Saturday, July 25, 2009

Terharunya

This morning masa on the way aku gi kursus, aku ternampak sorg pakcik.. pekerja majlis bandaraya tepi jalan. Nampak dia sorang-sorang je keja awal seawal pagi tu sedang terkial-kial mengumpulkan semua daun-daun kering yang banyak kat tepi jalan raya besar dan masukkan dalam plastik sampah hitam besar. Aku terfikir mana pekerja yang lain yang patut sama-sama membantu. Hati aku tersentuh. Jarang aku jumpa pekerja begitu waktu awal pagi hari Sabtu. Teringin pula aku nak berhenti tepi jalan tu dan berkata, "Pakcik, saya kagum dengan pakcik." tapi memandangkan aku sudah terlewat (walaupun kereta dah perlahan untuk aku berhenti ) aku teruskan juga perjalanan. Sepanjang sampai ke sekolah aku selalu memikirkan pelbagai cara untuk orang mencari pendapatan yang halal. Terasa insaf dalam diri. Kalaulah duit yang aku guna untuk membeli makanan tuh haram dan masuk dalam tubuh badan aku bagaimana jadinya aku nanti? Segala amalan pasti Allah tak terima.

Dah la begitu, menganiayai rakan sekerja pula. Tiada kerjasama, lepas tangan, membiarkan rakan sekerja terkontang-kanting menghadap kerja yang sepatutnya dilakukan tanpa rasa bersalah dalam diri. Doa orang yang teraniaya ini makbul. Banyak rakan yang memendam perasaan daripada berkomunikasi meluahkan isi hati. Aku tak faham kenapa perlu memendam. Adakah mungkin bila kita bersuara orang kata kita pula yang jahat. Kita pula dengki. Tak seronok la kerja gaduh. Tak sampai hati. Kenapa tak sayangkan diri sendiri bila org aniayai kita. Sekurang-kurangnya tunjuk komitmen dan bertanggungjawab pasti rakan sekerja tak terasa hati. Bukankah berterus terang itu satu penyelesaian pada masalah daripada dibiarkan hubungan itu meruncing. Buat apa nak pijak kepala orang lain..tak kemana pun kalau buat mcm tu. Aku ingat lagi pesan kak norziah dulu ,katanya sambil memegang bahu aku,
"Mas, kita bila bekerja ni kena selalu buat solat hajat mintak takde apa-apa berlaku kat kita"
Sampai sekarang aku pegang kata-kata tu. Cukup dalam nasihat tu.

Bagi aku apa-apa pun berserta dengan niat. Jika kita tahu niat kita baik dan betul kita laksanakanlah. Niat asalnya untuk blog ini ditulis sebenarnya untuk peringatan pada diri aku sendiri, bukan untuk menimbulkan riak. Cuma jika berkongsi bersama teman, anak didik dan pembaca yang lain boleh memberi impak yang positif apa salahnya. Rezeki itu Allah yang beri. Bila aku minta pada Allah dan Allah dah kabulkan permintaan aku, aku takut untuk tidak melaksanakan amanah yang Allah beri. Aku takut dengan pembalasan-Nya.

0 comments: