Wednesday, October 22, 2008

Ziarah Selamat Datang

16 SEPTEMBER 2008 (16 RAMADHAN 1429H)

Mengisi hari-hari di Madinah

Masjid Nabawi

Kami bangun awal untuk bersahur. Subuh di Madinah dalam pukul 4.50am. Awal ke masjid dapat minum air zam-zam. Masih terasa bahang spt mlm td.Bila menjejakkan kaki di perkarangan masjid nabi itu, terasa sayu sangat. Semakin dekat kaki melangkah ke Uthman bin Affan gate, semakin rasa diri ini terlalu dekat dengan Rasulullah. Selawat & doa memasuki masjid mengiringi langkahku. Askar perempuan arab dengan jilbab hitam yang menutupi muka sudah menanti. Kena cek la beg aku. Tak bawak hp la.

Tersergam indah. Berbeza spt masjid di tanahair. Ramainya org dlm masjid ni. Kebanyakan mereka sedang solat sunat & membaca al-Quran. Ganjaran pahala bersolat di masjid nabi ini 1000x ganda berbanding solat di tanahair. Syukurnya ya Allah dengan kurniaanMu ini lebih-lebih lagi solat yang aku kerjakan di bulan puasa. Moga-moga Kau terima segala amalanku. Makbulkanlah segala doaku. Aku terus mengerjakan solat sunat tahayatul masjid & tahajud sementara menunggu azan Subuh.

Ziarah Qudum ( Ziarah Selamat Datang )

Waktu melawat Makam Rasulullah & Raudhah bagi kaum wanita dari jam 7 - 9 pagi. Setelah solat subuh, ramai berasak-asak ke makam rasulullah. Sambil melalui bekas air zam-zam yang disediakan, mama ajak makcik maznah minum seteguk.Sah, mama dah terlupa kami sedang berpuasa..haha! Teruk aku & makcik ani gelak. Siap nak tambah lg seteguk tuh. Ada mak arab yang memandang kehairanan dan ada pula yang tersenyum dengan gelagat kami.

Kami dibantu seorang mutawif bagi melakukan ziarah qudum. Kami menunggu giliran mengikut negara. Sambil menunggu, ustazah yang berasal dari indonesia itu menerangkan serba sedikit apa yang perlu kami lakukan di dalam raudhah dan maqam rasulullah dimana kedua-dua tempat itu terletak di dalam masjid nabawi itu sendiri. Selalunya masjid Nabawi ditutup pada jam 11pm dan dibuka pada jam 3 am tapi pada bulan Ramadhan dibuka sepanjang masa.

Dari sini aku dapat saksikan pelbagai ragam manusia. Hanya perlu bersabar dan senyum selalu. Jangan marah! Ini tanah haram. Kena sabar banyak-banyak. Perempuan arab nih besar-besar berbeza dgn perempuan asia mcm aku nih. Sekali tolak melayang.

Maqam Rasulullah & Raudhah

Giliran semakin menghampiri. Berdebar-debar. Takut kena tolak pun ada. Kat sini tak boleh cakap, mcm-mcm perkara boleh berlaku. Ya Allah, mudahkanlah. Hati semakin sayu. Aku semakin dekat dengan jasad Rasulullah. Semakin lama semakin dekat dengan Raudhah, yang kedudukannya bersebelahan dengan maqam s.a.w. Ustazah kata, kalau berpijak kat carpet color hijau yang berbeza dgn carpet biasa, itulah raudhah. Waktu ni maqam tutup, ada construction jadi boleh melawatnya di raudhah. Orang ramai dah bertolak-tolak. Keadaan jadi semakin tegang. Terlalu ramai yang berasak masuk. Ini boleh membabitkan nyawa. Aku pegang mama kuat-kuat. Janganlah jatuh..janganlah..Kami melalui maqam.

Assalamualaika Ya Rasulullah S.A.W..

Salam ku hulur buat junjungan tercinta. Air mata mengalir deras walaupun ditolak dan diasak. Ku sampaikan juga salam yang diamanahkan kepadaku daripada mereka yang berada di tanahair. Disinilah nabi kita wafat. Disinilah biliknya bersama Saidatina Aishah. Di pangkuan isteri tercinta malaikat maut datang menjalankan tugas dan amanah.

Assalamualaika Ya Saidina Abu Bakar As-Siddiq..
Assalamualaika Ya Saidina Umar Al-Khattab..

Salam ku hulur buat teman-teman yang dimaqamkan bersebelahan dengan maqam Kekasih Allah itu.

Kaki ini semakin melangkah ke hadapan. Mencari tiang-tiang berwarna putih. Di antara maqam Rasulullah dan mimbar dalam masjid ini dinamakan Raudhah.Raudhah ialah kawasan tapak bekas rumah Rasulullah. Juga dikenali taman syurga dunia. Aku disini?? Benarkah? Syukur yang tak terhingga padaMu ya Allah. Aku berada di tempat yang mustajab berdoa. Punyalah ramai orang bertolak-tolak. Ya Allah, kabulkanlah permintaanku. Lain benar perasaan di sini. Syahdunya semacam. Takkan ku lupa sampai ke akhir hayat.

Dugaan Ujian Allah

Cuaca pada siang hari itu terlalu panas mencecah 50 degree celcius. Nak tak nak kenalah berpanas ke masjid. Sejadah dijadikan penutup kepala. Hebat dugaan puasa kali ini. Setelah solat sunat terawih malam itu, aku mula merasai kelainan pada tubuh badanku. Batuk semakin teruk. Badan semakin lemah. Aku jatuh sakit. Peliknya, tak demam pun.

Keesokkannya seperti biasa menguatkan badan menunaikan solat subuh berjemaah & meruangkan waktu di masjid untuk beribadat. Azan Zohor pula berkumandang dalam lingkungan 12.30pm. Kepala dah mula sakit. Teramat sakit. Tak pernah kena mcm ni seumur hidup aku. Adakah ini dugaan untukku? Sakitnya Ya Allah.. sakit sangat-sangat.

Aku terbaring di masjid setelah solat Zohor. Sakitnya tuhan sahaja yang tahu. Menahan kesakitan daripada malam itu buat aku laju mengalirkan air mata. Kerana terlalu sakit menahan, tergerak hati aku berdoa:

Ya Allah, kalau dah sampai ajalku di sini, aku redha ya Allah. Di masjid ini, di tanah haram ini, di bulan yang baik ini. Maka ampunilah segala dosaku dan terimalah taubatku.

Semakin lama semakin sakit. Dan aku terlena di situ sampai waktu Asar sambil mendengar bacaan al-Quran mama. Apabila azan berkumandang, sakitku masih belum reda. Buka je mata, seorang gadis Indonesia dengan jubah hitam senyum padaku. Dia memperkenalkan dirinya Mariati. Dari situ perkenalan kami. Bersih je muka dia.

Setelah solat Asar,mama menemani aku ke farmasi beli antibiotic. Sempat beli mineral water yang sebesar 5 liter tu. Ayah risau keadaan aku & berpesan minum air lebih. Nekad kena habiskan air botol tu. Malam itu aku berbuka puasa seorang diri di dalam bilik. Mama, makcik maznah & makcik ani berbuka puasa di masjid. Seronoknya mereka. Setelah solat fardu & jama, aku tidur secukupnya. Berdoa moga sihat tubuh badan.





1 comments:

PROSYIFA Wellness Shop said...

Assalamualaikum.
Sy ada mengambil gambar masjid dan maqam rasulullah utk ditambah kepada post saya.Mohon izinnya.
http://majliszikrullah.blogspot.com/2010/03/cinta-agung-rasulullah-saw.html