20 SEPTEMBER 2008 (20 RAMADHAN 1429H)
Di Sempadan Tanah Halal - Tanah Haram
Perjalanan jauh ini cukup melesukan. Dalam hati sentiasa bertalbiah. Perasaan takut, risau, tak sabar-sabar semua ada. Dari Madinah nak ke Mekah, sempadannya di Tana’im. Aku tertidur. Ruginya..! Sedar-sedar pelik napa bas gerak perlahan. Lah.. dah masuk tanah haram Mekah rupanya. Jem teruk sgt. Ustaz Mustopha (yang hensem & kacak lagi bergaya..hehe..) beritahu jem nih sebab ramai pak arab nak buat umrah. So kena la keluar ke tanah halal dulu untuk bermiqat.
Jika kita dah memang berada di Mekah dan nak buat umrah, tempat bermiqat adalah di Tana’im dan Ja’ranah. Situasi aku pula berbeza sebab aku dari Madinah maka aku kena la bermiqat di Bir Ali, Madinah. Bermiqat tu ialah tempat di mana kita berniat umrah. Miqat pun bukan sebarangan tanah halal kerana segalanya telah ditetapkan masa zaman Rasulullah lagi. Kami tiba di Kota Mekah jam 12 tengah malam waktu sini. Kami dah risau takut terlewat selesaikan rukun umrah yang lain kerana mengejarkan waktu bersahur.
Ustaz Mustopha : Kalau tak sempat sahur, kita sahur dengan air zam-zam je untuk hari ini.
Aku: (Gulp!) Kak Bi..... larat ker aja ni?
Kak Bi : Insya Allah, jangan risau. Air zam-zam bagus.
Tiba di Mekah
Sampai hotel, kami letak barang-barang di bilik dan terus turun ke lobi secepat mungkin. Jemaah yang lain semua dah menunggu. Antara selebriti dan orang terkenal bersama kami ialah Datuk Hassan Ali ( sentiasa tersenyum memandang kami), Umie Aida dan Mama Juwie. Kami berjalan kaki menuju perkarangan masjid
Ini pintu utama masuk. King Abdul Aziz gate. Jumlah semua gate tak salah aku 99 ker 98 aku pon dah lupa. Walaupun dah habis tarawih masih ramai di dalam masjid. Ada yang baca quran, ada yang tawaf sunat dan solat sunat. Malam ni belum start qiamulail lagi. Masuk jer tersergam indah kaabah. Betul-betul di depan mata.Terpegun.
Biar betul..?! Macam tak percaya. Ramainya umat…! Kami mengaminkan doa yang dibaca Ustaz Mustopha, berniat tawaf lalu menuruni tangga menuju kaabah yang agung lagi mulia. So, rukun umrah no 2 ialah tawaf 7x pusingan dan masih dalam pantang larang ihram. Kami menuju je Hajar Aswad ( rukun hajarul aswad). Di sini bermula dan disini juga berakhir.
“Sahaja aku tawaf umrah 7 kali pusingan, maka mudahkanlah untukku dan terimalah dariku kerana Allah Taala.”
Aku pegang kuat-kuat tangan mama dan kak bi. Takut terpisah dengan org arab yang besar-besar bila tengah khusyuk berzikir mana nak pandang orang. Jangan tolak-tolak yer brader. Sebelum melangkah, aku istilam dulu (istilam ialah kedua tangan melambai kaabah, isyarat mengucup hajar aswad).
Sampai kat rukun yamani pon istilam lagi dan antara yamani dan hajar aswad nih disunatkan berdoa. Sampai hajar aswad jer istilam lagi sekali. Begitulah sehingga 7x pusingan. Teringat guru aku Ustaz Yaacob pesan :
Sekali kaki diangkat, Allah menaikkan darjat dan kemuliaan disisi-Nya. Sekali kaki dijatuhkan, gugurlah segala dosa-dosa yang telah dilakukan. Banyak2 la melakukan tawaf. Semasa tawaf, banyak malaikat yang menyaksikan.
Melakukan tawaf wajib berwuduk. Mesti suci daripada hadas kecil dan besar. Di sini jika bersentuh lelaki dan perempuan wuduk tak batal. Kami mengamalkan wuduk mengikut Mazhab Shafi’ah seperti yang ustaz ajarkan pada kami. Ada yang kata wuduk cara biasa pon boleh. Lelaki disunatkan lari-lari anak. Sepanjang tawaf banyakkanlah zikir dan doa. Kali pertama melakukan tawaf memang kelam kabut. Mujur Kak Bi ada (setiap tahun dia buat umrah). Selesai tawaf, kami menunaikan solat sunat tawaf. Kami memilih tempat solat yang boleh memandang multazam dgn jelas.
Multazam – Salah satu tempat yang paling mustajab berdoa.
Ya Allah, perkenankanlah segala doaku dan gerakkanlah hati sahabat2 aku untuk datang ke sini sama ada melakukan umrah atau haji.
Inilah salah satu doa aku disana.
0 comments:
Post a Comment