Friday, February 27, 2009

3 days at UTeM

One word.. PENAT..itu jer yang boleh aku gambarkan bila kena hantar student participate dalam kejohanan olahraga MSSN. Beberapa buah sekolah terlibat.

aku, dilla and ustaz hammad kena responsible. first day penat sebab banyak gelak. hammad memang sengal.

aku & dilla with one of our student, miza. dress code aku ~ dress mcm student..huhu~selagi casual yang boleh.

2nd and 3rd day betul-betul penat kerana keadaan cuaca yang tidak menentu.


antara peserta cilik yang menghiburkan hati kami. tak tahu sama ada sukan makan atau sukan larian
berhibur bagi melenyapkan segala kelesuan

antara guru sekolah lain yang menarik perhatian kami

student ini menyentuh hati kami dengan semangatnya
ari nih masuk kelas mcm biasa.tak mampu aku nak prepare so suruh student discuss folio.mengajar student dah mcm kawan; terbawak-bawak pulak kekecohan masa kat stadium UTeM. ok ar tuh bwk gak balik pingat emas ~peace be upon me~

Saturday, February 21, 2009

Reduce Cost


Monday, February 16, 2009

Program Sehari Bersama Angkasawan Negara

siapa lagik? tengok cik abg nih lar .

ari sabtu lak skola aku ada merentas desa. dapat surat daripada jpn last minute. ari sabtu lak function program nih. so kak bai bawak dulu bebudak yg seramai 40 org neh ke mozac (sek men sains muzaffar syah) dan aku menyusul kemudian. student aku dah sengih memandang aku dari jauh. beriya-iya memujuk aku and kak bai sebab nak datang program nih.kuota 40 jer. bila brader hensem nih kuar jer student dah ramai melonggok mintak sign. potong jalan betul la budak-budak nih.
lagik baik aku carik cikgu tuition aku dulu yang tak jemu mengajar aku sampai lar aku ke tahap skrg ni. lagi bermakna sampai math aku A. aku tanya student mozac mana cikgu bistamam (kawan baik ayah). guru mozac hampir 30 tahun. dia nampak aku, terus dia berdiri tegak sambil tersenyum.beriya-iya jemput aku makan. seronok betul kami berbual sampai aku dah tak pedulik pak sheikh tuh. aku takde segan silu perkenalkan pada student aku inilah cikgu yang ajar aku dulu. bagi aku, cikgu aku ini lebih bermakna dan berjasa dalam hidup aku. Dia lah pelita hidup aku dan aku mahu jadi guru terbaik seperti dia.

Sunday, February 8, 2009

Program Joging Bersama Ketua Menteri Melaka

Tau-tau jer dapat surat dari office. Semua guru GSTT dan practical kena join program ni ari nih. Mak ai..kul 6.30 pagi kena ada kat sana. Selamba badak jer kui 7 baru sampai. Rakan-rakan sejawat dah menunggu depan sekolah Sacred Heart.About 3.5km jog. Best pulak jog a.k.a berjalan ni.Aku nak berlari..?? Tak singgah kedai mamak kat tepi jalan dah kira baik (pernah buat masa merentas desa kat sekolah dulu)..Habis jer program sorang-sorang order murtabak.. :) ..~peace~..!

Saturday, February 7, 2009

Lawak arr