Tuesday, June 29, 2010

Berkesempatan berguru

Alhamdulillah berkesempatan mendengar tazkirah Dato Hj Murtadza, bekas mufti Negeri 9 di Madrasah Pertubuhan Murid-murid Kitab Turath selepas solat asar...setelah 2 bulan aku tunggu Dato turun Melaka. Sangat la friendly. Dan kelakar orangnya. Berguru biar ramai.
Satu ayat yang paling aku ingat dari kata-kata Dato,
" Kita amalkan ayat-ayat al-Quran, apa-apa je semua kena minta pada Allah. Allah yang tentukan semua, bukan kita manusia. Saya bukan wali. Apa-apa je minta pada Allah."

Sunday, June 13, 2010

Doa Dato Mufti Negeri Melaka sempena Pembukaan SUKMA XIII

Ya Allah,
sempena dengan Majlis Perasmian pembukaan SUKMA XIII 2010 maka kami menadah tangan memuji dan bersyukur ke hadrat ilahi di atas nikmat limpahnya yang tidak terhingga kami dapat hidup di dalam keadaan aman, damai dan harmoni di bumi bertuah ini. Jadikanlah kami yang Engkau redhai.

Kurniakanlah kami dengan taufik dan hidayahMu dan bimbinglah kami ke arah kejayaan, keamaan, kecemerlangan dan kesejahteraan di dalam kehidupan kami di dunia mahupun di akhirat. Jadikanlah kami orang yang sentiasa patuh segala perintahMu dan menjauhi segala laranganMu. Kau jadikanlah kami orang-orang yang bahagia berada di dalam keredhaanMu.

Kurniakanlah kami usaha yang kami anjurkan dan jadikan negeri Melaka dan Malaysia amnya rakyat yang bersatu padu, sihat berdisiplin dan bermuafakat dalam pasukan dalam melakukan tugas. Mudahan SUKMA 2010 ini akan lancar sebagaimana yang dirancang serta mudah-mudahan untuk memperkasakan dan mengembangkan serta menanamkan minat dalam bidang kesukanan akan tercapai.

Ya Fattah Ya A'liim,
Kurniakan keselamatan dan kesejahteraan bagi pemimpin-pemimpin kami dari bencana bahaya serta kepada TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan dan mudahan dikurnia sihat sejahtera, bahagia, dikurniakan taufik dan hidayah mudahan Negeri Melaka di bawah TYT Tun Datuk Seri Utama bersatu-padu, aman, damai dan sejahtera.

Majlis Pembukaan Sukma XIII 2010

Bergerak seawal pukul 6 petang. Jalan dah start jem..


Dah janji dengan Shikin ni nak jumpa kat booth SMK Tun Mutahir.

Dapat parking pun agak jauh. Pukul 7 petang baru dapat masuk stadium. Orang dah mula sesak.




Cantiknya bebudak ni dengan make up.


Nampak simple je kapal ni tapi bila malam dengan lampu yang terang sungguh cantik.



Student nih dah berdebar-debar tunggu giliran persembahan.


Majlis baru bermula.





Perbarisan PLKN


Atlet-atlet Brunei

Go Melaka..!!

Dato Malek Noor


Saja cari port bawah obor. Terasa juga bahangnya.



Adik aku explain kat Shikin cara penggunaan camera Sony Ericsson dengan betul huhu..



Suara cik adik ni sebijik macam Dato Siti Nurhaliza. Steady betul dia perform sorang macam ni.




Mata dah bertutup petanda sleeping beauty la ni..

Light and Sound concept.


Sampai rumah pukul 1.30 pagi sebab berusaha memboloskan diri daripada kereta yang banyak. Mengantuk tak usah cerita.

The best part is, masa dalam jem bertembung dengan kereta Ketua Menteri Melaka.
Kami nampak dia keluar dari kereta dan naik moto Kriss pegawai dia.
Maybe malas nak tunggu lama dalam jem.
Overall.. memang best malam ni..

Friday, June 4, 2010

Kaitan Solat dengan Warna Aura

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.