Thursday, July 30, 2009

6 hari lagi..

Bermula tarikh ini ENAM HARI lagi buku catatan amalanku selama setahun akan diangkat ke langit. Kalau aku tak sedar diri lagi, tak insaf-insaf , tak bertaubat, tak bersyukur lagi dengan segala-galanya memang la aku ni buta tuli agaknya.

Saturday, July 25, 2009

Terharunya

This morning masa on the way aku gi kursus, aku ternampak sorg pakcik.. pekerja majlis bandaraya tepi jalan. Nampak dia sorang-sorang je keja awal seawal pagi tu sedang terkial-kial mengumpulkan semua daun-daun kering yang banyak kat tepi jalan raya besar dan masukkan dalam plastik sampah hitam besar. Aku terfikir mana pekerja yang lain yang patut sama-sama membantu. Hati aku tersentuh. Jarang aku jumpa pekerja begitu waktu awal pagi hari Sabtu. Teringin pula aku nak berhenti tepi jalan tu dan berkata, "Pakcik, saya kagum dengan pakcik." tapi memandangkan aku sudah terlewat (walaupun kereta dah perlahan untuk aku berhenti ) aku teruskan juga perjalanan. Sepanjang sampai ke sekolah aku selalu memikirkan pelbagai cara untuk orang mencari pendapatan yang halal. Terasa insaf dalam diri. Kalaulah duit yang aku guna untuk membeli makanan tuh haram dan masuk dalam tubuh badan aku bagaimana jadinya aku nanti? Segala amalan pasti Allah tak terima.

Dah la begitu, menganiayai rakan sekerja pula. Tiada kerjasama, lepas tangan, membiarkan rakan sekerja terkontang-kanting menghadap kerja yang sepatutnya dilakukan tanpa rasa bersalah dalam diri. Doa orang yang teraniaya ini makbul. Banyak rakan yang memendam perasaan daripada berkomunikasi meluahkan isi hati. Aku tak faham kenapa perlu memendam. Adakah mungkin bila kita bersuara orang kata kita pula yang jahat. Kita pula dengki. Tak seronok la kerja gaduh. Tak sampai hati. Kenapa tak sayangkan diri sendiri bila org aniayai kita. Sekurang-kurangnya tunjuk komitmen dan bertanggungjawab pasti rakan sekerja tak terasa hati. Bukankah berterus terang itu satu penyelesaian pada masalah daripada dibiarkan hubungan itu meruncing. Buat apa nak pijak kepala orang lain..tak kemana pun kalau buat mcm tu. Aku ingat lagi pesan kak norziah dulu ,katanya sambil memegang bahu aku,
"Mas, kita bila bekerja ni kena selalu buat solat hajat mintak takde apa-apa berlaku kat kita"
Sampai sekarang aku pegang kata-kata tu. Cukup dalam nasihat tu.

Bagi aku apa-apa pun berserta dengan niat. Jika kita tahu niat kita baik dan betul kita laksanakanlah. Niat asalnya untuk blog ini ditulis sebenarnya untuk peringatan pada diri aku sendiri, bukan untuk menimbulkan riak. Cuma jika berkongsi bersama teman, anak didik dan pembaca yang lain boleh memberi impak yang positif apa salahnya. Rezeki itu Allah yang beri. Bila aku minta pada Allah dan Allah dah kabulkan permintaan aku, aku takut untuk tidak melaksanakan amanah yang Allah beri. Aku takut dengan pembalasan-Nya.

Wednesday, July 22, 2009

Lagi sebuah pertemuan

dilla dengar pon ternganga dari mulut akak..ak.a.makcik tuh tadi. aku lagik ar terkujat. mana nak sangka baru 2 ari mcm-mcm tru story aku dengar. dah jumpa mak sedara jumpa sepupu la pulak. adoi berasap. student aku lak tuh. selama nih aku dikelilingi sedara mara dia rupanya. lepas nih apa lagik la pulak citer yang bakal aku dengar..

Tuesday, July 21, 2009

Adakah pertemuan ini rencana ilahi?

biar betul apa yang aku dengar. mcm tak percaya je. hajat termakbul ke? mungkin.. maybe.. perhaps.. no wonder ar gerak ati aku berkata, she must be someone related but how's the relationship is? my friends semua kata, mas..this is good. just think positif. yeah yeah..but korang gelak-gelak gak bila aku masuk opis. memula bila aku citer korang ternganga gak kan last-last aku gak kena gelak balik. mmg funny but..erk..aku nak panggil hamba Allah tuh apa pasnih.. makcik? akak? erkh!! payah nak menyebutnya. tak terkeluar dari kotak suara yang merdu with voice energy ni..huhu..termenung gak aku bila balik rumah. Nak buat mcm biasa dan tak ada apa-apa berlaku ke? kat tempat keja tadi kengkonon nak berlakon mcm jennifer aniston bila jumpa dia nampak gayanya mr bean lg terror dari aku. rezeki aku ke ni..? mas..relaks..cool..tenang...

Thursday, July 16, 2009

Hari Yang Fed Up Up and Away

Kenapa?
First - meeting bitau last minute. Dah mmg nekad taknak pergi. Tapi kena jaga student spm utk program Score A - Pendidikan Islam. Ok la sikit dengar teknik jawab SPM drp meeting yang byk 'kata-kata aluan'.

Second - last minute dapat tau dari student memerlukan aku kena tido hostel dgn diorang untuk program senam seni. ingat aku nih teddy bear tunggul pinang sebatang ke tader hidup & tader rumah tangga..?

Third - daripada last week, everything is last minute memo..! Hanggok ar..! aku kena jadik kem komandan. sejak bila lak aku jadik aska prebet?

Thursday, July 2, 2009

11 Tips Bekerja Sambil Belajar

Rancang kerja anda sebaiknya. Periksa dan catat tarikh akhir(deadline) bagi tugasan pejabat serta pengajian lebih awal danletakkan ia di tempat yang dapat dilihat.................. SERING kali kedengaran kenalan di tempat kerja merungut kepenatansejurus bekerja seharian. Begitu jugalah keadaannya di kalanganpelajar yang sedikit tertekan untuk menyiapkan tugasan pensyarah.Namun, terfikirkah anda bagaimana sesetengah mereka yang bekerjamenyahut cabaran dengan untuk menyambung pelajaran?Bayangkan, selepas tamat waktu bekerja mereka tidak seperti teman-teman lain yang mungkin menghabiskan masa di restoran mamak,tidak pun memenuhi agenda lain di pusat beli belah dan kemudiannyapulang ke rumah untuk merehatkan minda serta bersama keluarga.Mereka yang menyambungkan pelajaran pula terpaksa mengenepikan kesemuaitu dengan bekerja keras di institusi pengajian tinggi (IPT)semata-mata untuk menggenggam segulung ijazah yang bukan sajameningkatkan kualiti kehidupan malah memberi impak besar dalam kerjayanya.Bagi yang masih bujang, mungkin bebanan untuk melakukan dua tugas ituserentak tidak memberikan banyak kesan, tetapi bagaimana yang sudahberumah tangga, apatah lagi untuk membahagikan masa bersama suami atauisteri, anak-anak dan hal ehwal keluarga.Mengapa segelintir masyarakat sanggup melakukan dua perkara serentak,sedangkan mereka mungkin sedar bebanan tugas lebih besar berada dibahu mereka? Apatah lagi, bila memikirkan rutin yang diharungi memakanmasa agak lama sehingga lima tahun.Terdapat beberapa faktor yang mendorong seseorang individu untukmenyambung pengajian walaupun sudah bekerja. Faktor utama yang sering`memaksa' seseorang untuk mendapatkan kelulusan pengajian yang lebihtinggi adalah kerana gaji. Sebahagian besar majikan, baik di sektorkerajaan ataupun swasta meletakkan kelulusan pendidikan sebagaikriteria penting dalam menentukan tangga gaji.Selain itu, kenaikan gaji juga masih lagi bergantung kepada pencapaianakademik bukan kerana pengalaman dan prestasi bekerja menyebabkanpekerja yang bergaji rendah tiada pilihan lain selain terpaksa berkorban sedikit masa dengan belajar selepas waktu pejabat.Bukan sekadar faktor gaji semata-mata, kebanyakan individu merasakanpengajian yang mereka ikuti itu sedikit sebanyak dapat menambahkan kemahiran mereka dalam pelbagai aspek sekali gus memberi impak positif kepada kerjaya mereka. Benar, jika kena dengan caranya, tanggungjawabini dapat mengasah kecekapan dan membentuk disiplin seseorang.Malah, ada juga rakan pejabat yang memilih untuk menyambung pengajiansemata-mata tidak mahu berasa `terkebelakang' dengan rakan sekerjayang memiliki kelulusan tinggi. Ini sedikit sebanyak memberikan cabaran buatnya untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

11 Tip Bekerja Sambil Belajar

# Rancang kerja anda sebaiknya. Periksa dan catat tarikh akhir(deadline) bagi tugasan pejabat serta pengajian lebih awal danletakkan ia di tempat yang dapat dilihat.

# Gunakan masa dengan sebaiknya. Anda mungkin boleh membaca ataumendengar semula rakaman kuliah ketika menaiki tren daripada hanyamelihat gelagat penumpang lain ketika menunggu untuk tiba ke destinasi.

# Pastikan semuanya dilakukan secara seimbang. Bekerja sambil belajar sememangnya memenatkan. Makan dengan teratur, bersenam, dapatkan rehat secukupnya dan jika berpeluang, teruskan aktiviti sosial anda.

# Jika anda mempunyai masalah untuk menepati tarikh akhir atautiba-tiba terjadi masalah keluarga dan kerja, beritahu kepadapensyarah anda lebih awal. Mereka juga manusia dan tentu merekamemahami beban anda untuk melakukan dua perkara ini serentak.

# Sentiasa ingatkan diri anda apa kebaikan pengajian yang anda ikutiitu untuk masa depan anda. Dapatkan sebab yang kukuh untuk mengikutikursus yang anda pilih. Jika alasan atau sebab anda menyambungpengajian itu lemah, ia mampu mengganggu motivasi anda untukmenghadapinya.

# Beritahu ketua atau majikan anda mengenai pengajian anda. Menyambung pengajian menunjukkan anda serius mengenai pembangunan diri sebagai seorang individu.

# Ada ramai penuntut dewasa yang mengikuti pengajian separuh masa.Anda seharusnya melihat ini sebagai peluang untuk mengembangkan jaringan kenalan.

# Wujudkan tempat bekerja yang dapat membuatkan anda berasa selesa.Gunakan apa-apa kaedah yang membantu anda untuk fokus, contohnyajadual, kata-kata semangat yang ditampal di dinding, tulisan denganpen berwarna-warni, peta minda atau bungaan di meja kerja anda.

# Cari tempoh waktu terbaik untuk anda belajar atau mengulangkaji.Segelintir individu lebih gemar memilih waktu awal pagi.