 2, 2010
Bila ku sedari diri disayangi
Posted by puan masliza at Friday, July 02, 2010 0 comments