Thursday, April 23, 2009

Meluangkan Waktu Bila Tak Ada Kelas

Saja mengambil gambar kenangan ngan member-member upsi. minggu ni minggu terakhir diorang. huwaa..mesti aku rindu kamooo semuer.......

bersama ain dan maisarah memposingkan diri

Dilla dok mengira paper BM berapa banyak nak bagi kat student setiap kelas form 1. Aku lak dok mengacau dia so dia pon tak layan aku lar huhu..


Permainan semunyik-semunyik yang biasanya diamalkan zaman kecik kini masih dipraktikkan. Student aku sayang betul dgn cikgu saiful dia nih. Saiful kata apa saja berlaku hidup mesti ceria..

ohooo finally hidayah is here with us pas dia blk dari kelas. Dunno what she's talking to ain. just took a candid shot.

Wednesday, April 22, 2009

Senam Seni Kebangsaan

Aku & Dilla tido kat sekolah dengan seramai 11 orang dalam umah warden (lagi 6 org dok hostel). Sampai kui 11 mlm diorang practise. Aku bagi chance sampai kui 10.30 mlm jer tapi sian lak. Lelama tak tahan ngantuk. Dilla dah give up dgn demam dan batuk selsemanya. The next morning student 5TV3 nih kena conduct pelajar sekolah lain seluruh Malaysia di Ayer Keroh d' Village.

Aku lak gi pakai bagu merah gak. Tanda sokongan tuh..huhu.. Dah mcm student gak. GPK Hem turut sama mengikuti senam seni kebangsaan ini. Mungkin dah kepenatan sampai tak peduli dengan kekecohan kami di belakang bas. Dilla kata jangan kacau dia sebab nak lepaskan ngantuk dari mlm tadi huhu..

Tuesday, April 21, 2009

Ayah...

Seorang ayah merupakan ketua keluarga. Dia adalah sebaik-baik contoh kepada anak-anak dengan segala sifat kebapannya. Pengalaman dan detik-detik yang dilalui bersama ayah mempengaruhi pembentukan akhlak anak -anak. Bayangkan betapa girangnya seorang anak apabila ayahnya mendodoi,membelai,mencium dan menimangnya. Apabila dia terjatuh dan luka di kaki dia,akan berlari mendapatkan ayahnya. Si ayah akan mendokong serta memujuknya, membasuh luka dan melekatkan plaster. Dia akan berasa tenteram dan melupakan kesakitannya. Ayahnya juga tempat dia bermanja. Apabila dia mengeluh sakit perut, ayahnya akan menggosok-gosokkan minyak sehingga dia berasa lega kembali. Apabila dia jatuh sakit, ayahnya akan membawa dia ke klinik atau hospital. Ada masanya, ayahnya akan bermain-main dan bergurau senda dengannya pada petang hari dengan penuh kemesraan. Ayahnya mungkin menghantarnya ke sekolah dan menjemputnya pulang dari setiap hari. Dia dibawa pergi membeli-belah,berkelah bersama keluarga dan juga melancong. Ayahnya akan membelikan hadiah sempena hari lahirnya atau membawanya menonton wayang gambar. Hari Raya merupakan hari yang amat bahagia. Seorang ayah akan membawa anaknya bersembahyang bersama-sama dan membawa seisi keluarga melawat saudara mara. Semua pengalaman ini tidak mungkin dilupakan oleh anak-anak terutamamya jika hubungan mereka dengan ayah begitu rapat sekali.

Ayah,
Selamat Hari Lahir yang ke-54

-Your Only Daughter-

Monday, April 13, 2009

Nur Muhammad di Masjid Nabawi

Video nih agak memukau hati aku. Mungkin ini sesuatu petunjuk yang Allah nak beri. Masih segar diingatan semasa berbuka puasa di sini..

video

Funny Student Exam Answer









Friday, April 3, 2009

Sun burn lagik aku..

Sukan Tahunan SMK Tinggi Perempuan Melaka 2009, Sekolah Kluster Kecemerlangan. Ini lar yg buat aku sunburn lg huhu. Since aku pun mengajar di sekolah lama aku, anggap la flash back sukan tahunan ni seperti 10 tahun lepas.

Antara persediaan rumah-rumah sukan yang terlibat. Kreatif. Tapi bagi aku, sukan kami dulu jauh lebih meriah berbanding sekarang. Sound system lebih mantap. Aktiviti lebih menarik.

Maskot rumah kuning. Penat diorang jahit sendiri menda nih memalam buta. So creative. Pasni leh la buat promotion utk Bee The Movie 2.

Baru perbarisan dah pengsan. Yang pengsan ahli PBSM pulak tuh. Adui..actually panas sangat hari ni. Sian diorang.

VIP's

Kak Hasnah selaku ketua cheerleaders rumah merah. Ceria betul.

Penjaga masa yang setia, me and ain. Dah la kami sekolah rendah sama. Secondary pun kat sini. Mengajar pun kat sini. Cerianya hidup huhu.

ahli taekwondo menunjukkan aksi

silat pun ada.

agak-agak kalau lawan taekwondo dan silat sapa menang hek..

saiful dengan topi askar melayu..

hadiah hamper. nasik bungkus tuh tak la. itu sajian kami guru-guru.

Nisa dan Ernie tengok-tengok booth rumah sukan biru. Ikut hati nak terjun jer dalam kolam air tuh. tengah panas terik dah nih.

kiri-kanan-kiri

together with maisarah and khalis

with Ernie

It's good to be a teacher coz it reminds me a lot from where i am. Yang pasti, esok akan bercuti untuk charge balik bateri huhu... ~peace~

Wednesday, April 1, 2009

Penghulu segala air

Dah berapa lama aku tak minum air zam-zam. tetiba teringat lar nak minum. ada lagi balance masa aku balik umrah dulu. air ni la minuman harian aku masa berbuka puasa di mekah. apa-apa pun pasti aku carik zam-zam.
Syeikh Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya 'al-Jamiul Latif fi Fadhli Makkah' dalam bab Adab minum air Zamzam berkata: "Berkata seorang ulama, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air Zamzam dengan mengadap kiblat, kemudian berkata: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabiMu s.a.w. bahawa baginda bersabda: Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk............. (sebutkan apa yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk, kemudian bernafas diluar bijana itu, Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya dibaca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah.



Camnilah cara meminum air Zamzam yang diriwayatkan daripada lbnu Abbas dan doa yang di atas dibaca ketika meminumnya.