Wednesday, October 22, 2008

Umrah Ramadhan 1429H di Madinah


15 SEPTEMBER 2008 (15 RAMADHAN 1429H)
Perjalanan Melakar Cinta di Syurga

3.00pm waktu tempatan. Aku, mama, makcik maznah & seluruh jemaah Andalusia Travel & Tours berangkat meninggalkan tanahair & sanak saudara. Perjalanan selama hampir 9 jam benar-benar menguji kami. Suhu aircond Saudi Air yang sejuk buat aku hampir demam. Risau menyelubungi krn sehari sebelum berangkat aku kurang sihat.


Kami tiba di King Fahd International Airport di Dammam jam 10.45pm waktu tempatan. Menantikan waktu maghrib untuk berbuka puasa setelah 12 jam menahan kelaparan & dahaga. Aku sempat menjenguk Airport Dammam dari tingkap pesawat. Tempat apa ni? Macam padang jarak. Berbeza benar dengan KLIA yang penuh dengan kehijauan pokok.

Setelah berbuka puasa dengan kurma & roti, Saudi Air meneruskan penerbangan lagi membawa kami terus ke Madinah Al-Munawarrah, tanah haram di mana jasad Rasulullah disemadikan. Aku sudah mula bergenang air mata. Mulut tidak henti berselawat. Guruku, Ustaz Yaacob, Imam Besar Masjid Al-Azim berpesan, di sana kena banyakkan selawat. Ustaz Yaacob telah tiba di Makkah kerana penerbangannya beberapa hari lebih awal daripada kami.


Ya Rasulullah, tidak sabar utk aku menjejakkan kaki mengunjungimu. Aku datang ya Rasulullah... Aku datang..
Saudi Air mendarat di Madinah 1 jam 40 minit kemudian. Ya Rasulullah, aku berpijak di bumi yang sama. Syukur alhamdulillah kami selamat mendarat. Waktu isya baru berkumandang. Aku membaca doa memasuki kota Madinah.

Suhu dalam 32 degree celcius.Bahang terasa walaupun malam. Selesai mengambil beg & cop immigration, mutawif membawa rombongan kami terus ke hotel.Sempat mutawif tunjuk sempadan tanah haram dan tanah halal. Dari jauh kelihatan Masjid Nabawi yang terang benderang menerangi kota itu.Hotel kami betul-betul bersebelahan masjid Nabawi.Alhamdulillah. Kami tinggal berempat, termasuk seorang jemaah umrah yg baru kami kenali. Cukup aku memanggilnya makcik ani. Dari sini bermula kemesraan antara kami. Kami terus berehat. Ada juga jemaah yang mempunyai kudrat untuk terus ke masjid menunaikan jama' fardu & tarawih.

0 comments: