2 Oktober 2008
Sabda Rasulullah,
Ertinya, " Tiada seorang pun boleh meninggalkan Baitullahil-Haram melainkan akhir tempohnya di Baitullah dengan setelah tawaf wada."
Ingatan mutawif segala yang wajib perlu dilaksanakan sebelum berangkat. Kasut aku cuci bagi memastikan tiada batu yang melekat di tapaknya. Malam itu aku telah melakukan solat sunat istikarah meminta petunjuk jika ada dam yang aku kena selesaikan sebelum balik. Jika tidak menjelaskan dam, jemaah harus pulang semula ke mekah bagi melangsaikannya walaupun telah tiba di malaysia. Berat tuh. Alhamdulillah tuhan beri petunjuk dengan kelapangan dada. Bagi aku, biarlah dibayar lebih, janganlah kurang.
Aku sempat memandang kaabah buat kali terakhir. Menangis macam budak kecil. Sayunya sungguh terasa seperti saat meninggalkan madinah. Ya Allah, janganlah Kau jadikan ziarahku ini ziarah yang terakhir. hampir 2 jam aku menatap kaabah tanpa henti berdoa merayu janganlah ini yang terakhir bagiku. Rezekikanlah aku untuk laksanakan haji pula setelah aku mampu. Kami meninggalkan Makkah jam 2.00pm menaiki bas yang sarat dengan beg dan air zam-zam.
Kami melalui pintu gerbang kat laluan highway Makkah - Jeddah. Replika papan rehal dengan senaskah al-quran. Cantik betul. Ini first time aku nampak sebab malam dari madinah aku dah tertidur keletihan dalam bas dan gelap malam masa tu. Kami tiba di Jeddah Airport sejam kemudian. Gambar ini ehsan daripada saudara azlie dgn clear shot daripada camera dia.
Dugaan Terakhir
Tiket kami pukul 7.00pm. Ada masa lagi. Beg punya lah banyak. Kasihan mutawif menguruskan beg-beg kami. Berpeluh-peluh. Aku kagun dengan ketangkasan mereka. Bertanggungjawab. Aku terfikir nak tukar baju sebelum tiba di malaysia nanti. 24 jam pakai baju yang sama tak sanggup aku tadi dah berpeluh sungguh. Di tandas, aku jadi marah bila sikit-sikit pintu aku diketuk mak arab. Berkali-kali. Sabar lar tunggu giliran, marahku. Bila aku keluar takde orang pun yang berebut nak masuk. Peliknya. Rupanya ada hikmahnya di sebalik ketukan bertalu-talu tu. Mama dan makcik maznah dah kelam kabut cari aku sebab dah sampai masa kami masuk ke terminal.
Tiba-tiba aku DITAHAN IMIGRATION. pak arab tuh tak bg aku masuk sebab dalam passport aku ada tulis nama mahram. peliknya mama dan makcik maznah tak ada pon tumpang mahram. napa tetiba aku ada. aku dah betul-betul panic. dugaan apa pula kali ni. kenapa selama nih aku tak perasan.
aku kena cari sampai dapat mahram aku tuh. kenal pon tidak..Ya Allah, takkan aku tak boleh balik..! Kenapa aku tak tahu pasal tumpang mahram masa kat KLIA? Mana aku nak carik nama yang tertulis dalam passport tu? Bagaimana kalau mahram yang aku tumpang tu dah masuk terminal..??!!
Mutawif aku semua dah panic gak. Ya Allah, tolonglah aku...Ampunilah aku.. Pada mulanya, keluarga Ayu (juga jemaah umrah kumpulan kami) mahu menumpangkan aku sebagai mahram tp tak lepas gak sebab dalam pasport nama orang lain. tiba -tiba seperti satu dorongan untuk aku pergi menemui seorang lelaki yang kebetulan baru nak cop passport. Subhanallah... Lega aku bila dah jumpa Uncle tuh. That's him..! Cepat-cepat dia ambil passport aku mintak pak arab tuh cop sekali. dia bitau pak arab tuh dia mahram aku. Mulanya pak arab tuh pun blur tp nasib baik tak byk tanya. takkan mahram sendiri pun tatau, mungkin itu yang difikir pak arab tu.
Alhamdulillah, mama dan makcik maznah peluk aku kuat lepas tu. Uncle tu pun kesal dengan apa yang berlaku kerana kami langsung tak diberitahu semasa passport kami diedarkan ketika di KLIA dulu. Aku syukur betul tiada apa-apa lagi halangan. Jemaah umrah lain pun memelukku tanda syukur. Ayu hanya senyum memandangku. Berkali-kali aku ucapkan terima kasih pada keluarga Ayu kerana support aku. Terlentok-lentok aku dan ayu tidur bersebelahan kepenatan. Selamat tinggal Jeddah, selamat tinggal Makkah...
0 comments:
Post a Comment