Friday, September 25, 2009

Salam Aidilfitri


Salam kemaafan untuk semua sempena Syawal yang mulia

Monday, September 7, 2009

Panggilan dari Sebauh, Bintulu

Sahabat guru Ustaz Shah bertanya khabar. Syukur alhamdulillah ingat jugak anta pada ana. Lama tak dengar cerita. Menceritakan dugaan berpuasa di Sebaung dengan penduduk Islam merupakan golongan minoriti di sana agak mencabar juga rupanya. Tersenyum aku mendengar.

Ustaz: Bau b**i goreng tuh mas..pergh..melekat kat tekak nih walau tengah berpuasa. B**i hutan pulak tuh.
Me: Pergh..hutan-hutan sure sedap haha. Tak ada bazar ramadhan ke kat sana?
Ustaz: Ada..dalam 50 minit je nak ke sana.
Me: Oops..!
Ustaz: Dugaan betul la.
Me: Tahun ni agak-agak beraya kat Sebauh juga ke?
Ustaz: Apa barang beraya sorang-sorang kat sini. Balik kampung la..

Intonasi agak selamba tapi cukup membuatkan aku ketawa. Ustaz baru je bau dan nampak yang belum 'sembelih' tapi mengikut pengalaman aku dulu, siap hidang atas meja lagi tu. Macam kambing roasted. Aduhai..

Sunday, September 6, 2009

Cikgu main mercun yerk

Iyer.. mercun mancis jer huhu. sempat lagik tuh meletupkan 2 kotak sebelum terawih. dah mcm budak kecik kitorang ( aku, my bro, my kezen ). gelak bagai nak rak. meletup je melatah. Mengamuk adik aku bila tangan dia terkena api sebab aku puncanya haha..! Gelak bagai nak rak sedar-sedar dah nak isya..!!! Cepat....

Hari ni 16 Ramadhan. Malam nih tarawih malam ke 17. Aku ingat lagi tahun lepas, masa nih aku solat fardu dan tarawih di Masjid Nabawi dan paginya aku mengunjungi Raudhah. Indahnya waktu tu. Tapi malam nih aku main mercun..! Apa nak jadik nih hajjah 'wanna be' ..huhu...insya Allah..