18 SEPTEMBER 2008 (18 RAMADHAN 1429H)
Terletak ke arah timur di pinggir bandar. Perkuburan Baqi’ ialah perkuburan ahli-ahli madinah sebelum zaman Rasulullah saw lagi. Disinilah isteri-isteri, putera-puteri dan sahabat-sahabat Nabi disemadikan. Antaranya Saidina Uthman bin Affan dan Saidatina Fatimah. Salam sejahtera kuhulurkan.
Masjid Quba
Suatu kebanggaan berada di masjid ini. Lebih kurang 4.8km dari Masjid Nabawi, inilah masjid pertama dibina oleh Rasulullah bersama para sahabat ketika baru tiba di madinah pada awal hijrah.

Jabal Uhud / Tanah Perkuburan Uhud
Bukit yang amat bersejarah. 12km dari Masjid Nabawi.
Menurut Ustaz Mustopha, jika diperhatikan bukit ini sebelah berwarna merah sebelah lagi berwarna hitam. Merah itulah darah para syuhada yang gugur sewaktu perang Uhud. Suatu masa dulu banjir disini dan habiskan terbongkar perkuburan ini tapi jasad mereka tetap cantik. Terpegun aku mendengarnya.
Cuaca sememangnya panas tidak mematahkan semangat aku untuk mengetahui segalanya tentang tanah haram ini.
Disinilah kubur Saidina Hamzah. Singa Allah yang gugur di medan peperangan. Dadanya di kelar dan hatinya di makan oleh seorang wanita. Kejam. Bayangkan bila berada di tempat mustajabnya doa ini. Bayangkan berada waktu perang tika ini? Sedih.. teramat sedih..
Assalamualaika ya Saidina Hamzah R.A..
Masjid Qiblatain
Perjalanan kami diteruskan. Kali ini Masjid 2 Qiblat. Wahyu turun (Surah Al-Baqarah ayat 144) yang memerintahkan baginda menukar arah qiblat ketika bersolat 2 rakaat di dalam masjid ni.

Dari luar bentuk kubahnya tak jauh beza dengan Masjid Quba.
Ladang Kurma
Agak mahal sedikit tapi segar berbanding di pasar besar. Of course lagi fresh dari yang jual kat Tesco.! Shopping la.. Kat sini takde Yussof Tayyob punya ye. Kurma terbaik ialah Kurma Nabi. Nabi bersabda bermaksud orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan. Of course kurma ini agak mahal berbanding kurma lain. Kalau tak salah sekilo dalam SR75/RM75. Setelah berkunjung, kami balik ke hotel untuk bersiap solat Zohor. 
0 comments:
Post a Comment