Thursday, March 26, 2009

Workssszzz and Examinationsszzz

Woowoo..agak tight schedule hidup aku kali ini. Ini belum termasuk keja p&p dan program kat sekolah. Anyway alhamdulillah so far i happy with my life. Syukur kerana aku percaya rezeki Allah yang bagi dan bukan manusia yang menentukan rezeki aku. Btw these are my schedules (yang aku takut terlupa sebenarnya..)

28 Mac 2009 - Exam MTest intake June 2009
11 April 09 - Semakan exam MedSi
18 April 09 - Exam MedSi intake July 2009
22 April 2009 - Semakan interview KPLI
11 May 2009 - Semakan interview DPLI

Tuesday, March 24, 2009

Buah Misteri

Aku dgn kengkawan cikgu aku dok mencari apa sebenarnya nama buah ni. dah la rupa yang pelik. isi pon kekuningan mcm kulit juga. pokoknya terletak berdekatan dengan science lab skola aku. students yang nengok cikgu diorang terlompat-lompat petik buah nih pon memberitahu bahawa buah nih boleh dimakan tapi kena peram dulu.


Berlonggok la atas meja aku kat staff room bertanya-tanya apakah gerangan namanya buah yang pelik ni. Tapi sampai sekarang hamba tak dapat jawapan. ada yang kata buah geduak la..merepek jer bunyik sesaja nak mengenakan aku ler tuh.

Camni la rupa pokoknya. Rendang la tader lar tinggi mana pon. Tu yang aku dgn ernie terlompat-lompat memetiknya.

Lepas di peram dalam seminggu baru lar masak ranum. Bau pon sedap. Aku ada gak try gigit sikit. Manis gak rasanya tapi tak berani nak makan semua. Apa lar nama ko ni buah...

Wednesday, March 18, 2009

Berkursus Sambil Bersantai

Ini ler teman-teman sekerja aku dalam bersama-sama 'menceriakan diri' menghadiri kursus LADAP ( Latihan dalam Perkhidmatan) pada 14 April lepas. Dijalankan di semua skola kat melaka serentak. tempat lain aku tak sure. Begitu happy kat meeting room ni.. sebab lepas tu cuti seminggu mesti la ceria..tak gitu..

left to right; fene-dilla-hidayah-ain-mir-"of course me after dat"

Sunday, March 15, 2009

Hanya kepada Allah kita dikembalikan

Tarikh:14 Mac 2009
Hari: Sabtu
Waktu: 11.45 pagi

Sebaik sahaja selesai mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP), aku dikejutkan dengan panggilan tentang perginya seorang lagi bapa saudaraku (pak itam Baba). Mengikuti jejak langkah arwah uncle darwin dan arwah atuk kerana serangan jantung. Pak itam dimandi dan dikafankan di HKL lalu terus dibawa ke melaka ( umah makngah ana) untuk disolatkan. Aku baru terfikir untuk datang menziarahinya di kl tp arwah pula yang datang menziarahi kami buat kali terakhir di sini. Tiba-tiba jer dia meninggalkan keluarga kami. Mungkin Allah lebih merinduinya. Segalanya alhamdulillah mudah malah pelangi kelihatan sewaktu jenazah dikebumi dan sewaktu talkin dibacakan, masya Allah. Arwah dikebumikan berdekatan dengan kubur arwah nenek munah.

Al-Fatihah buat Ghazali@Baba bin Abdul Rahman daripada anak saudaramu
Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosamu dan rohmu dicucuri rahmat, insya Allah

Monday, March 9, 2009

Seminar Keluarga Bahagia

Title: Seminar Keluarga Bahagia, tema "Meneguh Cinta Menyubur Kasih"
Venue: Auditorium Al-Azim, Bukit Palah, Melaka
Time: 2.30-5.30 petang
Date: 9 Mac 2009, Isnin


Aku dan 4 lagi teman sekerja diamanahkan untuk hadir ke seminar ini. Program sempena sambutan Maulidur Rasul tahun 2009 anjuran Pusat Zakat Melaka. Title quite weird utk aku yg lum kawen tp i gain sumthing wonderful here. Seronok gak. Enjoy. Yang menarik bila belajar tentang perbezaan cara pemikiran lelaki dan perempuan. Bagaimana bezanya dalam penggunaan belah otak kiri dan kanan.


Apa perbezaan yang tuhan ciptakan? Perubahan lelaki dan perempuan sejak dari dalam perut ibu lagi. Simple understanding..

OTAK & CARA BERFIKIR
6 minggu pertama - lelaki dan perempuan sama
> 6 minggu - testerone mengubah otak bayi kepada lelaki. Otak lelaki 10% > otak perempuan

Darah dalam otak perempuan lebih laju berbanding otak lelaki.
Otak perempuan lebih cepat matang (dari kanan ke kiri) berbanding lelaki.

Lelaki: menggunakan hanya 10% sahaja perhubungan antara otak kiri dan kanan. Hanya 1 isu bagi setiap perbincangan. Mono-tracking. Berfikir seorang diri (otak kiri) dan tidak mengunakan lisan (otak kanan).
Perempuan:mengunakan 20% iaitu multi-tracking. Setiap isu berkaitan dengan isu lain. Settle problem bila semua dah bincang. Bila ada problem, otak kanan dan kiri keduanya bertindak.
PROSES BERFIKIR
Lelaki : Keputusan dulu, baru bincang. Sedia ubah jika idea lg baik. Pelupa..huhu. (stp 10 minit - auto-delete)
Perempuan: Bincang dulu, baru keputusan. Rasa tak dihormati jika tak berbincang. Ingatan kuat ( stp 10 minit - auto-save)

MATA
Lelaki focus pada 1 objek mcm binocular (pandang lebih jauh daripada perempuan).
Perempuan lak leh pandang byk objek tp pandangan tu agak short distance. So perempuan don't expect pasangan diorang mudah mencari barang dalam laci. Mesti jawapan mereka, tak jumpa pun..!

HIDUNG
Lelaki: kurang sel menerima bau.
Perempuan : sensitif dengan bau.
EMOSI - BILA STRESS

Lelaki : lebih suka mendiamkan diri, taknak gangguan
Perempuan : luahan isi hati, rasa lega bila semua dah cakap dan harap pasangan sudi mendengar

KOMUNIKASI
Lelaki: Kata YA, Fikir YA
Perempuan: Kata YA, Fikir TIDAK

Jelasnya kita yang cuba ubah pasangan kita menjadi seperti kita berbanding kita cuba memahami diri pasangan kita. So dengan memahami asas utama kejadian manusia ini insya Allah konflik dengan si dia dapat diselesaikan. Wallahualam.

plz get well..

Baru balik dari HKL melawat my uncle ( pak itam baba) - mama's bro. Heart attack. Tak sedar pun uncle aku bila kami datang. Aku tak berani lelama dalam CCU tuh. Pressure tgk wire bebanyak keliling dia. So far all my cousins ada except nana coz uncle dia meninggal @ melaka. well, untie jun said we should start reading yaasin for him.

Sunday, March 1, 2009

Salam Maulidur Rasul

Rindunya padamu ya Rasulullah. Masih teringat hari terakhir meninggalkan makam dan raudhah tahun lepas. Perasaan syahdu masih terasa apabila 12 Rabiul Awal semakin menghampiri.

Happy 16th Birthday

Muhammad Najmuddin Rosli,

alg, mama & ayah sentiasa mendoakan segala yang terbaik untukmu. Semoga menjadi lelaki yang beriman.

Salam sayang,
-alg-