Sunday, March 15, 2009

Hanya kepada Allah kita dikembalikan

Tarikh:14 Mac 2009
Hari: Sabtu
Waktu: 11.45 pagi

Sebaik sahaja selesai mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP), aku dikejutkan dengan panggilan tentang perginya seorang lagi bapa saudaraku (pak itam Baba). Mengikuti jejak langkah arwah uncle darwin dan arwah atuk kerana serangan jantung. Pak itam dimandi dan dikafankan di HKL lalu terus dibawa ke melaka ( umah makngah ana) untuk disolatkan. Aku baru terfikir untuk datang menziarahinya di kl tp arwah pula yang datang menziarahi kami buat kali terakhir di sini. Tiba-tiba jer dia meninggalkan keluarga kami. Mungkin Allah lebih merinduinya. Segalanya alhamdulillah mudah malah pelangi kelihatan sewaktu jenazah dikebumi dan sewaktu talkin dibacakan, masya Allah. Arwah dikebumikan berdekatan dengan kubur arwah nenek munah.

Al-Fatihah buat Ghazali@Baba bin Abdul Rahman daripada anak saudaramu
Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosamu dan rohmu dicucuri rahmat, insya Allah

2 comments:

Setelus Hati Zinnirah said...

Innalillahiwa inna ilaihiraji'un...

takziah babe.. smoga Allah mengampuni dosa2 arwah n menerima segala amalannya.. InsyaAllah...

puan masliza said...

thanks friend..