Wednesday, October 22, 2008

Menyempurnakan Rukun Umrah

Mengerjakan Saie

Selesai tawaf, terus menuju ke bukit Safa bagi menunaikan saie. Tak berapa jauh daripada kaabah.
”Sahaja aku mengerjakan saie umrah antara safa dan marwah 7x kerana Allah taala”



Starting point is here... Juga bermula dengan istilam seperti tawaf. So marilah kita jalan-jalan lagi sambil berzikir mengingati Allah.




Terdapat tiang-tiang hijau (beberapa langkah setelah turun dari bukit safa). Tak salah aku itu tanda sudut rukun hajarul aswad. Antara tiang hijau tuh lelaki disunatkan berlari anak sambil membaca doa. Awek-awek yang cun ni cukup lah sekadar berdoa dan berzikir. Tempat mustajab doa. Satu pusingan saie dalam 450m * 7x pusingan = 3km.





Mesti habis di bukit marwah. Mana leh ikut short cut. Batal ler..
Last rukun umrah hendaklah bertahalul ( bergunting ). Lelaki disunatkan bercukur. Selalunya kat bukit marwah lg org dah cepat2 tahalul. Takleh tunggu.



Alhamdulillah selesailah sudah umrahku yang pertama di bulan yang penuh barakah ini. Esok ibadah lain pula menunggu, insya Allah.


Berdiri setentang dengan rukun hajarul aswad


Dah settle umrah baru la leh sahur untuk berpuasa. . Boleh panggil hajjah junior tak? Dah tahallul maka terlepaslah aku daripada pantang larang dalam ihram yang sampai 13 list tuh.

0 comments: