Wednesday, October 22, 2008

Perjalanan sebagai Tetamu Allah

19 SEPTEMBER 2008 (19 RAMADHAN 1429H)

Ziarah Wada’ / Ziarah Selamat Tinggal


Selesai Subuh berjemaah, kami melakukan ziarah wada’, sebagai penghormatan kepada Rasulullah. Kubah berwarna hijau di Masjid Nabawi ini ialah kedudukan Maqam Rasulullah. Ianya sebagai tanda kerana suatu masa dulu pernah berlaku percubaan mencuri jasad Rasulullah di tanah haram ini.
Kami menziarahi maqam dan raudhah kali terakhir. Seperti biasa menunggu giliran dan berasak-asak.

Ya Allah, semoga kedatangan ku kali ini bukan yang terakhir. Luaskan pintu rezeki yang Kau berkati agar aku dapat hadir sekali lagi. Aku rindukan tempat ini, Ya Allah. Sekiranya aku tidak dapat hadir disebabkan ajal atau masalah kesihatan, Kau serulah anak-anak & zuriatku untuk datang berziarah.

Doa ini diajarkan oleh Ustaz Yaacob pada kami. Guru kami ini berpesan agar doa ini dibaca di setiap tempat-tempat suci di Madinah & Makkah. Insya Allah.

Menangis seperti budak kecil ( secara jujur). Perasaan yang sukar diungkap tapi itulah kebenaran. Terlalu sedih meninggalkan Rasulullah dan kota ini. Sedangkan ketika blog ini ditulis, aku masih menitiskan air mata mengingatinya. Masyarakat di sini baik-baik. Peramah. Aku sukakan kota ini. Tetapi sudah tiba masanya. Selamat tinggal Madinah, selamat tinggal sahabat baruku, Mariati.

Keberangkatan Ke Kota Makkah

Terasa seperti Allah pula menantiku sebagai tetamuNya. Selepas solat Jumaat, kami berangkat. Beg telah diuruskan. Mcm bukit. Dengan pakaian ihram, kami berangkat ke Miqat Bir Ali. Around 10km dari bandar Madinah.


Aku menunaikan solat sunat ihram disini. Selesai solat, menjadi kewajipan untukku berniat. Kalau tak, tidak sah umrah aku.

Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram aku dengannya kerana Allah Taala.

Maka segala 13 pantang larang dalam ihram wajib aku patuhi.

Labbaikallahummalabbaik. Labbaikalasyarikalakalabaik. Innallhamdawanni’mata lakawalmulk. Lasyarikalaq.

HambaMu datang menyahut panggilanMu, Tuhan yang tiada sekutu bagiMu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat & kerajaan adalah kepunyaanMu dan tiada sekutu bagiMu

Singgah jap kat stesen minyak. Nak jalan jauh ni. Lebih kurang 6 jam perjalanan dengan berihram. Ya Allah, mudahkanlah..

Ini la highway nak ke Mekah. Desert. Bayangkan Rasulullah naik unta je berhijrah ke Madinah. Aku naik bas aircond pon dah terasa jauhnya.
Setelah beberapa jam perjalanan, kami berbuka puasa dalam bas. Kemudian singgah makan. Nasi Mandi Yaman. Wow..sedap tuh..ah lapar-lapar apa lagi. Nasi je dah menyelerakan bila dikenakan dengan lauk pauk lagi la membuka selera. Kami makan beramai-ramai bersama seorang lagi kenalan baru. Aku panggil Kak Bi je. Sekepala juga.

Perjalanan diteruskan..

0 comments: