Monday, September 7, 2009

Panggilan dari Sebauh, Bintulu

Sahabat guru Ustaz Shah bertanya khabar. Syukur alhamdulillah ingat jugak anta pada ana. Lama tak dengar cerita. Menceritakan dugaan berpuasa di Sebaung dengan penduduk Islam merupakan golongan minoriti di sana agak mencabar juga rupanya. Tersenyum aku mendengar.

Ustaz: Bau b**i goreng tuh mas..pergh..melekat kat tekak nih walau tengah berpuasa. B**i hutan pulak tuh.
Me: Pergh..hutan-hutan sure sedap haha. Tak ada bazar ramadhan ke kat sana?
Ustaz: Ada..dalam 50 minit je nak ke sana.
Me: Oops..!
Ustaz: Dugaan betul la.
Me: Tahun ni agak-agak beraya kat Sebauh juga ke?
Ustaz: Apa barang beraya sorang-sorang kat sini. Balik kampung la..

Intonasi agak selamba tapi cukup membuatkan aku ketawa. Ustaz baru je bau dan nampak yang belum 'sembelih' tapi mengikut pengalaman aku dulu, siap hidang atas meja lagi tu. Macam kambing roasted. Aduhai..

2 comments:

nuyui said...

wah.. sungguh mencabar ek mengajar kt sana.. kalau lah aku cikgu skolah.. nk jgk aku g sane babe.. :)

cik masliza said...

mau ke sana yer mod..
silakan lar yer..
untukku..doa dekat sini je la