Thursday, December 31, 2009

Kenangan 2009 - 7 hari di Sekolah Sukan Bandar Penawar

Seminggu di sini sungguh menyihatkan. Jadual waktu student kat sini memang best. Pagi-pagi bangun dah kena joging satu sekolah. Kul 8 lebih baru masuk kelas. Hari perhimpunan je pakai pakaian rasmi sekolah manakala hari lain t-shirt sukan. Student dalam kelas pun tak berapa ramai.
Kolam renang je ada 3 buah. Pilih la yang mana satu nak terjun. Maaf ye, family pool tiada di sini. Apa tunggu lagi, terjun la..
aku dan hidayah dah tak sabar-sabar nak terjun ni

Besh sekolah nih weh.. leh main boling free..

Owh my god, nikmatnya sekolah ada gym sendiri. Bila-bila boleh masuk. Segalanya percuma.


Student aku kengkonon nak kenenkan aku dengan pegawai sukan nih. tader ler keja lain. cukup amik pic aku jer sudah lar nak gak selit pic si dia nih. Layankan je lar.

Antara student sekolah sukan ni termasuk yang pakai tudung tuh huhu..
I dapat cenderahati..thanks a lot!

Kenangan 2009 - Fakulti Seni dan Muzik di UPSI

Mesti korang tertanya-tanya apa la aku buat kat kampus nih. Jauh bidang dengan apa aku belajar dulu. Kami beramai-ramai ke mari untuk mengembangkan bakat team band untuk niche area sekolah ni. So far ramai student aku yang berbakat memainkan pelbagai instrumen muzik. Setiap alat bukan murah harganya. Fakulti seni dan Muzik UPSI memang bagus dalam melatih orkestra dan sefaham aku student UPSI merupakan performer terbaik juga.

Prof tengah beri lecture pada team band sekolah kami. Tak boring pun..

Ni le student UPSI. Nampak simple je tapi kalau tengok diorang perform gempaq beb..

Gedabak boleh muat kepala aku dalam nih

Kami guru-guru ni tak le pandai sangat main instrumen tu tapi setakat cuba-cuba tu boleh la.
(Aku, Ong dan Teh Zarina )

Besh dengar live band free student UPSI

i love this BIG drum. Nak bawa balik buat kejut adik i bangun solat subuh boleh tak prof?
Tunjuk bakat terpadam..err..terpendam


Wednesday, December 30, 2009

Suplimen terbaik

Aku terbaca satu article tentang suplimen terbaik yang diamalkan sejak zaman Rasulullah lagi. Yahudi dah lama amalkan cara pemakanan yang mengikut sunnah Nabi tapi kenapa la orang Islam sering lupa tentang kelebihannya. Tak terlalu mahal jika dibandingkan dengan suplimen beratus $$ yang lain. Tak terlalu susah nak cari pun. Sehari 2 kali je. Insya Allah. Keyakinan itu yang penting.

(Habatus sauda' / Jintan Hitam )

+

(Kurma / fresh dates )
+

( Madu / honey )

Tuesday, December 29, 2009

Cuti akhir tahun sekolah 2009

Gosh.. cuti sekolah ni sungguh memenatkan but I love travel so much..

Spend cuti di KL berjalan sakan di Bukit Bintang. Minggu berikutnya ke Seremban mengikuti interview bagi guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan sambil menikmati tomyam seafood. Ina belanja, alhamdulillah. Tq sepupuku.. Selang 2 hari berikutnya perjalanan yang agak jauh mencecah 9 jam ke Kedah dan esoknya ke Pahang pula. Pukul berapa sampai rumah hari berikutnya? 3 pagi dik.. Dan aku menghadiri taklimat guru pada pukul 9 pagi di Dewan Bestari pada hari yang sama. Baru lah aku dapat menikmati tidurku yang secukupnya. Nikmatnya tidur yang Allah kurniakan.
Ni je pic yang sempat aku rakamkan semasa di Cameron, Pahang.

Bersama sepupu-sepupu dan kaum kerabat
Bonda dan mak lang

Ni baru separuh family yang muat terakam dalam pic ni. Yang lain dah selamat minum teh boh

Kitorang panggil si dia ni bubblesaur

Wednesday, December 23, 2009

Allure feat 112 - All Cried Out


All alone on a Sunday morning

Outside I see the rain is falling

Inside I'm slowly dying

But the rain will hide my crying, crying, crying

And you, don't you know my tears will burn the pillow

Set this place on fire 'cause I'm tired of your lie

All I needed was a simple, "Hello"

But the traffic was so noisy that you could not hear me cry

I, I gave you my love in vain

My body never knew such pleasure

My heart never knew such pain

And you, you leave me so confused

Now I'm all cried out, over you

Ooh, crying over you, over you, yeah

Never wanted to see things your way

Had to go astray for why was I such a fool

Now I see that the grass is greener

Is it too late for me to find my way home

How could I be so wrong, yeah?

Leaving me all alone

Don't you know my tears will 'cause an inferno

Romance of these flames, why should I take the blame?

You were the one who left me neglected, apology not accepted

At me to the broken hearts you've collectedI gave you all of me

How was I to know, you would weaken so easily

I, I don't know what to do

Now I'm all cried out over you

I gave you my love in vain

My body never knew such pleasure

My heart never knew such pain

And you, you left me so confused

Now I'm all cried outNow I'm all cried out, over you

Please forgive me

Please forgive me, oh

Please forgive me

Friday, December 11, 2009

Memecahkan rahsia yang tersimpan lama

Permulaan 'title' yang agak 'curious'.
Gosh mesti korang tertanya-tanya apa lar agaknya rahsia cik mas nih.
Aku menggilai actor ini since 1996. Kira-kira 14 tahun aku tergila-gila kat actor superman nih
My type. My taste. Tough guy. Good look. Broad shoulder. Good look. Matang.
Awesome..
p/s: this post agak terkeluar sket dari landasan islamiah.

Friday, December 4, 2009

Salam Aidil Adha


Ya Allah,
Sampaikanlah aku ke Baitullah sekali lagi bagi menunaikan haji dan umrah
Janganlah Kau jadikan ziarahku dahulu ziarah yang terakhir bagiku
Murahkanlah rezeki yang Kau berkati dan permudahkanlah
Sesungguhnya terlalu rindu aku pada Mekah dan Madinah

Thursday, November 26, 2009

Secebis Nota Sempena Hari Lahirku

Ya Allah,
Sempena hari lahirku yang ke 27 ini
Aku memohon kepadaMu
Agar diampunkan segala dosa-dosaku
Jadikanlah aku wanita solehah
Yang sentiasa menjadi bualan penduduk langit
Ya Allah,
Tunaikanlah hajatku
Makbulkan segala doa-doaku
Berilah petunjuk yang jelas dalam setiap tindak-tandukku
Berilah ketenangan
Berilah kebahagiaan
Berilah kejayaan dalam setiap usahaku
Dan kurniakanlah keberkatan dengannya
Ya Allah,
Murahkanlah rezeki yang Kau berkati untukku
Jadikanlah aku insan terhormat
Yang dikasihi setiap umat Muhammad s.a.w
Amin..
catatan nurul masliza rosli

Friday, October 16, 2009

Ampuniku Ya Allah..

Tiba-tiba kata-kata Ustaz A buat aku tersedar sesuatu hari ini. Termenung jap aku bila aku menghemburkan kata-kata "Entah berkat ke tidak ilmu yang aku bagi kat budak tingkatan 4X ni."

Ustaz A: Kita tak patut doakan benda yang tak baik untuk anak murid kita.

Me: Tapi diorang dah melampau. Mengumpat tu satu hal. Kita nih ikhlas nak tolong dia, memudahkan hidup dia sebagai student tapi dia leh kata macam-macam belakang kita. Bodoh betul la budak ni. Kita nak mudahkan dia hantar paper work yang diberi. Bila bagi email dia kata kita nak glamour, nak suruh diorang add kita sebagai friend list. Betapa bodohnya student yang fikir macam tu. Patut la belajar pun susah, hati keras, selalu kena naik pejabat, cikgu lain semua mengata. Tak sedar diri betul. Harapkan muka je lawa.

Ustaz A: Kena ingat balik macamana Nabi dulu masa berdakwah. Bukan semua orang boleh terima kan?

Aku terus terdiam. Ya Allah, baru aku teringat. Masa tazkirah yang aku pernah dengar, ustaz pernah cakap Rasulullah dulu pernah dibaling dengan batu semasa berada di Taif. Sepanjang nabi berjalan sejauh 1-2 batu itu la penduduk Taif yang terkenal dengan penduduk yang kasar melemparkan padanya hingga bajunya penuh dengan darah. Turun malaikat Jibrail a.s memberitahu Nabi untuk menghapuskan penduduk Taif tetapi dihalang oleh Nabi, malah nabi berdoa agar penduduk Taif mendapat hidayah dan menjadi umat yang lemah lembut. Sehingga kini, penduduk Taif lah penduduk yang lemah lembut berbanding dengan bangsa arab yang lain.

Persoalan untuk diriku..
Ada tak aku dibaling dengan batu? Sikit pun kulit aku tak dilukai so kenapa mesti aku give up. My student belum matang, belum harung bagaimana aku harungi kesusahan belajar dan bekerja so kenapa mesti aku doa perkara yang buruk pada mereka. Sepatutnya aku kasihan pada mereka. Ya Allah, ampuniku Ya Rahman. Ampuniku.

Friday, October 9, 2009

Ewah ewah banyak cantik muka

Quite bengang dengan my hostel student kelas X sebab mempunyai idea yg bernas untuk balik rumah dengan alasan untuk menyiapkan paper work yang aku bagi. Nama aku gak nak disebut kat pentadbir. What da *******! Betul ke nak balik buat paper work?? Aku dah kata kalau susah sgt leh je send by email bila cuti nanti. Pusat akses buka ajer dikatanya tak buka. Cikgu IT lain dah ngamuk dah dengar. Bila bukak pusat akses byk yang bukan buat research tapi dok buat keja lain. Tak faham betul aku org byk bg alasan nih lar. Student kelas lain yang dok hostel tader byk songeh pun. Leh jer hantar on time. Dapat full mark lagi aku bagi. Tuhan jadikan kehidupan student kelas X nih susah sangat ke? Belum buat lagi pun dah kata susah. Ada datang jumpa? Hell no.Yang tak banyak complaint tu la yang slalu dapat markah penuh. Kelas lain ok jer. Malu lar. Nama jer student skola kluster tapi tader ciri-ciri peribadi cemerlang. Kalau la mcm nih attitude, where will you be next 10 years onwards? Shahirin sensei...pls give comment..

Friday, October 2, 2009

Minggu Menguji Kesabaran

Aku ingatkan abis je puasa dah kira abis la bulan menguji kesabaran. Tapi tak sangka la minggu pertama naik sekolah di bulan Syawal ni aku diuji. Memang meletup habis aku la kali ni. Rasa gagal sangat hidup sebagai pendidik.

Yup, my ICT class become horror and nightmare to my students. Lagi sebulan dah nak akhir tahun pun still terpanggil-panggil aku kat lab kata komputer tak boleh guna. Student lain sumer guna tader masalah korang lak yang tetiba bermasalah. Kalau 6 kelas yang aku ajar dok terpanggil-panggil mati muda lar aku mcm nih. Bosan la macam orang zaman batu lak tak reti nak on komputer. Awal-awal dulu takpe la belajar ini mcm tak pernah belajar. Jari lembut mcm anak ayam pondan tekan power button sampai thn depan pun komputer tuh takleh nak on. Switch on power supply pun tidak dok kata komputer takleh pakai. Ditanya Reset button kat mana dijawabnya kat keyboard. Sampai mati pun tak akan jumpa. Ini bukan laptop la sengal.

Me: Korang nih semua nak suruh i jadi Fantastic 5ive ke?
Student: Aik..Fantastic 4our la teacher
Me: I la yang 5ive tu.
Student: Haha..kuasa teacher apa yer? Tunjuk la sikit teacher..
Me: Jangan sampai I tunjuk la kuasa I kat korang. Pengsan korang nanti.

Laughing is the best medicine..yup, i believe that. Tapi biar lar berpada-pada jangan sampai pijak kepala.. Seems dat kengkawan lain pun dah mula tunjuk muscle kat student masing-masing sejak naik semester ni. Aku ingat aku sorang je. Tak lama lagi bersedia la sorang-sorang naik bilik HEM..

Friday, September 25, 2009

Salam Aidilfitri


Salam kemaafan untuk semua sempena Syawal yang mulia

Monday, September 7, 2009

Panggilan dari Sebauh, Bintulu

Sahabat guru Ustaz Shah bertanya khabar. Syukur alhamdulillah ingat jugak anta pada ana. Lama tak dengar cerita. Menceritakan dugaan berpuasa di Sebaung dengan penduduk Islam merupakan golongan minoriti di sana agak mencabar juga rupanya. Tersenyum aku mendengar.

Ustaz: Bau b**i goreng tuh mas..pergh..melekat kat tekak nih walau tengah berpuasa. B**i hutan pulak tuh.
Me: Pergh..hutan-hutan sure sedap haha. Tak ada bazar ramadhan ke kat sana?
Ustaz: Ada..dalam 50 minit je nak ke sana.
Me: Oops..!
Ustaz: Dugaan betul la.
Me: Tahun ni agak-agak beraya kat Sebauh juga ke?
Ustaz: Apa barang beraya sorang-sorang kat sini. Balik kampung la..

Intonasi agak selamba tapi cukup membuatkan aku ketawa. Ustaz baru je bau dan nampak yang belum 'sembelih' tapi mengikut pengalaman aku dulu, siap hidang atas meja lagi tu. Macam kambing roasted. Aduhai..

Sunday, September 6, 2009

Cikgu main mercun yerk

Iyer.. mercun mancis jer huhu. sempat lagik tuh meletupkan 2 kotak sebelum terawih. dah mcm budak kecik kitorang ( aku, my bro, my kezen ). gelak bagai nak rak. meletup je melatah. Mengamuk adik aku bila tangan dia terkena api sebab aku puncanya haha..! Gelak bagai nak rak sedar-sedar dah nak isya..!!! Cepat....

Hari ni 16 Ramadhan. Malam nih tarawih malam ke 17. Aku ingat lagi tahun lepas, masa nih aku solat fardu dan tarawih di Masjid Nabawi dan paginya aku mengunjungi Raudhah. Indahnya waktu tu. Tapi malam nih aku main mercun..! Apa nak jadik nih hajjah 'wanna be' ..huhu...insya Allah..

Saturday, August 22, 2009

Kehadiranmu Ramadhan amat ditunggu-tunggu

Friday, August 14, 2009

Al-Fatihah buat Asri Ibrahim

Orang baik-baik nih senang je pergi. Mungkin Allah rindukan dia..
Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah..

Sunday, August 9, 2009

Latihan Amali Solat

Awal pagi tadi adik aku Muhammad Najmuddin dan sepupu kami Mohd Yazid pergi ke Masjid Bukit Beruang. Katanya ada latihan amali solat sampai petang. Melonjaknya aku. Moga hati mereka dibuka dengan hidayah dariMu dan tidak leka dengan dunia semata-mata. Dia kata Ustaz Nabil pun ada kat sana..alahai...napa la aku tak pergi sekali...

Para Sahabat Berniat Menunaikan Umrah Ramadhan

Kak Biey bercadang nak pergi lagi. Ada juga dia jemput untuk aku pergi skali lagi dengan dia seperti tahun lepas. Ada rezeki insya Allah sampai la ke sana lagi, jawabku. Masriey berniat yang sama juga. Memandangkan dia sudah berada di Dammam, Saudi Arabia peluang itu lebih terbuka, insya Allah. Tunggu peluang ambil cuti je ye. Semalam, rezeki dari Makkah sampai untuk kami sekeluarga. Makcik Mawi baru pulang dari menunaikan umrah. Dapat la sedikit air zam-zam, sejadah dan kekacang serta kurma dan aprikot. Alhamdulillah selamat sampai ke tanahair. Ya Allah, moga kami menerima lagi Jemputan dariMu..

Saturday, August 8, 2009

Doa kebahagiaan

Aku tertarik dengan doa ini..

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Cukupkanlah dirinya hanya untukku seorang...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami….

Ya Allah… Tuhanku Yang Maha Mengasihi…
Seandai dirinya mampu mendidikku
Malah lebih mendekatkan diriku denganMu
Satukanlah kami dengan segala rahmatMu ya Allah
Bahagiakanlah hubungan kami
Perindahkanlah ikatan antara kami
Bukakanlah pintu hatinya
Agar kasih sayangnya pada diriku
Seteguh kasih sayang Adam pada Hawa

Kurniakanlah kami kesabaran yang kukuh
Berilah ketenangan dalam melayari hubungan ini

Ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan miliku…
Bawalah ia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah ia dari ingatanku…
Peliharalah aku dari kekecewaan….
Ya Allah ya tuhanku Yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Kurniakanlah aku kebahagiaan walaupun tanpa bersama dengannya…
Gantilah yang telah hilang… Tumbuhkanlah yang telah patah…
Kurniakanlah yang lebih baik dari dirinya…

Ya Allah ya tuhanku…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buat ku…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau pemeliharaku di dunia dan di akhirat…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian ya Allah..
Sayangilah aku, kasihanilah aku
Ampunkan segala dosa-dosaku

Thursday, August 6, 2009

Gelisahnya aku

Hari ini Nisfu Syaaban. Gelisahnya aku sebelum kehadiran hari ini. Macamana la dengan buku amalan aku yang diangkat ke langit. Bagaimana kalau dosa mengatasi segala kebaikan? Subhanallah..takut sungguh aku. Adakah menangis semahunya malam nisfu tadi boleh memperbaiki segalanya.. Dan kenapa baru kali ini aku betul-betul merasai kerisauan ini? Kenapa tak dari dulu lagi..!

Monday, August 3, 2009

Buat apa ni?

Lokasi : Reban Itik Rumah Ernie

Merakamkan satu situasi yang pelik dan kelakar..huhu... Mampukah anda membuat kesimpulan tidak melebihi 180 patah perkataan mengenai gambar yang tertera..?

Saturday, August 1, 2009

Belajar Menembak

aku belajar menembak kat bukit kangkar, muar. menggigil gak lar pegang real gun tuh. seumur hidup tak pernah sentuh. bebudak iraq siap pegang senapang lagi ke hulu-ke hilir. berdesing gak la telinga bila tembak tu.

gun jenis walther yang digunakan sepanjang latihan menembak




taklimat nih penting woo kalau salah buat tertembak org lain. paling dasat tertembak kaki sendiri.

hujan yang lebat juga tidak mematahkan semangat untuk belajar menembak. tak kira lar kena ke tidak tapi first time not bad gak huhu. nasib baik abg polis nih baik.

kami berikrar tidak akan membawa balik peluru dan pistol untuk di bawa balik ke rumah menembak monyet yang suka selongkar tong sampah di belakang rumah.. keh keh!

Thursday, July 30, 2009

6 hari lagi..

Bermula tarikh ini ENAM HARI lagi buku catatan amalanku selama setahun akan diangkat ke langit. Kalau aku tak sedar diri lagi, tak insaf-insaf , tak bertaubat, tak bersyukur lagi dengan segala-galanya memang la aku ni buta tuli agaknya.

Saturday, July 25, 2009

Terharunya

This morning masa on the way aku gi kursus, aku ternampak sorg pakcik.. pekerja majlis bandaraya tepi jalan. Nampak dia sorang-sorang je keja awal seawal pagi tu sedang terkial-kial mengumpulkan semua daun-daun kering yang banyak kat tepi jalan raya besar dan masukkan dalam plastik sampah hitam besar. Aku terfikir mana pekerja yang lain yang patut sama-sama membantu. Hati aku tersentuh. Jarang aku jumpa pekerja begitu waktu awal pagi hari Sabtu. Teringin pula aku nak berhenti tepi jalan tu dan berkata, "Pakcik, saya kagum dengan pakcik." tapi memandangkan aku sudah terlewat (walaupun kereta dah perlahan untuk aku berhenti ) aku teruskan juga perjalanan. Sepanjang sampai ke sekolah aku selalu memikirkan pelbagai cara untuk orang mencari pendapatan yang halal. Terasa insaf dalam diri. Kalaulah duit yang aku guna untuk membeli makanan tuh haram dan masuk dalam tubuh badan aku bagaimana jadinya aku nanti? Segala amalan pasti Allah tak terima.

Dah la begitu, menganiayai rakan sekerja pula. Tiada kerjasama, lepas tangan, membiarkan rakan sekerja terkontang-kanting menghadap kerja yang sepatutnya dilakukan tanpa rasa bersalah dalam diri. Doa orang yang teraniaya ini makbul. Banyak rakan yang memendam perasaan daripada berkomunikasi meluahkan isi hati. Aku tak faham kenapa perlu memendam. Adakah mungkin bila kita bersuara orang kata kita pula yang jahat. Kita pula dengki. Tak seronok la kerja gaduh. Tak sampai hati. Kenapa tak sayangkan diri sendiri bila org aniayai kita. Sekurang-kurangnya tunjuk komitmen dan bertanggungjawab pasti rakan sekerja tak terasa hati. Bukankah berterus terang itu satu penyelesaian pada masalah daripada dibiarkan hubungan itu meruncing. Buat apa nak pijak kepala orang lain..tak kemana pun kalau buat mcm tu. Aku ingat lagi pesan kak norziah dulu ,katanya sambil memegang bahu aku,
"Mas, kita bila bekerja ni kena selalu buat solat hajat mintak takde apa-apa berlaku kat kita"
Sampai sekarang aku pegang kata-kata tu. Cukup dalam nasihat tu.

Bagi aku apa-apa pun berserta dengan niat. Jika kita tahu niat kita baik dan betul kita laksanakanlah. Niat asalnya untuk blog ini ditulis sebenarnya untuk peringatan pada diri aku sendiri, bukan untuk menimbulkan riak. Cuma jika berkongsi bersama teman, anak didik dan pembaca yang lain boleh memberi impak yang positif apa salahnya. Rezeki itu Allah yang beri. Bila aku minta pada Allah dan Allah dah kabulkan permintaan aku, aku takut untuk tidak melaksanakan amanah yang Allah beri. Aku takut dengan pembalasan-Nya.

Wednesday, July 22, 2009

Lagi sebuah pertemuan

dilla dengar pon ternganga dari mulut akak..ak.a.makcik tuh tadi. aku lagik ar terkujat. mana nak sangka baru 2 ari mcm-mcm tru story aku dengar. dah jumpa mak sedara jumpa sepupu la pulak. adoi berasap. student aku lak tuh. selama nih aku dikelilingi sedara mara dia rupanya. lepas nih apa lagik la pulak citer yang bakal aku dengar..

Tuesday, July 21, 2009

Adakah pertemuan ini rencana ilahi?

biar betul apa yang aku dengar. mcm tak percaya je. hajat termakbul ke? mungkin.. maybe.. perhaps.. no wonder ar gerak ati aku berkata, she must be someone related but how's the relationship is? my friends semua kata, mas..this is good. just think positif. yeah yeah..but korang gelak-gelak gak bila aku masuk opis. memula bila aku citer korang ternganga gak kan last-last aku gak kena gelak balik. mmg funny but..erk..aku nak panggil hamba Allah tuh apa pasnih.. makcik? akak? erkh!! payah nak menyebutnya. tak terkeluar dari kotak suara yang merdu with voice energy ni..huhu..termenung gak aku bila balik rumah. Nak buat mcm biasa dan tak ada apa-apa berlaku ke? kat tempat keja tadi kengkonon nak berlakon mcm jennifer aniston bila jumpa dia nampak gayanya mr bean lg terror dari aku. rezeki aku ke ni..? mas..relaks..cool..tenang...

Thursday, July 16, 2009

Hari Yang Fed Up Up and Away

Kenapa?
First - meeting bitau last minute. Dah mmg nekad taknak pergi. Tapi kena jaga student spm utk program Score A - Pendidikan Islam. Ok la sikit dengar teknik jawab SPM drp meeting yang byk 'kata-kata aluan'.

Second - last minute dapat tau dari student memerlukan aku kena tido hostel dgn diorang untuk program senam seni. ingat aku nih teddy bear tunggul pinang sebatang ke tader hidup & tader rumah tangga..?

Third - daripada last week, everything is last minute memo..! Hanggok ar..! aku kena jadik kem komandan. sejak bila lak aku jadik aska prebet?

Thursday, July 2, 2009

11 Tips Bekerja Sambil Belajar

Rancang kerja anda sebaiknya. Periksa dan catat tarikh akhir(deadline) bagi tugasan pejabat serta pengajian lebih awal danletakkan ia di tempat yang dapat dilihat.................. SERING kali kedengaran kenalan di tempat kerja merungut kepenatansejurus bekerja seharian. Begitu jugalah keadaannya di kalanganpelajar yang sedikit tertekan untuk menyiapkan tugasan pensyarah.Namun, terfikirkah anda bagaimana sesetengah mereka yang bekerjamenyahut cabaran dengan untuk menyambung pelajaran?Bayangkan, selepas tamat waktu bekerja mereka tidak seperti teman-teman lain yang mungkin menghabiskan masa di restoran mamak,tidak pun memenuhi agenda lain di pusat beli belah dan kemudiannyapulang ke rumah untuk merehatkan minda serta bersama keluarga.Mereka yang menyambungkan pelajaran pula terpaksa mengenepikan kesemuaitu dengan bekerja keras di institusi pengajian tinggi (IPT)semata-mata untuk menggenggam segulung ijazah yang bukan sajameningkatkan kualiti kehidupan malah memberi impak besar dalam kerjayanya.Bagi yang masih bujang, mungkin bebanan untuk melakukan dua tugas ituserentak tidak memberikan banyak kesan, tetapi bagaimana yang sudahberumah tangga, apatah lagi untuk membahagikan masa bersama suami atauisteri, anak-anak dan hal ehwal keluarga.Mengapa segelintir masyarakat sanggup melakukan dua perkara serentak,sedangkan mereka mungkin sedar bebanan tugas lebih besar berada dibahu mereka? Apatah lagi, bila memikirkan rutin yang diharungi memakanmasa agak lama sehingga lima tahun.Terdapat beberapa faktor yang mendorong seseorang individu untukmenyambung pengajian walaupun sudah bekerja. Faktor utama yang sering`memaksa' seseorang untuk mendapatkan kelulusan pengajian yang lebihtinggi adalah kerana gaji. Sebahagian besar majikan, baik di sektorkerajaan ataupun swasta meletakkan kelulusan pendidikan sebagaikriteria penting dalam menentukan tangga gaji.Selain itu, kenaikan gaji juga masih lagi bergantung kepada pencapaianakademik bukan kerana pengalaman dan prestasi bekerja menyebabkanpekerja yang bergaji rendah tiada pilihan lain selain terpaksa berkorban sedikit masa dengan belajar selepas waktu pejabat.Bukan sekadar faktor gaji semata-mata, kebanyakan individu merasakanpengajian yang mereka ikuti itu sedikit sebanyak dapat menambahkan kemahiran mereka dalam pelbagai aspek sekali gus memberi impak positif kepada kerjaya mereka. Benar, jika kena dengan caranya, tanggungjawabini dapat mengasah kecekapan dan membentuk disiplin seseorang.Malah, ada juga rakan pejabat yang memilih untuk menyambung pengajiansemata-mata tidak mahu berasa `terkebelakang' dengan rakan sekerjayang memiliki kelulusan tinggi. Ini sedikit sebanyak memberikan cabaran buatnya untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

11 Tip Bekerja Sambil Belajar

# Rancang kerja anda sebaiknya. Periksa dan catat tarikh akhir(deadline) bagi tugasan pejabat serta pengajian lebih awal danletakkan ia di tempat yang dapat dilihat.

# Gunakan masa dengan sebaiknya. Anda mungkin boleh membaca ataumendengar semula rakaman kuliah ketika menaiki tren daripada hanyamelihat gelagat penumpang lain ketika menunggu untuk tiba ke destinasi.

# Pastikan semuanya dilakukan secara seimbang. Bekerja sambil belajar sememangnya memenatkan. Makan dengan teratur, bersenam, dapatkan rehat secukupnya dan jika berpeluang, teruskan aktiviti sosial anda.

# Jika anda mempunyai masalah untuk menepati tarikh akhir atautiba-tiba terjadi masalah keluarga dan kerja, beritahu kepadapensyarah anda lebih awal. Mereka juga manusia dan tentu merekamemahami beban anda untuk melakukan dua perkara ini serentak.

# Sentiasa ingatkan diri anda apa kebaikan pengajian yang anda ikutiitu untuk masa depan anda. Dapatkan sebab yang kukuh untuk mengikutikursus yang anda pilih. Jika alasan atau sebab anda menyambungpengajian itu lemah, ia mampu mengganggu motivasi anda untukmenghadapinya.

# Beritahu ketua atau majikan anda mengenai pengajian anda. Menyambung pengajian menunjukkan anda serius mengenai pembangunan diri sebagai seorang individu.

# Ada ramai penuntut dewasa yang mengikuti pengajian separuh masa.Anda seharusnya melihat ini sebagai peluang untuk mengembangkan jaringan kenalan.

# Wujudkan tempat bekerja yang dapat membuatkan anda berasa selesa.Gunakan apa-apa kaedah yang membantu anda untuk fokus, contohnyajadual, kata-kata semangat yang ditampal di dinding, tulisan denganpen berwarna-warni, peta minda atau bungaan di meja kerja anda.

# Cari tempoh waktu terbaik untuk anda belajar atau mengulangkaji.Segelintir individu lebih gemar memilih waktu awal pagi.

Saturday, June 27, 2009

Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman

Finally bulan Rejab kunjung tiba. Seronok tiba bulan baik ni. Sedar -sedar bulan puasa is around the corner. Kak Bi lagi sekali nak pergi umrah di bulan Ramadhan. Dia ajak aku sekali..i just said..Insya Allah..jom...well, kena be positif bila orang ajak buat perkara baik. Paklong Suhaimi n Maklong Saiedah pula berangkat menunaikan haji tahun ini. Sayu rasa bila ramai yang dah dapat jemputan daripada Allah. Nikmat betul rasanya bila pernah dapat jemputan ini... tak terucap nikmatnya sehingga boleh bergenang air mata. Jemputan yang paling hebat jika dibandingkan dengan jemputan raja atau vvip.

Membaca buku Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman banyak mengenangkan aku memori dan perasaan yang pernah Prof Kamil nih rasa. Juga doa-doa yang dibawa tidak jauh bezanya yang lahir dari hati mungkin ayat je berbeza. Bila aku sedang khusyuk membaca buku ni semua org tanya, "Mas nak pergi haji ke?". Aku senyum jer, jawapan aku simple.. Insya Allah bila tiba masa yang sesuai.

Monday, June 1, 2009

Ceramah Perdana

Mendengar ceramah mmg mengantuk. Almaklum lar setan bergayut kiri kanan mata nih. tunggu terlelap jer waktu tengahari begini. Location - Auditorium Al-Azim. Ustaz Wan byk ceramah secara general. Ada yang sentuh bab aurat, cara berpakaian org islam, ttg masyarakat islam sedunia, peranan pentadbir negara arab dalam membantu negara Palestin, some sort of ceramah Yusof Kardawi yang diketengahkan dan sedikit mazhab-mazhab yang dihuraikan. Aku nih dah terasa mcm amik Master Tamadun Islam pulak..!

pic with Ustaz Wan Bani Leman. Simple guy. Maybe dalam tv macho sikit kut. Mama dah pesan nak amik pic dgn ust wan jgn dekat-dekat lak hehe..yes mother..!


My untie june (eva's mummy) pose dengan ustaz Wan. nasib baik ustaz sporting



saudara dan kenalan rapat. erkh..what da' heck is eva's doin behind us..? kaco betul lar

hamba Allah (eva's sis) nih dari mula ceramah sampai lar dah abis asyik tak habis-habis dengan HP dia. ceramah HP lar dia dapat nih jawabnya..

Saturday, May 30, 2009

Special msg to all my dearest students

Thanks for stopping by (viewing by blog). Alert me by adding some comments thus i will make sure putting ur list in my "Jalinan Ukhwah". Happy holiday, remember Allah always and...PRAY..~!`... Love ya all..

p/s make sure u finish da' folio..!

Wednesday, May 27, 2009

Rakan TerMuda dan TerCunn dan Terrcomel

Diberi kepercayaan admin utk aku memilih 40 students form 2 so dat diorang leh join aku enjoy merayap, ada yang sampai menangis sebab tak terpilih. Ikutkan nak jer aku angkut semua form 2 ikut aku. Mostly my students yg aku pilih. Istilah merapatkan silaturrahim among teacher and students.







ingatkan bebudak aku jer sempat menelaah sbb dah nak exam tp budak skola bukit rambai pon sempat gak..menelaah komik...


peace. my gals..










Finally... I believe i can fly....