Sunday, December 26, 2010

Ucapan Hari Jadi untuk anak-anak didik tercinta

Anak-anak didikku,
Jadikan malu krn Allah sebagai 'blusher' pipimu,
Hiasan rambutmu adalah jilbab yang terulur sampai dadamu,
Zikir yg membasahi bibir adalah 'lipstik'mu, '
Mascara' mata cantikmu terpelihara dari maksiat,
Wudhu adalah bedakmu,
Pendengaran yang ma’ruf adalah anting-antingmu,
Gelangmu adalah tawaduk dan kalungmu adalah kesucian tubuhmu.
Selamat hari jadi, doaku khas buatmu..
*edited from a website*

Friday, December 24, 2010

Pintu Rindu

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telah ku turun lembah dan gurun..
Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..
Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..
Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..
Sedang Kau dekat bukan dimata..
SentuhMu erat di pinggir jiwa
Sedang Kau dekat di pinggir jiwa..
Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..
Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..
Ya Allah....
Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu
Hidup matiku hanya untukmu..
*Lirik Lagu Siti Nurhaliza*

Wednesday, December 22, 2010

Kata-kata Rabiatul Adawiyah

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam solatnya:

Ya Tuhanku!
Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaanMu
supaya tiada suatu pun yang dapat memalingkan aku daripadaMu

Memburu Cinta Suci dan Agung

Aku tertarik dengan statement daripada buku "Isteri yang Disayangi dan Menyayangi", yang dikarang oleh Khairunnisa Ghazali terbitan Darul Nukman,

Cinta selalu membuatkan kita lupa dan lalai. Buktinya, kita hanya cinta dan berterima kasih kepada suami atau isteri yang memberi layanan baik menyayangi diri kita, tetapi kita lupa berterima kasih kepada Tuhan yang mendorong suami atau isteri kita itu bersikap baik dan sayang kepada kita. Malah, sedikit nikmat yang kita perolehi dari kebaikan suami atau isteri kita itu, sering juga membuatkan kita lupa pada lautan nikmat yang kita kecapi tidak putus-putus dari Allah.


Tetapi dalam realiti yang berlaku, tidak ramai yang mahu bersungguh-sungguh "membalas" cinta Tuhan. Allah berfirman maksudnya: "Sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur." (Saba':13) "


Cinta kepada Allah itulah datangnya rasa nikmat dan lazat di dalam hati dalam memperhambakan diri kepadaNya, menunaikan segala yang diperintahkan dan menjauhi segala yang dilarangNya, seterusnya menjadi benteng yang membuatkan hati menolak unsur-unsur cinta yang bukan berlandaskan cinta kepadaNya.


Mengenal dan mencintai Allah akan membawa kepada rasa rindu untuk bertemu denganNya. Cinta kepada Allah mampu menjana cinta yang lebih murni dan mendalam kepada sesama makhlukNya. Imam Ghazali dalam kitabnya, 'Ihya Ulumuddin' mengungkapkan seperti berikut:
"Bila kecintaan seseorang kepada Allah telah menjadi kukuh nescaya akan muncul watak perasaan suka membantu dan menolong, serta mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri, bersedia untuk membelanjakan segala yang dimilikinya daripada harta, jiwa dan nasihat yang baik."


Tak terhitung bukti cinta Allah kepada manusia, bila kita mahu membuka mata, telinga dan seluruh indera yang kita miliki berikut dengan namanya perasaan.


Allah juga tidak pernah segan untuk memberikan pertolongan ke atas umatNya yang memerlukan. Bukankah ini adalah salah satu bukti dari rasa sayang dan cinta Allah?

Tuesday, December 21, 2010

Peringkat Seorang Isteri

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apalagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini susah dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja durhaka dengan suami, apalagi dengan Tuhan.
Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, senantiasa bergolak, senantiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah artinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.


Entah peringkat manakah aku?

Friday, December 17, 2010

Cinta Yang Terindah Adalah MencintaiMu

Tidakku tahu apa tersirat
Hanya menanti saat di Mahligai penuh ujian
Mahligai penuh rahmat, mahligai penuh barakah
Emosi kian mendalam
Inilah perjalanan
Menuju destinasi ibadah yang tinggi nilainya
Mudahkanlah, mudahkanlah, mudahkanlah
Mudahkanlah setiap urusan
Tetapi..
Mana mungkin Kekasihku Ya Khaliq
Tidak menguji kasih dan cintaku pada-Nya
Sebagai tanda aku bersyukur?
Terngiang-ngiang disudut hati dengan persoalan :
Adakah kau mencintai AKU Tuhan-Mu?
Atau kau lebihkan cintamu pada makhluk ciptaan-Ku?
AKU menciptakan dia untukmu
Supaya lebih mengingati-Ku, bukan menjauhi-Ku
Agar kau sebagai hamba-Ku benar-benar bersedia untuk menemui-Ku
catatan nurul masliza rosli

Tuesday, December 14, 2010

Aku Terima Lamarannya

Dinda telah buat keputusan..
Dinda terima lamaran Kanda dgn hati yg redha..
Ketika Allah memilih Kanda untuk Dinda..
Kanda didiklah Dinda
Untuk Dinda mendekati KEKASIH Dinda..
Biarlah jodoh antara Kanda dan Dinda datang daripada-Nya..
Agar berkasih-sayang Kanda dan Dinda
Seteguh cinta Adam pada Hawa..
Pengikat rindu Rasulullah pada Khadijah
Sempurnakanlah kebahagiaan Kanda dan Dinda
dengan menjadikan ikatan perkahwinan sebagai ibadah kepadaMu
Dinda redha dengan ketentuan ini..
catatan nurul masliza rosli

Tuesday, December 7, 2010

Awal Muharam

SELAMAT DATANG, BULAN MUHARAM
SALAM MAAL HIJRAH
1432H

Sunday, December 5, 2010

Siapakah Ibn al-Jauzi?

Dilahirkan pada 508 Hijrah di Baghdad. Ibunya menghantar untuk mempelajari agama pada usia 6 tahun. Masanya dihabiskan dengan menghafal al-Quran atau membaca kitab dari kulit muka hingga ke kulit penutup. Beliau lebih muda 38 tahun daripada Sheikh Abdul Kadir al-Jilani. Ibn al-Jauzi pernah membaca sejumlah 20,000 buah kitab.


Pada kitab Said al-Khatir yang ditulisnya , beliau menyatakan (terjemahan),

"Tidak berlebihan sekiranya ku katakan aku telah membaca 20,000 buah kitab semasa hari-hariku di bangku sekolah. Melalui pembacaan tersebut, aku dapat ketahui dan mempelajari akan erti keberanian, jiwa yang besar, pendidikan yang luas, serta hafalan yang kukuh, ketakwaan, kesungguhan di dalam solat dan ibadat oleh ulama-ulama dan orang-orang soleh yang terdahulu yang mana tidak mungkin ku ketahui tanpa membaca kitab-kitab tersebut. Pembelajaran dan penelitian mengenai sesebuah kitab di zaman itu juga telah mendedahkan betapa singkatnya pengetahuan ulama-ulama di zaman kita dan betapa malapnya semangat para pelajar di zaman ini."


Ibn al-Jauzi telah mengarang lebih 1000 buah kitab dalam pelbagai bidang ilmu. Meskipun kemahiran beliau dalam ilmu Hadith dan Fiqg, beliau juga prihatin dengan ilmu sejarah terutama keperihalan para Anbiya, para sahabat Nabi termasuk para Awliya.

Dalam kitabnya Said al-Khatir, Ibn al-Jauzi menyimpulkan (terjemahan):
"Aku merasakan pendidikan dan pembelajaran di bidang sains perundangan Islam dan ilmu hadith sahaja adalah tidak berkesan untuk mencapai kelembutan dan ketulusan hati yang mana ianya (ketelusan hati) mampu menarik dan menyebabkan cinta dan makrifat ketuhanan itu terbit. Satu-satunya cara untuk mencapai tahap ini adalah dengan mempelajari kisah-kisah hidup para guru-guru sufi dan mereka yang mahir dalam bidang ini yang mana hati mereka sentiasa bersih dan suci. Pengetahuan mengenai Halal dan Haram serta hukum-hakam sahaja tidak mampu menghasilkan hati yang suci, bersih dan murni. Hati yang suci, bersih dan murni terhasil daripada peristiwa-peristiwa yang mendatangkan kesan kepada hati seperti yang telah -disebutkan dalam hadith-hadith dan kisah hidup para ulama zaman dulu. Para ulama zaman dahulu telah menyedari tentang hakikat sebenar Iman dan menghayati di dalam kehidupan mereka yang mana bukan hanya memperolehi pengetahuan dalam bidang tersebut. Apa yang dicadangkan dan dibentangkan kepada anda adalah pengalaman peribadiku. Aku telah melihat pada ahli hadith dan pelajar mereka mengkaji dan mempelajari riwayat hidup dan perihal rawi-rawi dan bagaimana untuk mengklasifikasikan sesuatu hadith sebagai Sahih atau Dha'if.

Begitu juga halnya dengan para hakim dan qadi yang begitu taksub dan menumpukan pada kaedah perdebatan, hujah dan perbahasan demi memenangi dan mengatasi lawan mereka. Bagaimanakah ini semua dapat menghasilkan hati menjadi suci dan tulus? Dahulunya orang ramai biasa menziarahi para ahli sufi, wali-wali dan orang-orang ketuhanan untuk membentuk akhlak serta kelakuan mereka menuruti contoh yang ditunjukkan oleh orang-orang yang warak ini dan bukan pula untuk mendapatkan ilmu-ilmu mereka. Dan sesungguhnya ini (akhlak dan kelakuan) adalah matlamat dan tujuan sebenar dalam mencari ilmu pengetahuan itu sendiri. Haruslah difahami dengan jelasnya bahawa adalah sangat mustahak untuk disertakan satu mata pelajaran mengenai kisah hidup para wali, ahli sufi dan orang-orang warak di dalam kurikulum pembelajaran undang-undang dan hadith."

Dimanakah hendak dicari seorang alim zaman ini yang membaca lebih 20,000 kitab? Berapa ramaikah ulama yang kini menjadikan amalan khatam al-Quran seminggu sekali?


*rujukan: buku Menyingkap Misteri Pulau Besar, penulisnya Ana Faqir*

Saturday, December 4, 2010

Seeking His pleasure.. Alhamdulillah

Selamat Pengantin Baru
buat
Farah Salwani & Mohd Fairul Isma

بارك الله لكما وبارك عليكماوجمع بينكما في خيربارك الله لكما وبارك عليكماوجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكماوجمع بينكما في خير
بارك اللهبارك الله لكم ولنا
الله بارك لهماالله أدم حبهماالله صلّي وسلّم على رسول الله
الله تب عليناالله ارض عناالله اهد خطاناعلى سنة نبينا
بارك الله لكما وبارك عليكما

Wednesday, December 1, 2010

Madah

Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati.
Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini.
Dengan kebesaran hati dan jiwa, dirimu akan menemukan apa rahsia di sebalik titian kehidupan yang telah dijalani.
Hingga kelak akan engkau rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat sendiri.
(Penulis: Abu Aufa)

Friday, November 26, 2010

Alhamdulillah, hari ini hari lahirku

Alhamdulillah, hari ini aku berusia 28 tahun. hari ini hari JUMAAT. 28 tahun lalu juga ,aku lahir pada hari JUMAAT, beberapa minit sebelum golongan Adam mendirikan solat JUMAAT. Hari ini hari yang penuh kelebihan. hari yang dijanjikan ganjaran pahala. penghulu segala hari.
Alhamdulillah... alhamdulillah...
Tetapi..
Aku menangis hari ini..
Tangis kerana syukur..
Tangis kerana gembira...
Tangis kerana sedih memikirkan berapa byk kesilapan aku.
Tak sabar menunggu 11 tahun akan datang, tatkala aku berusia 39 tahun untuk meraikan hari jadiku pada hari JUMAAT sekali lagi. itupun kalau umur aku panjang. Jika tidak, sampai sini sahajalah noktah kehidupanku.
Allah Yang Maha Agung,
Adakah aku dilahirkan di hari yang semulia-mulia hari disisi-Mu menjanjikan tiket untuk aku masuk mana-mana pintu syurga-Mu? Huh.. malunya aku dengan persoalan ini.
Mampukah aku menjadi wanita acuan al-Quran?
Mampukah aku beribadat seperti Rabiatul Adawiyah?
Padan ke ibadah yang aku persembahkan dgn ganjaran yg Allah akan beri?
Ya Allah, sebagaimana aku dilahirkan pada hari yang mulia ini, matikanlah juga aku pada hari yang mulia ini dlm keadaan rindu pada perjumpaan dengan-Mu..

Tuesday, November 23, 2010

Nak kerja atau sambung master?

Aku terbaca dalam ruangan meminta pendapat tentang tajuk ni. Ada beberapa pendapat yang aku sokong dan jawapan yang diberikan bernas.

PENDAPAT 1
Ya, saya setuju kerja dulu cari pengalaman kemudian sambung belajar semula.Masa belajar kadang2 kita tak tahu apa aplikasi pengetahuan yg kita belajar tu dalam dunia sebenar. Kemudian kita tak tahu sebenarnya best ke tak best kerja dlm bidang ijazah kita tu.. bila kita mengadap tugas tu hari2 dan ada beberapa tahun dalam dunia pekerjaan baru kita discover apa yg kita suka buat hari2, apa yg kita tak suka buat. Lepas grad dulu saya tak pasti nak juruskan kemahiran ke mana. Terima tawaran kerja pun sbb nak tgk bidang mana yg best. Lepas dah ada 3,4 tahun pengalaman ni... akhirnya saya dapat pertimbangkan kerja apa yg membuatkan saya rasa seronok, mencabar minda, dan excited utk dapat hasil usaha saya. Jadi saya pilih pengkhususan tersebut dan sekarang baru mula pengajian pasca-ijazah.Saya bersyukur saya kerja dulu & bukan terus sambung belajar mcm kawan2 yg lain (mostly sbb mereka tak tahu apa nak buat lepas belajar).. sbb walaupun bidang yg saya discover ni masih ada kaitan dgn minat asal saya sejak kecil, tanpa pengalaman kerja saya tak akan tahu realiti sebenar bidang tu dan di mana kekuatan saya yg patut saya asah.

PENDAPAT 2
Memang betul.. kerja dahulu ambil pengalaman baru sambung master. Kerja sambil belajar bukan jadi masalah. Kalau dah dapat master belum tentu boleh dapat kerja.

PENDAPAT 3
Semasa saya tamat pengajian Ijazah Kejuruteraan Mekanikal saya terus kerja, iaitu lebih kurang 3-4 tahun pengalaman barulah saya sambung pengajian Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal. Untuk meningkatkan ilmu kerja dahulu baru sambung Ijazah Sarjana lebih mudah dan senang kerana kita sudah nampak hala tuju pengajian kita jika dibandingkan terus sambung Sarjana.

PENDAPAT AKU PULA...
Bila nak bekerja, keseronokan dalam bekerja itu sangat penting. Sebab kita ikhlas dalam memberikan yang terbaik untuk diri dan masyarakat sekeliling. Bila tak seronok kerja, hati pun tawar, buat apa pun semua tak seronok. Fikir sebab nak dapat duit semata-mata. Memang tak nafikan duit itu penting, tapi ketenangan jiwa pun penting juga. Sampai bila masyarakat nak menentukan kehidupan kita. Dari zaman sekolah lagi, apa subjek yg kita nak amik exam semua KPM dah tentukan. Mesti amik subjek-subjek yang ditawarkan (penyeksaan batin bila aku kena amik subjek chemistry sebab aku memang tak suka subjek tuh. dalam hati, takpe la biar la org lain yg buat research dalam subject ni). Bila dan masuk kampus pun kena follow package yg ditawarkan. Wah sejak dari kecil rupanya org yg atur hidup kita. Tak boleh jadi, bila masanya untuk atur diri sendiri. Buatlah duit dengan kemahiran dan minat kita. Yang penting, doa.. doa.. doa..dan juga istikarah dalam setiap keputusan.

Ya Allah, rezekikanlah aku pendapatan yang halal di tempat kerja yang seronok bagiku, yang jauh dari hasad dengki dan fitnah dunia, yang mempunyai masa untukku beribadat pada-Mu dan mendapat keseronokan sepanjang melakukan kerja itu.

Thursday, November 18, 2010

Apabila telah melakukan dosa..

Apabila telah melakukan dosa
Sukarnya untuk melupakan
Segala yang datang bagai rakaman
Setiap rakaman menghimpit jiwa
Walau di mana aku berada
Rakaman ini tak akan pernah hilang
Sampai ke hujung dunia jika aku melangkah sekalipun
Tidak mungkin
Oh Allah, sesaknya dada aku
Seksanya untuk aku melupakan
Hebatnya dugaan-Mu
"Kenapa dengan aku?"
"Kenapa aku buat semua ini?"
"Ya Allah, bantulah aku dalam melupakan. Tolonglah aku. Kasihani aku."
Tangis, tangis dan tangis...
Biarlah air mata darah sekalipun
Itulah dosa yang pernah aku lakukan
Suramnya kehidupan
Terkilannya rasa hati
Tanggungjawab yang seharusnya digalas sengaja dilupakan
Sedarlah..
Terimalah hakikat bahawa aku telah melakukan dosa
Aku sangat hina
Aku golongan ahli maksiat
Peritnya..
"Bertaubatlah.. Buatlah solat taubat..."
Kata penawar keresahan jiwa
Entah berapa kalikah aku meminta ampun
Janganlah Allah bosan mendengarnya
catatan nurul masliza rosli

Tuesday, November 2, 2010

bila exam dah abis

termenung memandang meja yg sarat dengan jawapan exam student
temperature sure naik mendadak ni bila dah mula menanda
tenang.. tenang..
makan kena kenyang-kenyang
jiwa kena santai, jangan gelodak-gelodak
tidur kena cukup
muka kena sentiasa senyum masa menanda
" giler ke hapa senyum sorang-sorang.."
jawapan yg patut diberi utk kata-kata ini ialah..
"sukati aku ar mulut aku nak senyum ke hapa. janji aku sentiasa happy.."

kalau nak ikut berangin, puting beliung pun boleh jadik
rasa mcm nak campak sorg-sorg terjun tingkat 4 bangunan ni
as usual, lain yg di ajar, dia leh buat teori sendiri..
profesor mana yg ajar aku pun tatau la..

Monday, November 1, 2010

Open Table MMU

wah.. bila ex-mmu (yang bujang-bujang) dah berkumpul meriahnya bukan main
tak perlu tempat mahal-mahal
kedai makan biasa pun jadik
seronoknya bila jumpa balik lepas 3 thn grad
bila dah kerja langsung tak ada masa dan lepak skali
"mas, kitorang memang tunggu ko naik kl je ni nak lepak skali.."
"Yelah yelah.. nanti aku naik aku bitau..."
dan akhirnya ada juga rezeki kami
Apa story yang keluar?
story mory pasal lecturer2 kami yang datang dari pelbagai pelusuk dunia
kenangan wat assignment, project takleh running, merayu kat lecturer bagi pass, assignment yg copy-mengcopy dan bantu-membantu antara satu sama lain.. bantu la sangat..
yang paling best..tolong-menolong sign attendance.. category dahsyat dah neh
story pasal lecturer yang sporting dan ada yang strict bagai nak rak sampai kena reject 3 kali.. ceh..
Apa-apa pun, moga ukhwah sentiasa terjalin..

Monday, October 25, 2010

mendalami kitab-kitab ulama terdahulu

hati ni terbuka pula nak belajar serius kitab-kitab ulama terdahulu. tertanya-tanya juga di mana tempat yang sesuai. tak kisah la secara formal atau tidak. kak rosnani bercadangkan aku jumpa ustaz fuad, antara guru yang menguruskan pertubuhan murid-murid kitab turath negeri melaka. kelas pengajian dewasa yang terfikir di fikiran. rugi benar rasanya kalau tak menuntut. dh la tinggal di melaka. dari dulu lagi melaka ni merupakan pusat penyebaran islam di nusantara. sampai sekarang masih banyak tempat menuntut ilmu agama. nak kata jauh sangat tak sampai setengah jam perjalanan. hisy rugi rugi.

daripada pengalaman lepas menuntut kitab ulama-ulama, kitab-kitab lama ni lagi best belajar. direct to the point. setiap point tu detail. tapi mesti kena belajar berguru. setakat baca je memang tak faham. tapi mungkin org yg dah memang aliran agama mudah la faham berbanding aku yg aliran circular. sebenarnya satu challenge juga awal-awal nak membiasakan diri dengan perkataan dan ejaan jawi lama. maklumlah aku dari aliran circular, english merupakan medium utama subject course aku. kononnya bangga la dapat menguasai international language, tapi bila difikir balik esok-esok dalam kubur Allah tanya dalam english ke?

tertekan juga pada awalnya. nak sebut nama kitab pun tak reti. tulisan jawi bercantum-cantum. berapa tahun dah tinggalkan bacaan dalam jawi ni. adui jahil sungguh. tapi bila dah mendalami terasa dada ni berisi. rasa tak lengkap pula bila tak diteruskan. hati mula rasa keras bila ditinggalkan. kitab-kitab lama ni pastinya menjadi bahan rujukan lecturer2 kat universiti. yang paling aku suka belajar style pondok ialah kaedah pengajaran yang dibuat. membaca dan membahas isi kitab dari kulit ke kulit. ia tidak tertumpu pd satu-satu topik khusus dalam kitab-kitab tertentu macam universiti sytle tetapi lebih kepada cara pengajian tradisi (menghabiskan sesebuah kitab). jadi, kita akan faham dengan lebih jelas. tak faham leh direct tanya tuan guru, lagi senang.

yang bestnya kitab-kitab ni murah. rm2-rm5 pun leh dapat. tp depends la kalau beli yang satu set memang la beratus harganya. berbanding dgn buku-buku IT aku dulu, beratus gak sebuah. dengan course fees lg. ribuan gak abis utk belajar IT je. demi memperbetulkan ibadat dan memperbaiki hubungan kita dengan Allah, apa salahnya pengorbanan dari segi kewangan, masa dan tenaga. apa yang aku faham, kita kena kuasai ilmu ni secara hafalan yang mendalam baru leh jawab sebarang situasi atau persoalan.

Wednesday, October 20, 2010

Berbezanya

bila dah mula study kat UM nih rasa rindu la pulak kat MMU. MMU tak byk faculty, tapi kat UM besarnya..berapa kali den sesat jalan. anyway, style kat UM nih memang tak sama mcm MMU. obviously aku pun amik islamic studies. mana nak sama dgn course yang dulu.. yg gila-gila mcm MMU. di Akademi Pengajian lslam, sumer bertudung labuh, pakai stokin, menutup aurat lengkap, bersongkok bagi lelaki..kat MMU pakai skirt pun tak ada sapa nak larang. Mulanya sakit gak kepala aku nak membiasakan diri. Dari segi pengajaran, tak sama seperti aku belajar secara tidak formal di masjid-masjid dan surau yang menggunakan kitab-kitab lama dan bertulisan jawi lama. Belajar dari kulit depan hingga kulit akhir. Menghafal hukum hakam adalah kemestian baru boleh apply. Di universiti lain pula caranya, setiap modul diambil sedikit-sedikit bahagiannya dan diterangkan dalam lecture hall. baru la aku faham. selama nih aku ambil pengajian circular, tak boleh nak agak bagaimana pengajian islam.

Saturday, October 2, 2010

Aku diuji dengan pilihan

Suatu ketika
diri ini diuji dengan tiada pilihan
tiada keupayaan untuk menerima kebaikan
dan menolak sebaliknya
Tatkala ini
aku amat menyedari
setiap pilihan yang baik
pasti tidak memudaratkan
“Aku berlindung dengan Allah!” itulah seharusnya jawapanku
agar tidak gentar dalam membuat keputusan
ikhlaskanlah hatiku ini
dalam menerima sekeping hati
untuk berteduh di bawah keimanan
bukan enak untuk sebuah kecenderungan nafsu
jika urusanku ini baik bagi ketentuan-Mu
maka takdirkanlah untukku
tenangkanlah hatiku dengan takdir-Mu
catatan nurul masliza rosli

Wednesday, September 15, 2010

Salam Aidilfitri

Ramadhan, meninggalkanku
datang dan pergi
entah kunjung lagi tidaklah pasti
semangat yang hebat entahkan bertakhta lagi
hampanya..
jika Maha Pencipta menjadikan dirimu setahun bersamaku
sujud menyembah aku bersyukur tidak terkira
Syawal, hadirmu tetap ku nanti
kusambut kehadiranmu dengan penuh hikmah
penuh bersyukur, penuh keampunan
laungan takbir pasti menitis jua air mata
setiap doa dan amalan ku pohon diterima
hanya Allah yang Maha Besar
Segala pujian hanya bagi-Mu, tiada yang lain
Hanya Kau layak dipuji dan dicintai
catatan nurul masliza rosli

Tuesday, August 31, 2010

Memenuhi 10 terakhir bulan Ramadhan

Terlalu pantas masa berlalu.
Diri sudah fasih mengatur masa memenuhi setiap detik
agar tidak sesekali terlepas waktu berharga.
Tapi amalan masih dirasai belum mencapai yang terbaik
Masih terasa ditelan putaran gelombang yang ganas
Martabat kerohanian masih belum capai ke darjat ketakwaan
Rendahnya diri di hadapan ilahi
Adakah Kau merima amalanku yang tidak seberapa ini?
Adakah layak diriku ini digelar "orang beriman"?
catatan nurul masliza rosli

Sunday, August 29, 2010

Teringinnya nak jejak kaki kat sini..

Pulau Sayak...Kedah..
erm.. aku pun tak pernah dengar nama tempat ni sebelumnya
tapi bila dah tengok gambar.. aduhai..cantiknya..
i love sunset... nak gi sini..nak gi sini....


Tuesday, August 17, 2010

Nekad

Sahabatku, Sanalni tolong memasukkan borang yang telah ku isi ke dalam sampul pos ekspres.
"Wah, Mas.. ko betul-betul nekad," katanya.
Aku memandang sambil tersenyum.
"Kau pun tahu ini yang aku nak dalam hidup aku..kan... Tak apa, insya Allah ada rezeki aku ni, akhir bulan Oktober la masanya," kataku.
Lagipun benda baik, fikirku.
Sesuatu yang perlu dilakukan.
Tetapi sesuatu yang belum boleh disampaikan.
Ada rezeki tak kemana.
Yang pasti aku dah tahu apa yang hendak aku lakukan.
Keputusan ini telah diilhamkan kepadaku.
Tiada istilah gentar..

Jutawan Bulan Ramadhan

Aku dapat email daripada sahabat lama aku, sam...
Tersenyum aku baca email ni.
Dia 'stress' kan perkataan pahala solat org yang berkahwin
Dari dulu asyik tanya aku, mas bila lagi..? Berapa lama lagi?..
Duhai..sapa yg taknak ganjaran pahala tu.. aku pun kemaruk pahala limpah ruah semacam itu...
Sabar lah yer.. Apa-apa pun jom kita hayati...
**************************************************************************
Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala

Monday, August 16, 2010

Cintanya aku pada lagu ni..

For the Rest of My Life
By: Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I
I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself i feel so strong
Everything changed when you came along
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. .loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I
I`ll be there for you
I know that deep in my heart
Now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that
I`ll love you eternally
I know that deep in my heart

Friday, August 6, 2010

Once Upon A Time in Bintulu - Last Day

Menunggu pesawat AK5144 ke Kuala Lumpur. Kei dah diberitahu tentang penerbangan kami.







Pandangan Airport Bintulu yang bersih dan indah




Ruangan muslimat yang agak selesa untuk beribadat dan berehat. Sejuk..




Once Upon A Time in Bintulu (Bintulu) - Day 2

Antara perbualan di hotel petang itu..
Me : Teh, ko dah bangun ke belum ni
Teh: Dah..napa mas?
Me: Aku dah bosan ni dok bilik. Jom lar kita keluar gi jalan-jalan.
Teh: ok ok..jom... apa-apa pun kita solat dulu
Me: All rite..! Yahuuu.. Chaloh betey..

Bestnya berjalan di tempat orang. Tapi Teh Zarinah ni kalau dah berjalan laju giler. Ntah apa dia nak kejar.
"Perlahan la sikit.." bisingku..
"Lah, aku jalan cepat sangat ke? Sorry ar dah biasa.." katanya.
"Apa yg ko nak kejar hek. Tak lari tempat tuh der.."

Disini kami beli sikit barang untuk keluarga.
Disini juga aku bertemu Avin, gadis cina yang benar-benar menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam.
Terkejut aku..
Aku sangat gembira...








Pantai Tanjung Batu.
Melihat matahari terbenam menyaksikan kejadian Allah yang terindah.
Di sini berjaya mengetuk perasaan aku. Tidak sangka gurauan yang sedetik cuma, memberi kesan yang mendalam di jiwaku.
Pasti aku sangat merindui tempat ini.

Kata Teh Zarinah, "Bestnya tempat ni. Tenang je.."

Once Upon A Time in Bintulu (Sebauh) - Day 2

Seawal 6.30 pagi kami memulakan perjalanan melalui jalan Bintulu-Sebauh yang mengambil masa 40-50 minit. Persekitaran yang segar menawan hati aku. Aku sukakan nature.



Destinasi pertama kami ialah SK Sebauh. Apa aku buat kat sini? Aku pun tak tahu kenapa aku berada di sini sebenarnya. Yang aku tahu, aku nak pergi tempat baru yg tak pernah aku sampai. Setiap masa daripada mulut dia bercerita buat aku terdetik untuk hadir.

Seringkali aku bertanya, apa yang menarik disini sebenarnya?

Owh, rupanya anak-anak kecil SK Sebauh dah menunggu tuan guru mereka untuk pelajaran fardu ain pagi itu. Mendengar ayat Al-Quran awal pagi menguntum senyuman di wajahku. Tak sangka ada rezeki aku dapat menghadiri kelas ini walau hanya beberapa jam.

Mereka menarik perhatian aku dan berjaya mengetuk perasaan aku terhadap sesuatu.
Ya.. ini yang aku cari selama ini.




Meninjau kelas-kelas mereka ala-ala nazir kementerian pendidikan. muka yang serius menunjukkan bakat terpendam. oh tidak.. aku tak reti serius-serius sangat.

Asrama puteri SK Sebauh.
Tempat ini yang aku nampak dulu lepas 'lari' dari kelas fardu ain.


PPD Sebauh yang hanya tak sampai beberapa meter di kawasan sekolah yang sama?
Oh tidak!
Perkara ini menjadi tekanan hebat jika berlaku di sekolahku..

Kami berjalan menerusi sungai yang lebar dan singgah di beberapa tempat yang agak mencuri perhatian. Rumah plywood. Tak sangka harganya agak mahal dan seperti tidak setimpal dengan pembinaannya.


Kami singgah menikmati Teh "C" untuk sarapan pagi. Pekena juga mee goreng yang agak enak sebagai pembuka selera.





Menyelusuri sungai di sekitar tempat ini menyeronokkan aku. Bukannya tiada sungai di semenanjung. Tapi percutian kali ini memberi makna yang sangat mendalam.


Petrol Pump Shell




Kilang papan yang besar


Setelah puas menghayati pekan Sebauh, kami pulang semula ke sekolah.
Mata aku memerhatikan pelajar hostel SK Sebauh bersukan mengeluarkan peluh di awal pagi.
Hakikatnya aku lari sebentar dari kelas fardu ain bagi menghilangkan kerisauan aku.
Kenapa risau?
Disebabkan banyak perkara fardu ain yang aku jahil tapi anak-anak kecil di sana lebih pandai daripada aku. Terasa getar jauh di sanubariku.
Suara ustaz mereka ..erm..nak kata garang sangat tak la. Mungkin aku tak biasa.
Pelik aku, sahabatku Teh Zarinah seronok sungguh mendengar.
Aku pun tak faham kenapa aku lari.
Mungkin aku tak sampai hati tengok budak kecil kena marah kut hehe.
Kemudian kami berkesempatan menghadiri pula kenduri tahlil orang melanau. Disini kenduri mereka siang, tidak seperti di semenanjung.
Di sini kenangan yang menyentuh jiwa. Agak erkejut bila diperkenalkan. Perasaan aku? Teramat amat dihargai.
Sempat juga aku melirik mata ketika dia mengusap kepala anak kecil di situ.
Oh Allah, Kau mahu aku menyaksikan sebuah kasih sayang disini bagi membuka semula pintu yang baru hendak dirapatkan.

Ayuh, kita ke bandar Bintulu untuk berehat pula...

Once Upon A Time In Bintulu - Day 1

Mengorak langkah ke Bintulu, Sarawak


Perjalanan ke Bintulu yang aku dan Teh Zarinah dah plan sebulan booking. Kami sampai di LCCT pukul 2.30 tengahari. Alah, banyak lagi masa, fikirku. Penerbangan kami pukul 4.20pm. Ada sejam untuk ke terminal. Sahabat lama, Kei pun dah sampai di LCCT. Cadangnya ingin menumpang kereta kat office dia di Old Klang Road.
Kami menunaikan solat jamak qasar zohor-asar di sini. Agak ramai di ruangan muslimat.
Kami makan tengahari di Taste of Asia restaurant. Tahu-tahu la kalau aku dah berbual dengan Kei, seharian pun boleh.
3.40pm..! oh tidak.. aku baru sedar masa begitu pantas berlalu.
Alamak kami dah lambat! Tapi kenapa kaunter tidak dibuka lagi. Penerbangan ke Kuching pun dah lama buka kaunternya. Sumthing wrong..
Pukul 4pm, screen di situ pun tidak menunjukkan tanda-tanda counter dibuka. Flight delay ke? takkan tak sampai-sampai lagi.
Tergerak hati Kei menyuruh Teh Zarinah bertanya di mana-mana kaunter.
Astaghfirullah, rupanya ke Bintulu dari LCCT tiada kaunter untuk dapatkan boarding pass ni.
Kelam kabut kami ke service counter. Nekad je la apa nak jadi..
Akhirnya sempat juga kami kejarkan penerbangan kami.
Kami tiba di Bintulu pukul 7pm. Kami melalui imigresen. Seperti biasa, kami mana pernah senyap. Gelak-gelak je memanjang. Mereka yang lain memandang pun tersenyum melihat keletah kami. Sebenarnya kepenatan dari tempat kerja. Aik, dah macam datang ke negara lain lak. Nak tak nak kena simpan la kertas nih sepanjang berada di Bintulu.
Aku bab-bab menyimpan nih sorry...segalanya Teh yang uruskan.
Sampai kat aku, abis.. Itu la kelebihan akak aku nih..

Kami singgah disini untuk mandi dan solat. Perut agak lapar. 20 minit perjalanan dari Airport Bintulu.
Ini juadah makan malamku. rojak sotong kangkung. Memang sedap.Lepas makan, tengok org jual babi fresh pulak..erk..kat sini memang jual merata-rata. Gi jenjalan di fun fare kemudiannya untuk memenuhi malam kami.
Hari esoknya pasti lebih menyeronokkan..

Ya Allah, sedihnya aku tika ini..

Tak sangka sungguh hanya sedetik waktu sahaja keputusan telah diambil.
Jika aku tahu masa depan dan isi hati orang lain, semestinya aku pasti tidak akan melepaskannya pergi berlalu begitu sahaja. hakikatnya aku manusia. aku lemah.
Ya Allah,
jika memang benar bukan dia Kau jadikan untukku,
maka gantikanlah yang sepertinya atau yang lebih baik darinya.
Janganlah Kau biarkan aku sendiri.
Ya Allah,
Pintu hati sudah terbuka untuk menerima dirinya seadanya
Pintu hati sudah terbuka untuk memberi yang terbaik untuknya
Pintu hati sudah terbuka untuk mebuat keputusan terbesar dalam diri
Pintu hati sudah terbuka untuk berbakti
Pintu hati sudah terbuka untuk mengejar pahala seorang isteri yang taat
Pintu hati sudah terbuka untuk menjadi penyejuk dimatanya
Pintu hati sudah terbuka untuk menjadi penawar dihatinya
Pintu hati sudah terbuka untuk bersamanya susah senang
Pintu hati sudah terbuka untuk dididik olehnya
Pintu hati sudah terbuka untuk mencintainya
Tapi jika Kau kata dia bukan untukku,
TETAP DIA BUKAN UNTUKKU
**************************************************************

catatan nurul masliza rosli

Bersabda Rasulullah s.a.w, “Doa orang yang sedang menderita (kesedihan yang mendalam) ialah:

“Ya Allah, RahmatMu aku harapkan, janganlah Engkau serahkan segala urusanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata, perbaikilah segala urusanku, tiada yang berhak disembah selain Engkau.” (HR Abu Dawud)

Friday, July 16, 2010

Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang ku pilih!

Dikisahkan daripada Raja’ bin Umar An-Nakha’i, “Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya buat pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak melihat pemuda itu.

Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah ditunangkan dengan putera bapa saudaranya. Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”

Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”

Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, “Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.”
Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.

Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”

Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:
Kasih...
cinta yang terindah adalah mencintaimu,
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
burung syurga menjauh
dan malaikat menutup pintu.

Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”

Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:

Aku berada dalam kenikmatan
dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
yang tidak mungkin binasa
yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih.

Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”

"Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!”
jawab gadis kekasihnya itu.

Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?”
“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,”
jawab kekasihnya.

Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga.

Friday, July 9, 2010

Mencari.. Menjadi..

Kata-kata user yang comment kat Youtube Video In-Team menarik perhatian aku dan memberi peringatan padaku.
***************************************************
Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh,
tetapi berusahalah menJADI yang solehah.
Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal.
Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah
kerana si soleh dan si solehah adalah INSAN BIASA
Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses
untuk MENJADI, bukan MENCARI

Sunday, July 4, 2010

Ceramah Perdana Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza


CERAMAH PERDANA TRAGEDI BERDARAH 31 MEI, MEMBONGKAR RAHSIA KEJADIAN DI SEBALIK KAPAL MAVI MARMARA !!!

PENCERAMAH : Tn. Hj. Noorazman Shamsudin (Ketua Misi Life Line 4 Gaza)

Bersama Encik Nizam (2 dari kiri), aktivis yang membawa bantuan ke Gaza dan di serang Israel dalam Mavi Marmara. Bersama juga krew-krew HALUAN.