Friday, June 10, 2011

Pencari Jalan-Mu

Telah Banyak Yang Kulewati

Jalan Hitam Di Dunia

Tak Terhitung Selama Nodai


Masih Adakah Kesempatan

Bagiku Mendekatkan

Hati Dan Cinta Kasihmu

Kuingin Bersihkan Diriku

Dari Segala Dosa

Yang Telah Kuperbuat Hingga Kini

Kuingin Bersihkan Jiwaku

Terangilah Dengan Segala

Petunjuk Jalanmu


Tiada Yang Ada Selainmu

Yang Selalu Menjagaku

Meski Kadang Tinggalkanmu

Aku Yang Hanyalah Manusia

Yang Mencari Jalanmu

Yang Pasti Kembali Padamu


*created by my dear student, Nur Azalina

Thursday, June 9, 2011

Bulan Rejab

SELAMAT DATANG

BULAN REJAB 1432H

Tuesday, May 17, 2011

Cinta Kami di Pintu Syurga

Sebuah persinggahan baru yang mempamerkan kehidupan kami sebagai sebuah keluarga.


Wednesday, May 4, 2011

Bulan Jamadil Akhir

SELAMAT DATANG

JAMADILAKHIR 1432H

Sunday, April 17, 2011

Majlis Resepsi

Majlis Resepsi diadakan pada 16 April 2011. Keluarga kedua belah pihak kami, para sahabat dan jiran terdekat turut hadir memeriahkan suasana.


Majlis Berzanji memulakan aturcara majlis.




Antara sahabat lama Faudzi yang hadir

Sunday, April 10, 2011

Dah seminggu jadi isteri

Telah seminggu aku bergelar 'puan'. Baru seminggu aku menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.. Banyak lagi cabaran yang perlu ditempuhi. Moga dipermudahkan segala urusan. Aku dan suami bersedia utk majlis doa selamat di rumah kami Sabtu ini. Kad jemputan dah 'release' pada para sahabat. Harapan segalanya berjalan lancar. Pastinya ramai ahli keluarga, para sahabat dan jiran tetangga hadir meriahkan suasana.

Tuesday, April 5, 2011

Bulan Jamadil Awal

SELAMAT DATANG

JAMADIL AWAL 1432H

Saturday, April 2, 2011

Kami selamat diijabkabulkan..

Alhamdulillah... syukur pada-Mu, ya Allah..

Telah termetrai ikatan cinta antara Mohd Faudzi dan Nurul Masliza. Majlis pernikahan kami telah berlangsung pada hari Sabtu, 2 April 2011 di Masjid Batu Berendam, Melaka. Kami dinikahkan oleh ayahanda Rosli. Majlis kami diserikan dengan 7 dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan.

Terima kasih kerana menunaikan janji kanda pada dinda.

Friday, April 1, 2011

17 jam lagi...

Menanti saat untuk diijabkabulkan..
Aku akan jadi seorang isteri dalam masa 17 jam lagi..
Wah.. cepatnya masa berlalu...
Pertunangan kami pun sebulan lebih je, tak lama..
Kalau pengantin lain maybe busy ngan urusan kat umah.
Tapi aku sempat lagi menyusun kata-kata dalam blog ni..
Alhamdulillah, segalanya terkawal setakat ini.
Harapan aku sebagai isteri, agar si dia mampu memberi kebahagiaan
dan mampu mendidik aku menjadi wanita dan isteri yang solehah
Semoga majlis ijab qabul esok mendapat keberkatan dan lindungan daripada Allah

Sunday, March 6, 2011

Bulan Rabiul Akhir

SELAMAT DATANG


RABIUL AKHIR 1432H

Saturday, February 5, 2011

Kami dah bertunang..!!

Melangkah ke awal bulan Rabiul Awal
dan hari Jumaat yang penuh barakah
Telah termetrai perjanjian antara kanda dan dinda
menanti saat diijabkabul dalam tempoh sebulan lebih sahaja lagi
Alhamdulillah seperti yang dirancang
Moga Allah permudahkan segala urusan
Dilindungi dari segala gundah dan tekanan

Friday, February 4, 2011

Bulan Rabiulawal

SELAMAT DATANG
RABIUL AWAL
1432H

Monday, January 24, 2011

Lagu untukmu ayah

ketika berjauhan masih ku rasa
hangat kasihmu ayah
betapa ku rindukan redup wajahmu hadir menemaniku
terbayang ketenangan
yg selalu kau pamerkan bagaikan tiada keresahan
walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian
ketika ku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
di saat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan
terpancar kebanggaan dalam senyum mu melihat ku berjaya
bilaku kegagalan tak kau biarkan aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
tak dapat ku bayangkan hidupku ayah
tanpa engkau di sisi
semua kasih sayang yang kau curahkan
tersemat di hati

Saturday, January 22, 2011

Mukadimah Cinta

disebalik senyumku
sembunyikanlah segala lara
kuatkan tubuh badan
berilah aku kekuatan
sampaikanlah detik indah mahligai yang telah dirancang
jauhkan dari hasad dengki
redakan gelora di jiwa
kembalikanlah keyakinan
buangkanlah segala kesangsian
punahkan segala kegelapan hati
jauhkan dari segala ketakutan berlebihan
temukanlah kebahagiaan
bukakanlah pintu rindu dan pintu mata hati
tetapkan keikhlasan di sanubari
berilah keberkatan dan kasih sayang
dalam membina mukadimah cinta
catatan nurul masliza rosli

Monday, January 17, 2011

Coretan Buat Mama

Andainya hari ini alg dipanggil sang raja
Singgah di istananya,
Dan alg diminta mama hadir ke teratakmu
Pasti ku ketemu mu mama..
Kerana padamu berkumpulnya hikmah nasihat,
Mamalah bertakhta megah di singgah sana hati alg,...
Melihat wajahmu sudah cukup menjadi penghibur alg
Mama, padamu terkumpulnya semua kemuliaan
Dari jendela naluri diri alg
*edited from a website*

Undangan daripada Tuan Guru

tersenyum aku memandang kad undangan tuan guruku, Ustaz Yaacob (Imam Rawatib Masjid Al-Azim) untuk pernikahan puteranya.
ingat juga dia pada kami.
macam tahu-tahu je
aku dah lama tak bersua muka dengan guruku ini.
tak sabar ingin mengumpul pahala melihat wajahnya.
sesungguhnya berguru dengan guru yang mursyid
dan keberkatan berilmu daripadanya
mampu mengubah hidup seseorang
untuk lari dari hidup penuh kejahilan.

Apabila kami mendongak ke langit

Lama juga kami tak bertemu. Tersenyum dia dari jauh memandangku. Semakin redup mataku memandang wajah sahabatku ini. Dulu setiap saat dia berada dekat denganku. Dia 'kalendar' aku. Kami duduk bersama di suatu tebing bukit, di atas hamparan rumput hijau sambil mendongak memandang langit yang gelap pekat itu. Angin malam membelai wajah kami, membawa kami pergi jauh bersama perasaan yang bercampur baur.

"Lamanya tak duduk macam ni. Dulu masa kat kampus, selalu je pergi camping. Seronoknya!" Dia memulakan perbualan.

"Aku pun sama." Aku diam sedetik. Dia pun diam. Aku menarik nafas dalam sebelum menyambung kata-kataku. "Dayah, mana kau pergi? Kenapa aku telefon selama ni kau tak nak jawab. Aku sms kau tak balas. Kenapa? Aku perlukan kau, tolong jangan tinggalkan aku." Ada sedikit kemarahan di penghujung kata-kata itu.

"Sorry sangat-sangat. Aku tak boleh nak balas, kredit aku dah habis." Ada sesalan daripada ungkapannya. Aku tunduk memandang rumput, menggeleng kepala. Kesejukan mula terasa apabila terdedah kepada deru angin yang sejuk.

"Kau faham apa yang aku rasa. Kita sama-sama ada masa di surau tu kan. Kita sama-sama mendengarnya. Kita sama-sama mengenalinya. Kita sama-sama melihat keadaannya. Dan kita selalu bercerita tentangnya." Dia mengangguk."Ya, kita sama-sama ada masa tu."

"Jadi jangan tinggalkan aku! Kau lebih faham apa aku rasa!" Aku mula mengenggam jari-jemariku, geram.

Dia memandang wajahku. Tangannya mengusap bahuku.

"Kau kena lawan. Jangan mengalah."

"Sampai bila aku akan diuji sehebat ini? Sampai bila penganiayaan terhadap aku akan berakhir? Makhluk ni ingat dia boleh kawal kita, Khalifah Allah? Siapa dia nak menghalang kita melakukan setiap ibadah?"

Dia hanya mendiamkan diri mendengar luahan marah aku.

"Sekurang-kurangnya arwah akak dah tau bila dia akan bertemu Allah kan. Tapi kita?" ujarku.

"Betul tu. Dia sempat tengok anak-anak dan suami. Kita ni entah macam mana la keadaan kita, Mas. Entah sempat ke tidak. Kau dah pernah tengok muka arwah?"

Aku mengangguk. "Cantik orangnya. Lagi aku ingatkan arwah akak, lagi aku sedih."

"Yalah, kita pun dah dengar kat surau tu tentang arwah kan," kata sahabatku.

Aku mendiamkan diri. Mata mendongak ke langit menghalang air mata dari menitis. Menarik nafas sedalam-dalamnya. Cuba mengingati setiap kata-kata yang pernah aku dengar. Cuba mentafsir setiap maksud di sebalik qada dan qadar yang telah Allah tentukan. Jika ini hakikatnya, aku serahkan jiwa dan raga jika ini ketentuanNya. Aku tidak akan sama sekali mengalah.

Belayar berbelok-belok
Sauh dibongkar di tempat tenang
Yang tinggal hati tak elok
Yang pergi hati tak senang

Saat tenang ini, ungkapan lirik yang indah bermain diminda.

Dekat padaMu, itu rinduku
Setiap kataku, Kau pun menunggu
Tak kusangka, kutemukan
Satu kasih, yang abadi
Kini ku datang
Dan kubawa hidupku
Memandang wajahMu, mengikuti kebaikanMu
Mengejar hadirMu, di dalam hidupku
Membawa sembahku, menyatakan kebesaranMu
Mengejar hadirMu, di dalam hidupku
catatan nurul masliza rosli

Sunday, January 16, 2011

Semakin rindunya aku

semakin dalam rinduku pada kota mekah..
semakin rindu aku pada kota madinah..
disini aku resah gelisah
di sana aku tenang dan bahagia
di sana terletak 'syurga dunia'
jemputlah aku, bawalah aku terbang ke sana
Wahai Yang Maha Esa
temukanlah aku dengan cinta terhadapMu
tiada yang lain
catatan nurul masliza rosli

Saturday, January 15, 2011

Anak Mama, Cinta Mama

hati mama,
cinta mama,
bintang hati mama
jantung pengarang, penawar duka
rindu resah tidak terkata
jauhnya anak mama pergi meninggalkan mama
semakin jauh ditelan masa
kejamnya dunia
oh.. kejamnya manusia...
memisahkan kasih mama dengan anak-anak mama
sayangku, anak gadis mama,
jadilah wanita solehah
dengar nasihat ayah,
sayangku, anak bujang mama,
jadilah anak yang soleh dan bertanggungjawab
contohilah ayah,
cinta mama terhadapmu tidak pernah luntur
doa mama sentiasa bersama
jika tidak di dunia sementara
temukanlah mama dengan anak mama
di akhirat kelak
tidak sanggup rasanya menanggung perasaan
sekiranya hati anak mama
beralih arah selain mama
sesungguhnya mama cintakan anak mama
janganlah pisahkan mama dgn anak mama
mama pernah merayu.. mama pernah merintih..
tolonglah janganlah pisahkan mama dengan anak mama..
sejauh manapun mama pergi membawa diri
hati mama tetap ada cinta dan kasih terhadapmu
celiknya mata dari tidur,
ingatan mama terus pada anak-anak mama
pilunya hati mama, sayang...
tergurisnya hati mama..
sakitnya, deritanya hanya Dia saja yang tahu..
Ya Allah, kuatkanlah semangat anak mama
Ya Allah, kuatkanlah juga semangat mama
catatan nurul masliza rosli

Friday, January 14, 2011

Sahabat yang bernama NOOR ASHIKIN AMAT

Ini ler member yg asyik dok gelakkan blog "Cintaku di Pintu Syurga" (CPS) nih..
tapi dia rajin gak dok baca blog CPS aku..
sabo jer ar..
dah biasa kita kengkawan.. suka panah memanah antara satu sama len
takde hal punyo...
janji.. sama di bibir, sama la dari hati..
kut ko pelik sb aku jiwang karat dalam blog nih..
mcm tak sesuai ngan luaran aku hek.. haha..!
rock tetap rock tp jiwa tetap penuh taman 20,000 bunga..
aku harap ko berpuas ati ler aku advertise nama ko dalam CPS ni..
hahahahhaahahaahahahahaha..! oops.. gelak 2 harakat je..!
apa-apa pun thanks support aku selama ni..
cayang ko, buddy..!

Wednesday, January 5, 2011

Bulan Safar

SELAMAT DATANG, BULAN SAFAR
1432H

Membina Istana Kasih

Semakin hari perjalanan membina istana kasih semakin hampir ke destinasi.
2 bulan sebelum mengikat tali kasih..??
Wah.. jantung aku semakin berdegup kencang...!
Masa berlalu begitu pantas.
Ya Allah, permudahkanlah.
Setiap hari aku memikirkan checklist aku tu.
List bukan main banyak tapi pelaksanaannya belum tercapai lagi ke tahap maksima.
Setiap hari menghadap laptop, asyik dok survey dan amik contact details.
Gunakan kemudahan yang ada.. fikirku.
Rasanya tak boleh tunggu hujung minggu nak keluar survey.
Sementara itu, perbincangan keluarga sudah ke tahap 80%.
Hendak memikirkan perlaksanaan adat bagi memenuhi tuntutan sebagai anak melayu.
Maklum la, perkahwinan ku merupakan perkahwinan sulung dalam keluarga.
Bagi aku, yg amat penting adalah keberkatan.
Moga dijauhkan sebarang pembaziran.
Sahabat-sahabat dan anak didik juga banyak memberi sokongan..
Alhamdulillah..
Dan air mata bonda sudah mula menitis
Aduh.. Kuatkan hatiku, kuatkan semangat bonda,
juga kuatkan hati ayahanda untuk melepaskan aku..
Sesungguhnya langkahku ini adalah semata-mata
untuk sebuah ibadah yang paling indah
menuju cinta sejati berlandaskan syariah
untuk mendekatkan diri dgn Kekasihku Yang Maha Agung..
Sedikit Ingatan dari guruku,
"Dah nak nikah ni, kena la beramal lebih sikit.."

Tuesday, January 4, 2011

Good News for dis New Year

dapat surat dari kekasih tercinta iaitu dari PTPTN..!
tawaran pertukaran pinjaman (5% dan 3%) kepada pembiayaan ujrah (1%)
kiranya muka mcm aku nih layak untuk dipertimbangkan la..
tetap, nilai paling minimum la yg sampai kat akaun ptptn aku tu.. haha..
janji jgn blacklist aku sudah..
payah hidup aku nanti..
kalau ptptn nak pertimbangkan tukar kepada scholarship pun aku sangat BERBESAR ATI
yg PALING AKU SUKA ayat ptptn ni ialah :
" Kelulusan penawaran pertukaran pembiayaan ujrah adalah TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN oleh ptptn."
mendalam maksud tu..
paham-paham je la.. hutang dunia..
pada sesiapa yg penah "direct deal" dgn ptptn sure lebih memahami.
ayat PEMINJAM INGKAR dalam website ptptn tu mcm ganaz tul bunyiknya.
keluar sumer hadis nabi suruh bayar hutang.
tapi napa hadis nabi untuk mengharamkan riba' tak nak lak display?

Saturday, January 1, 2011

Welcome 2011

HAPPY NEW YEAR 2011..